JIRAN BARU

Family Series 39283

Ika bercadang untuk ke rumah umi bersama Akiff.Hari cutilah Ika dapat bermanja-manja dengan umi.Rindukan air tangan umi.Teringat nasi lemak sambal sotong yang sering umi sediakan pada hari-hari minggu.Akiff apa lagi.Bukan main senang hati dapat berjumpa atok dan nenek walaupun jarak rumah hanya berapa kilometer sahaja.Waima tinggal berdekatan,setiap hari selepas waktu pejabat baru Ika menjemput Akiff.Sampai di rumah, dua beranak sudah keletihan.

Sementara Ika memakai tudung,Akiff diminta menghidupkan enjin kereta.Akiff sudah boleh diharap."Mama,ada orang baru pindahlah mama."maklum Akiff kepada Ika.Ika meninjau-ninjau ke rumah jiran barunya untuk meminta supaya dialihkan lori yang menghalang keretanya untuk keluar."Assalamualaikum,nak."sebuah suara ramah menyapa Ika.Kelihatan seorang perempuan sebaya umi melemparkan senyuman kepada Ika.Ika turut berbalas senyuman."Waalaikummussalam.Saya Ika dan ini anak saya, Akiff."Ika memperkenalkan diri."Ibu,panggil saja ibu.Kecil,besar,tua,muda semua panggil ibu."jelas jiran baru Ika.Setelah Ika menjelaskan dia hendak keluar,maka terjerit-jerit ibu memanggil nama seseorang."Zack oh Zack...kau ubah lori tu.Jiran kita hendak keluar."Beberapa minit kemudian, kelihatan seorang lelaki terkocoh-kocoh mengalihkan lori tersebut."Maaf."katanya sambil menunjukkan riak wajah bersalah.

Sampai sahaja di rumah umi dan abi,tidak cukup tanah Akiff berlari."Atok,nenek.. Akiff dah sampai ni."jerit Akiff berwajah riang.Umi dan abi bingkas bangun dari sofa.Tubuh Akiff dan Ika dipeluk erat seperti sudah lama tidak bersua.Sedangkan setiap minggu,rumah umi adalah destinasi percutian mereka berdua."Hari ini,nenek masak nasi lemak sambal sotong.Untuk Akiff,nenek goreng ayam Upin dan Ipin."Apalagi,tersengihlah Akiff bagai kerang busuk setelah mendengar ayam goreng kegemarannya disediakan si nenek.Sambil makan,Akiff ramah bercerita.Semua perkara yang berlaku sepanjang seminggu diborongnya untuk dikongsikan dengan nenek dan atoknya."Nenek,tadi Akiff dapat jiran baru.Ada nenek dan uncle."tambah Akiff lagi."Alhamdulillah,makin ramailah jiran.Harap-harap tu,mereka juga baik seperti jiran kamu yang lain."sahut umi memberi respon terhadap cerita Akiff.

Setelah lewat petang baru Ika dan Akiff pulang ke rumah mereka.Sampai sahaja di rumah, kelihatan ibu dan anak lelakinya bersama beberapa orang yang tidak dikenali berbual-bual di luar rumah.Ika menegur jirannya."Ibu..dah siap berkemas?"
Belum lagi Ika.Banyak barang ni.Ibu dah tak kuat.Harapkan Zack seorang yang mengemasnya."kata ibu sambil matanya melirik kepada anak lelaki di sebelahnya yang dikenali dengan nama panggilan Zack.

"Wah,uncle!! Banyaknya lukisan uncle!!"Akiff pula mencelah.Ika turut membuang pandangan ke arah berpuluh keping lukisan yang tersandar kaku di antara tembok pagar rumah Ika dan rumah jiran baru mereka."Itulah kerja si Zack ni Ika.Siang-malam asyik melukis kerjanya."cerita ibu.Zack di sebelah hanya tersenyum."Uncle,nanti kalau Akiff datang rumah uncle untuk tengok lukisan uncle boleh tak?"kata Ariff dengan rasa teruja.Serba-salah pula Ika mendengar Akiff yang terlebih ramah kepada jiran yang belum kenal lama.

"Akiff,nanti bila uncle dah siap kemas..uncle jemput Akiff datang ke rumah uncle."kata Zack sambil mengenyit mata kepada Akiff.Maka bersoraklah si kecil Akiff dengan riang-ria."Akiff,Ika datanglah pada bila-bila masapun ke rumah ibu.Kami ni sunyi.Tinggal berdua saja."Ika hanya mengucapkan terima kasih atas pelawaan ibu.Dari air muka ibu,nampak keikhlasannya.

"Mama,bestlah uncle tu pandai lukis.Nanti Akiff nak belajar dengan uncle."Akiff mula memasang angan-angannya."Akiff,uncle dan nenek tu jiran baru.Kita tak kenal mereka.Kalau tidak dijemput atau dipelawa,Akiff jangan pergi tau.Mama risau nanti ganggu mereka.Lagipun mereka baru pindah, tentu letih."tambah Ika lagi supaya si kecil Akiff mengerti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience