KOMA

Family Series 39283

Wayar-wayar berselirat di tubuh Ika.Ika tidak sedarkan diri dan bergantung oksigen daripada mesin talian hayat.Degupan jantungnya juga lemah.Menurut doktor pakar yang merawat Ika ada hentakan kuat di kepala Ika dan berlaku pendarahan di dalam tempurung kepala.Haji Hamdi menahan sebak melihat puteri tunggalnya terbaring kaku tidak bermaya.Zack juga turut berhiba melihat keadaan Ika.Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.Setelah membacakan surah Yassin,Hj Hamdi membisikkan kata-kata semangat di telinga Ika.Hj.Hamdi tahu,Ika dapat mendengar perbualan mereka.
walaupun dia tidak dapat bergerak balas.

"Zack, pakcik pergi ke surau sekejap untuk solat.Kalau ada apa-apa,Zack call pak cik ya !!"Hj.Hamdi menitipkan pesanan kepada Zack.Setelah Hj.Hamdi pergi ke surau, Dato' Hadi dan Datin Noraini pun sampai untuk melawat Ika.Zack keluar untuk memberi ruang kepada mereka berdua.Memang dihadkan bilangan pelawat masuk ke bilik ICU.

Setelah 20 minit dato' dan datin bersama Ika,mereka keluar dan berbual-bual dengan Zack di kerusi menunggu.Zack dapat melihat ketulusan budi kedua suami isteri.Walaupun mereka berkedudukan tinggi tapi mengambil berat kebajikan pekerja.Sanggup bersusah-payah datang melawat Ika biarpun mereka sibuk.
"Siapa suami Puan Zulaika?Saya perlukan tandatangan suaminya atau warisnya kerana Puan Zulaika perlu dibedah segera!!"Kata seorang doktor yang merawat Ika."Saya bakal suaminya.Mungkin saya tidak boleh tandatangan tapi ayah Zulaika ada.Nanti saya panggilkan."Zack menjelaskan.Dato' Hadi terperanjat mendengar kata-kata Zack.Bakal suami Ika?Mengapa Ika merahsiakannya?Kalau Dato'Hadi tahu,dia tidak akan menggoda Ika.Kalau Dato' Hadi tahu,dia tidak akan hanyut dibuai perasaannya.Datin Noraini merenung wajah suaminya.Dia nampak riak kecewa di wajah Dato' Hadi.Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta tapi diatur keluarga.Sebelum diijabkabul, Dato' Hadi pernah menyuarakan hasrat hatinya yang dia akan berkahwin lagi andai suatu hari dia bertemu mana-mana perempuan yang berjaya mengetuk pintu hatinya.Oleh sebab itulah,Datin Noraini tidak menyerang Ika membabi-buta.Walaupun dia sayangkan Dato' Hadi dan tidak inginkan kehadiran perempuan lain dalam hidup mereka tapi dia belajar untuk redha demi memenuhi janji yang pernah diucapkan mereka berdua suatu ketika dulu. Dato' Hadi cuba beriak biasa.Setelah berjumpa dengan Haji Hamdi,barulah mereka meminta diri untuk pulang.Satu sampul berisi wang diserahkan ketika bersalam dengan Haji Hamdi sebagai tanda ingatan dan empati Dato' Hadi terhadap keluarga Ika.

Seluruh ahli keluarga Ika dan ibu turut datang menziarah Ika.Mereka masuk melawat secara bergilir-gilir.Jika dilihat dari segi zahirnya,tubuh Ika hanya ada sedikit kesan calar-balar sahaja tetapi kecederaan dalaman yang berlaku tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Sebaik sahaja Ika ditolak masuk ke bilik bedah, masing-masing hanya mampu menghantar Ika dengan kiriman doa.Mereka mengharapkan keajaiban berlaku kepada Ika.Menurut doktor pakar dalam satu sesi taklimat ringkas bersama Zack dan keluarga Ika, pembedahan di bahagian kepala merumitkan kerana otak menjadi pusat arahan kepada sistem saraf manusia.Ia menerima input daripada organ deria dan menghantar maklumat kepada otot.Otak berperanan sebagai sebuah komputer hebat yang kompleks.Segalanya berkemungkinan boleh terjadi.Di antara komplikasi yang boleh berlaku ialah pendarahan,sawan,infeksi dan bengkak yang boleh menyebabkan tekanan di dalam kepala boleh meningkat.

Pembedahan Craniotomy dilakukan oleh pakar bedah untuk mengeluarkan ketulan darah dari kepala Ika.Rambut Ika dicukur untuk menghindar infeksi.Dengan penuh hati-hati,pakar bedah melaksanakan tanggung jawab mereka.Nyawa pesakit adalah keutamaan mereka.Setelah hampir 6 jam berada di bilik bedah,Ika dimasukkan ke Neuro ICU.Jururawat memantau perkembangan Ika sepanjang masa kerana seperti yang dimaklumkan pelbagai komplikasi boleh berlaku.Keluarga Ika dan mana-mana pelawat tidak dibenarkan masuk melawat untuk sementara waktu kerana tidak mahu mengganggu Ika kerana kebiasaannya selepas pembedahan,pesakit akan berasa letih, lemah dan keliru.

Walaupun pembedahan berjaya dilakukan,Ika tidak menunjukkan sebarang perubahan.Ika belum dapat bertindak balas dan masih koma.Sejak Ika dirawat, hospital adalah rumah kedua Zack.Zack tidak tega membiarkan Ika sendirian.Walaupun kehadiran Zack tidak disedari Ika namun Zack tidak tergamak untuk meninggalkan Ika.Kata ibu,hari ini hari Ika.Mana tahu,esok lusa hari Zack pula.Tanggungjawab menghantar dan menjemput Akiff dari tadika dilakukan sepenuhnya oleh Zack.Pada mulanya,Hj Hamdi bertegas untuk mengambil alih tugas tersebut dari Zack tetapi memandangkan kesungguhan, keikhlasan serta keakraban Zack dengan Akiff maka tidak sampai hati Hj Hamdi untuk memisahkan mereka.
Setelah seminggu pembedahan,Zack dipanggil oleh doktor.Kata doktor,telah berlaku jangkitan kuman di dalam kepala Ika.Satu pembedahan kali kedua terpaksa dilakukan.Pembedahan ini merupakan
pembedahan pintasan bagi membuang lebihan cecair di dalam kepala Ika. Sesekali, terbias riak bimbang di wajah Zack.Nampaknya keadaan Ika makin rumit.Namun Zack tidak pernah berputus harap.Zack yakin Ika akan sembuh sebagaimana Zack mengharapkan pelangi akan muncul setelah kemarau nan panjang.Harapan hanyalah satu-satunya yang masih bersisa untuk melihat bahwa ada cahaya meskipun semua dalam kegelapan.

"Ika,abang janji walau apapun kondisi Ika,abang akan terima Ika seadanya.Abang akan jaga Ika,abang jaga Akiff.Ika cepat sihat ya.Abang akan tunggu Ika sampai bila-bila."Zack menuturkan janji tatkala Zack melawat Ika.

Akiff juga sangat merindukan mamanya.Berulang kali ditanya soalan sama,bila mama akan pulang.Zack memberikan secebis harapan kepada Akiff."Akiff doakan mama ya.Nanti kalau mama dah sembuh,uncle tak akan tinggalkan mama.Uncle janji Akiff dan mama akan tinggal bersama uncle dan tok ibu."Begitulah janji Zack kepada Akiff.Akiff menghitung hari menanti segala yang diimpikannya menjadi kenyataan.Tidak sabar si kecil Akiff untuk melihat mama dan Uncle Zack bersatu.Tidak sabar juga Akiff untuk memanggil Zack dengan panggilan papa.

Pelbagai ikhtiar dilakukan oleh abi dan ummi Ika untuk memastikan Ika sembuh.Sedekah, solat hajat dan rawatan alternatif juga dilakukan.Bagi Haji Hamdi,biar dia berhabis-habisan wang ringgit.Demi anaknya dia sanggup berkorban apa sahaja.Zack juga apa kurangnya.Masa, wang,ruang dan tenaga diperuntukkan untuk Ika.Moga keadaan akan semakin membaik.Luka yang ada cepat sembuh dan Ika kembali pulih seperti sedia kala.Zack merindukan segala-galanya tentang Ika.Rindukan senyum manis Ika,rindukan kelembutan Ika menyantuni Akiff dan ibu,rindukan air tangan Ika dan juga rindukan bait kata-kata yang tersusun indah diucapkan Ika.Saat begini,
sedih akan menjadi tawa.Perih akan menjadi cerita.Kenangan akan menjadi guru.Rindu akan menjadi temu dan Zack dan Ika akan kembali bersatu di suatu masa dan ketika yang menjadi rahsia.

Share this novel

Cikgu Zaheera
2020-05-31 18:57:01 

Best!


NovelPlus Premium

The best ads free experience