AKIFF OH AKIFF

Family Series 39283

Sejak Ika terlewat menjemput Akiff,ibu sangat risau.Ibu meminta izin Ika agar tanggung jawab menjemput Akiff diserahkan kepada Zack.Walaupun Ika menjelaskan bahawa perkara ini tidak pernah berlaku dan Ika akan lebih beringat-ingat lagi pada masa akan datang,ibu tetap juga berkeras mahukan Zack menjemput Akiff.Akiff pula apa lagi, makin naik tocanglah dia.Ada sahaja cerita yang dikongsikan sejak Akiff balik dari tadika dengan Uncle Zack.Uncle Zack belikan Akiff roti,uncle belikan ais krim dan macam-macam lagi.Ika sangat malu sebenarnya tapi apalah daya Ika untuk menolak kesungguhan dan keikhlasan ibu terhadap Ika .Walaupun masih baru usia perkenalan mereka tapi cara layanan ibu terhadap Akiff dan Ika seperti mereka telah kenal lama.

"Mama,tadi kawan-kawan Akiff tanya Akiff..Yang jemput kau tu papa kau ke?Akif hanya anggukkan kepala Akiff je.Tak tahu nak cakap apa."cerita Akiff."Kenapa Akiff tak bagitahu kawan-kawan Akiff yang uncle tu jiran?"Soal Ika lagi.Soalan Ika tidak dijawab tapi Akiff berceloteh lagi."Mama kan best kalau Uncle Zack jadi papa Akiff!!Uncle baik,rajin dan pandai melukis.Uncle tu handsomelah mama."Puji Akiff pula."Amboi,Akiff!!Jangan nak mengada-ngada.Pergi mandi cepat,Hari dah lewat ni."Ika sengaja hendak memutuskan perbualan mereka mengenai Zack.

Jauh di sudut hati,Ika memang kasihankan Akiff.Dari kecil,dia membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.Mujurlah umi dan abi sentiasa ada untuk Akiff.Abi rajin melayan karenah Akiff.Cuma sejak kebelakangan ini ,abi pun sudah mulai sakit lutut.Abi dinasihatkan doktor kurang melakukan aktiviti lasak.Kalau tidak, Akiff sering mengajak atok ke sana-sini menemaninya sama ada ke kedai alat tulis untuk membeli peralatan seninya atau sekadar jalan-jalan cuti mata.

Sekarang ini,Zack menjadi mangsa Akiff.Ika risau jika suatu hari nanti Zack berumahtangga,tentu Zack tidak boleh lagi melayan Akiff sebegini rupa.Oleh sebab itu,Ika kurang senang jika Akiff terlalu rapat dengan Zack dan ibu.Namun begitu,setiap kali Ika cuba untuk membina tembok menghalang, Akiff sendiri akan meruntuhkannya.

"Mama,esok Akiff nak ikut uncle pergi ke galeri seni uncle di Jalan Duta.Boleh Akiff ikut uncle,mama?"Tanya Akiff sebelum masuk tidur."Akiff,esok Akiff kena ikut mama ziarah nenek dan atok.Atok tak sihat .Lagipun,Akiff dah lama tak jumpa atok."Ika bertegas dengan Akiff.Maka dengan mulut muncung sedepa, Akiff menapak langkah ke kamarnya tanpa mencium dan memeluk Ika seperti kebiasaannya.Ika mengerti bahawa ada rajuk di hati tapi Ika tidak mahu memberi muka dengan menurut segala kemahuan Akiff.

Usai solat Subuh,Akiff cepat-cepat ke rumah ibu.Bila ditegah katanya mahu memberitahu Uncle Zack bahawa Akiff tidak dapat ikut Uncle Zack ke galeri seni."Kalau iapun,tunggulah langit cerah dulu."Ika cuba melarang."Tak apa mama,nanti Uncle Zack keluar jogging,Akiff tak sempat nak jumpa."Ada sahaja alasan Akiff.Semua aktiviti Uncle Zack diketahui Akiff.

Hampir 30 minit di rumah ibu,baru Akiff pulang.Di tangannya sepiring kuih lopes."Mama,tadi Akiff nak cepat tapi tok ibu suruh tunggu tok ibu siapkan kuih lopes untuk mama."Akiff membela diri."Ialah tu, entah-entah Akiff yang minta dengan tok ibu!!"Ika pula menyakat."Betullah!!Takkan Akiff nak tipu mama."nada suara Akiff sudah marah dan pipinya mula merah.
"Ok-ok ,mama percaya."Ika cuba meredakan perasaan Akiff.Ika tahu Akiff tidak pernah berbohong kerana Akiff diajar bercakap benar sejak kecil.Umi dan abi selalu menekankan kepada anak-anak dan cucu tentang berkata benarlah walaupun pahit.Maka hasil didikan secara konsistan,natijahnya Ika sendiri dan anaknya Akiff tidak akan pernah berbohong.

Ketika sampai di rumah umi,along,angah dan keluarga semuanya sudah berkumpul di rumah umi.Terpinga-pinga Ika kerana Ika tidak menyangka mereka semua akan pulang.Setelah bersalam dan mencium umi dan abi,Ika pun memeluk dan mencium along dan angah."Mengapa tak bagitahu along,angah nak balik?Tanya Ika."Along dan angah tak plan pun nak balik tapi bila kita orang call umi tanya keadaan abi,umi kata kalau balik lebih baik maka kami pun terus apply cuti.Alhamdulillah ,mudah pula diluluskan.Eloklah juga sebab lama tak balik jumpa umi,abi dan Ika."Panjang penjelasan along kepada Ika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience