ADA AGENDA

Family Series 39283

Buat pertama kalinya,Ika terpaksa meninggalkan Akiff bermalam bersama umi dan abi kerana tuntutan tugasan di Melaka.Kata Dato' Hadi,projek ini sangat penting kepada syarikatnya."Orang kaya,bertambah kayalah kerana banyak kenalan dan projek masuk berdesup-desup.Tidak cukup kaki tangan untuk bekerja.

"Saya sudah tempah bilik hotel.Ika jangan risau,kita tidak lama di sana.Keesokan harinya selepas meeting kita balik."pujuk Dato' Hadi apabila melihat wajah cemberut Ika.

Ika bertolak ke Melaka bersama Dato' Hadi dan Pak Mat iaitu pemandu Dato' Hadi.Selepas solat Isya', Ika dijemput oleh Dato' Hadi kerana Dato' ada beberapa urusan yang perlu dilunaskan segera.Sebenarnya,umi dan abi berat melepaskan Ika memandangkan Ika perlu bermalam di luar.Walaupun Ika sudah terlalu dewasa tapi di hati umi dan abi,Ika
bagaikan anak kecil mereka.

Jam 11.00 malam, mereka tiba di Melaka.Dato' Hadi menghantar Pak Mat ke rumah keluarga isterinya di Kampung Tehel.Usai menghantar Pak Mat, Dato' Hadi memecut laju ke hotel penginapan mereka.
Ika menolak beg bagasinya ke lobi hotel.
"Ika, hanya ada 1 bilik yang tinggal."bisik Dato' Hadi kepada Ika."Dato',kan dato' dah booking sebelum kita datang?"bergetar suara Ika antara marah,geram dan bimbang.
"Ika,kita ke bilik dulu.Nanti saya cuba ikhtiarkan."pujuk Dato' Hadi cuba meredakan amarah Ika.Mahu tidak mahu,Ika membontoti Dato' ke kamar yang ditempahnya.Sepanjang perjalanan ke bilik,Ika tidak putus-putus berdoa agar Allah memelihara dirinya dari kejahatan dan tipu daya manusia.Hati Ika,usah ditanya lagi.Walaupun Ika berstatus janda tapi Ika sàngat menjaga harga diri dan maruah keluarga.

Bilik Premier Suite yang mewah dimasuki mereka berdua.Sebuah divan set super king kelihatan empuk dan enak untuk merebahkan badan yang sudah keletihan.Namun begitu,Ika memilih untuk duduk di sofa sahaja.Berhadapan dengan seorang lelaki bukan muhrim secara berdua-duaan umpama mimpi ngeri buat Ika.Sudahlah Dato' Hadi adalah majikannya dan juga suami orang.Apa akan terjadi jika semua orang tahu?Di mana hendak disorok muka?Tentu ada suara-suara sumbang yang mengatakan Ika menggadai maruah diri kerana desperate lelaki kaya.

"Dato',macam mana ni?Tak bolehkah cari bilik di kawasan berdekatan?Tak kanlah saya nak duduk sebilik dengan Dato'?"Soalan demi soalan dilontarkan."Ika,saya letihlah.Ika tidur di atas katil.Biar saya berbaring di sofa.Saya janji,saya tidak akan apa-apakan Ika."kata Dato' sambil mengangkat ke lima-lima jari seperti orang berikrar lagaknya.

Ika lihat Dato' Hadi sudah hanyut dibuai mimpi.Ika masih lagi di sofa melayan perasaan.Pelbagai perkara berlegar di fikiran.Walaupun rasa letih dan mengantuk teramat sangat tapi Ika cuba bertahan.

Terdengar bunyi nada dering bertalu-talu dari telefon bimbit Ika.Jam sudah menunjukkan 3 pagi.Nama umi tertera di skrin telefon.Pantas Ika cuba menjawab panggilan tapi suara umi terputus-putus.Ika bersegera keluar dari kamar hotel kerana liputannya yang tiba-tiba rendah .

"Assalamualaikum umi, ada apa ummi telefon Ika?"suara Ika cemas kerana umi menelefon selewat ini."Ika,kamu tak apa-apakah?Tanya ummi seperti umi mengerti situasi sulit yang yang dilalui Ika ketika ini."Ika,ok saja umi.Cuma Ika tak boleh tidur rindukan Akiff,"Ika cuba mencipta alasan untuk meredakan kegusaran umi.'Alhamdulillah, kalau begitu.Umi bukannya apa, Akiff menangis sepanjang malam seperti ada ada sesuatu yang tidak kena dengan kamu."umi menjelaskan.Instinct seorang ibu selalunya benar.Ika terpaksa merahsiakan segala yang berlaku supaya tidak menggusarkan umi dan abi

Sesudah menamatkan perbualan,Ika menapak langkah menuju ke kamar hotel.Dia agak panik apabila melihat beberapa orang lelaki berjubah dan berbaju melayu berada di kamar hotel yang menempatkan Ika dan Dato' Hadi.Segera Ika melencong ke arah lain.Ika menebak sendiri,mungkin mereka pegawai pencegah maksiat.Syukurlah umi menelefon Ika.Jika tidak, gegak-gempita dunia ini apabila terpapar di dada akhbar,Janda ditangkap khalwat dengan seorang ahli perniagaan ternama .

Ika bertanyakan receptionist hotel kalau-kalau ada lagi bilik yang kosong.Sebenarnya,menurut receptionist ada banyak lagi kekosongan kerana pada hari bekerja tidak ramai pelancong atau pengunjung yang menempah bilik hotel.Jawapan receptionist menguatkan lagi sangkaan Ika.Liciknya Dato'.Dalam diam,cuba memerangkap Ika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience