ADIRATNA

Family Series 39283

Melihat wajah malaikat kecil yang sedang beradu dengan tenang membuatkan Ika sangat bahagia.Puteri yang dinantikan selama 9 bulan sudah berada di sisi.Proses kelahirannya amat mudah.Allah yang maha baik melancarkan segala urusan Ika.Ika terpana memandang wajah puteri kecil.Sungguh indah ciptaan Ilahi.Kulitnya mulus,putih gebu,bibir kemerahan dan rambut ikal hitam lebat membuatkan Ika sebagai ibu jatuh hati kepada puterinya sendiri.
Usai mengiqamah puteri mereka,Zack duduk di sebelah Ika.Kucupan demi kucupan diberikan kepada permaisuri hatinya."Terima kasih sayang melahirkan puteri kita yang comel!!"Tutur Zack lembut dan manis ke telinga Ika.Hadiah terindah dari Allah buat mereka.Puteri mereka lahir tanpa sebarang komplikasi.Sihat dan wajahnya menyenangkan mata sesiapa sahaja yang memandangnya.Puteri mereka tidur nyenyak seolah mengerti dan memberikan ruang kepada Ika untuk berehat setelah semalaman berjaga.
Zack meminta diri untuk pulang kerana ibu sudah pun menyediakan makanan untuk Ika.Ibu tidak sanggup membiarkan menantu kesayangannya menjamah hidangan di hospital.Demi menantu kesayangannya,apa sahaja akan disediakan ibu.Ibu mahu Ika cepat sihat dan memberikan cucunya susu yang cukup dan berkhasiat.
Zack tiba di hospital bersama ibu dan Akiff.Ibu tidak mampu menunggu lama.Mendengar cerita dari Zack tentang puterinya membuatkan ibu seolah ingin terbang menemui mereka.Sudah lama penantian.Menanti Zack bertemu jodoh ,menanti Zack disatukan dengan Ika,menanti Ika hamil dan menanti Ika melahirkan merupakan tempoh yang melelahkan ibu.Perasaan ini disimpan sendiri.Ketika Zack meminta ibu berehat dulu selepas memasak,ibu menyanggah usul Zack."Hati ibu tidak tenang Zack selagi tidak melihat Ika,selagi tidak melihat cucu ibu."Ada bulir halus mula berguguran.Zack tidak mampu menghalang ibu.
Ketika mereka tiba di katil Ika,kelihatan Ika masih lagi nyenyak tidur.Ibu memberikan isyarat kepada Akill supaya tidak mengejutkan mamanya. Malaikat kecil dipangku ibu."Abang,sudah lahir cucu kita.Cucu perempuan abang.Cantik orangnya.Kalau abang ada, tentulah abang orang yang paling gembira."Berkali-kali puteri kecil dicium ibu.Deraian air mata tidak mampu ditahan lagi.Akill juga terpaku melihat adiknya."Tok ibu,cantikkan adik Abang Akill!"Wajah Akill menguntum senyum."Tengoklah siapa abangnya."Kata ibu sambil mencuit pipi Akill.Sesiapa sahaja yang menyaksikan momen ini pasti terharu melihat mereka.Seorang nenek yang penuh cinta menyambut kehadiran cucu pertama dari satu-satunya zuriat yang ada.Andai sudah tiba ajalnya,ibu dapat menutup mata dengan sempurna kerana segala hajat ibu telah tertunai.Cuma saat ini ibu berharap dapat melihat cucu-cucunya membesar di depan mata ibu sendiri.Ibu ingin mendengar panggilan tok ibu dari mulut cucu ibu.
Sudah hampir satu jam di hospital,Ika masih lagi nyenyak beradu.Suara mereka seolah tenggelam dalam dakapan mimpinya.Dia sangat lelah.Kontraksi yang kerap tanpa jeda dan tidurnya yang terganggu beberapa hari ini menyebabkan tubuh Ika sangat lelah.Tubuh kecil itu telah tewas akhirnya.Puteri kecil mereka tidak banyak karenah.Hanya sekali menangis kerana lampinnya telah basah.Walaupun Zack belum pernah menguruskan bayi tapi ilmu yang diperolehi dari bacaaan dan juga unggahan mengenai cara mengurus bayi di YouTube membuatkannya tidak kekok menyalin lampin puterinya.
"Ibu,apakah nama yang sesuai untuk puteri kecil Zack?"Tanya Zack kepada ibu."Ish!!Tak kanlah engkorang belum cari nama untuk si kecil ni?"Tanya ibu kehairanan."Sebenarnya,Ika yang minta ibu namakan puteri kami kerana kata Ika ,Ika nak nama ini diberikan oleh nenek yang sudah lama menantikan cucunya"Terang Zack kepada ibu sambil tersenyum.
Ada binar bahagia di wajah ibu.Ibu tahu ketulusan menantunya.Ibu selalu didahulukan.Ibu selalu dimuliakan.Memberikan nama kepada cucu pertama adalah satu pengikirafan buat ibu."Apa kata kita namakan bayi ini dengan nama ADIRATNA iaitu permata yang indah?Ibu dah lama berkenan nama tu."Ucap ibu sambil menguntum senyuman.
"ADIRATNA!!Sedap nama tu tok ibu.Sepadan dengan wajah adik yang cantik dan indah!!"Kata Akiff sambil mengangkat ibu jarinya.Ibu dan Zack hanya bertukar senyuman.Ibu memeluk erat Akiff dan mencium pipi dan dahinya."Tok ibu janji,Tok ibu,papa dan mama akan sayangkan Abang Akiff sama seperti kami sayangkan adik."Zack juga turut merangkul Akiff erat-erat."Abang Akiff anak sulong papa dan mama.Abang Akiff akan jadi abang yang baik buat adik dan akan jaga adik sebagaimana papa,mama dan Tok ibu jaga abang Akiff."Kata Zack kepada Akiff.
Ika yang telah terjaga melihat dan mendengar segala perbualan mereka.Ika tidak dapat menahan rasa.Kebahagiaan menyelinap di seluruh jiwa raganya.Suatu ketika dulu,Ika pernah merasakan dirinya dicintai tapi kemudiannya dikhianati.Sakitnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Kini kehidupan ini Allah pergilirkan.Segala rasa duka dan kecewa telah lama berlalu pergi.Allah hadirkan sosok seorang suami yang penuh cinta dan pengertian.Terima kasih ya Allah atas segala anugerahmu yang tidak ternilai harganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience