DISATUKAN

Family Series 39283

Zack bersama Akiff dan ibu duduk di sofa sementara menanti Hjh Hasnah menyediakan air kopi panas.Hj Hamdi bersama mereka berbual.Banyak topik dibicarakan mereka.Dari hal Akiff,hal Ika, perniagaan juga perkahwinan mereka.

"Atok,kenapa mama lambat sangat?"Ucap Akiff gelisah.Penantian satu penyiksaan buat si kecil.Sesekali menjenguk ke muka pintu.Bagai orang bercinta lagaknya.
"Sekejap lagi baliklah mama kamu tu.Mari sini duduk di sebelah atok."Hj Hamdi melambaikan tangan ke arah Akiff sambil mengisyaratkan supaya Akiff duduk di sebelahnya."Nanti,kalau mama dah sampai Akiff tenang-tenang dulu ya.Biar atok ceritakan tentang Akiff,tentang uncle kepada mama."Jelas Hj Hamdi supaya Ika tidak terperanjat dengan kunjungan mereka."Ia atok.Akiff janji!"Sahut Akiff tanda mengerti.Hj Hamdi mengelus rambut lembut Akiff yang hitam lebat.

"Biasanya jam 6 ,Ika sampai di rumah.Ika sejak zaman anak dara sampai sekarang tidak panjang langkah.Jarang dia singgah di mana-mana kalau tiada urusan penting."Kata Haji Hamdi gelisah sambil memandang jam di dinding."Tak apa pak cik.Mungkin Ika ada urusan tu.Kami pun tak ke mana-mana.Hanya untuk memenuhi hajat Akiff."Kata Zack tenang.

Detik jam 6.45 petang, kedengaran bunyi deruman enjin kereta.Kereta Honda Ika memasuki perkarangan rumah.Ika terkocoh-kocoh masuk apabila melihat ada kereta tak dikenali terparkir di halaman rumahnya.Tentu ada tetamu umi dan abi,getusnya.

Sebaik sahaja memberikan salam dan memasuki ruang tamu,semua mata memandang Ika.Hanya tiga orang yang dikenalinya iaitu umi,abi dan Zack.Figura bernama Zack kerap berada di hospital ketika Ika sakit.Seorang wanita berusia enam puluhan dan seorang budak kecil yang comel belum pernah dilihat Ika.

"Ika,kita ada tetamu."Kata ummi sebaik sahaja melihat Ika berada di depan mereka.
Ika tidak banyak bicara terus bersalam dan mencium tangan ibu.Wajah ibu direnung lama.Ketika saling bertatap,mereka bertukar senyuman.Akiff pula tiba-tiba sahaja bangun dan menghulurkan tangan menyalami mamanya.Spontan tangan Ika mengusap pipi comel Akiff."Comelnya adik!!"Spontan Ika memuji Akiff.Ternyata Akiff memang mewarisi ketampanan Haziq.Wajah yang terlalu sempurna.Namun di sebalik kesempurnaan itu,Allah titipkan sedikit kekurangan yang membuatkan Akiff terbuang jauh dari bapanya sendiri.Akiff tersenyum malu apabila mendengar mamanya sendiri memuji kecomelannya.

"Ika..ini Zack."Ummi memperkenalkan Zack buat kesekian kalinya kepada Ika seolah inilah hari pertama Ika dan Zack bertemu.Umi ingin memulakan episod baru Ika dan Zack.Biarlah walau untuk sepuluh kali,Zack tetap akan diperkenalkan kepada Ika sehingga Ika dapat menerima Zack sepenuh hati.Ika menganggukkan kepalanya."Zack adalah tunangan Ika.!!"Jelas umi lagi.Semua mata memandang Ika.Ika mendengar dan cuba menghadamnya."Ini,ibu Zack.Semua orang panggil ibu."Umi memperkenalkan pula ibu kepada Ika.Ika menganggukkan kepalanya."Dan si kecil comel ini,Akiff "
"Akiff, anak Ika."Tambah umi lagi.Ika memandang umi dan cuba mencari kebenarannya.Melihat Akiff memiliki raut wajah persis Haziq,Ika cuba memujuk hatinya membenarkan segala kata-kata umi."Aku sudah ada anak sebesar ini.Aku dan Haziq telah lama berpisah.Haziq sudah memiliki isteri yang lain dan memiliki zuriat bersama wanita tersebut.Mengapa hidupku harus dibayangi Haziq?Ika bermonolog lagi.

"Ika,apa yang Ika fikirkan?Tanya ummi bila melihat wajah kelat Ika.

"Kalau benar Zack tunangan Ika,segerakan perkahwinan kami!!"Kata Ika tegas.Sekali lagi semua yang ada terpaku mendengar bait kata-kata yang dilontarkan Ika sebentar tadi.Zack juga terperanjat dengan kata-kata Ika.Adakah ianya sekadar senda gurau Ika?

"Ika, perkahwinan bukan perkara main-main.Abi tak mahu memaksa Ika.Jika Ika sudah bersedia,barulah kita uruskan perkahwinan Ika.,"Hj Hamdi pula mencelah.

"Abi,Ika serius dengan kata-kata Ika.Telah lama Ika hidup sendiri.Jika Zack adalah pilihan umi dan abi,Ika yakin Zack adalah anugerah dan kiriman tuhan buat Ika.Redha umi dan abi penting buat Ika.Ika ingin bahagia umi,abi...Tolonglah Ika."Air mata yang membasahi pipinya dikesatnya.

Umi dan ibu memeluk Ika erat.Mereka juga tidak sabar menyatukan Ika dan Zack.Mereka sudah lelah melihat pelbagai dugaan yang ditempuh Ika dan Zack.Sudah tiba masanya kedua mereka menikmati kebahagiaan setelah melalui pelbagai onak dan ranjau kehidupan.

"Zack,jika Ika sendiri sudah bersetuju ..abi akan segerakan pernikahan Zack dan Ika.Kita buat yang wajib dulu,majlis resepsi akan kita adakan kemudian."Kata Hj Hamdi sambil bibirnya tidak putus-putus menguntum senyuman.Bagi Hj Hamdi, kebahagiaan Ika adalah kebahagiaan dia dan isterinya.Dia merasa tenang jika Ika dapat hidup bersama Zack seorang anak muda yang telah berjaya menambat hati mereka suami-isteri.

Hj Hamdi yakin Zack bukan sahaja imam solat terbaik buat Ika tetapi Zack juga mampu memberikan kehidupan dunia dan akhirat yang indah buat puteri kesayangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience