RUMAH BARU

Family Series 39283

Haziq dan Ika dihadiahkan sebuah rumah banglo oleh keluarga Haziq.Oleh kerana Haziq anak tunggal,segala harta dan kekayaan En.Kamaruddin akan diwarisi oleh Haziq.

Selepas menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan,Haziq membantu ayahnya menguruskan perniagaan hardware milik keluarganya.Ika pula bekerja sebagai setiausaha dengan Syarikat Armada Sdn.Bhd.

Setelah seminggu bergilir-gilir tinggal bersama ke dua buah keluarga mereka,Haziq bertegas untuk berpindah dengan alasan ingin berdikari.Sebenarnya Haziq mahukan ruang privasi untuk bersama isteri tercinta.Maklumlah fasa pertama perkahwinan, semuanya indah dan manis belaka.

Mama dan papa Haziq cuba menghalang kerana di rumah agam mereka hanya ada Haziq sahaja.Dengan kehadiran Ika sekurang-kurangnya,tidak sunyilah kehidupan mereka.Lagipun Ika menantu kesayangan keluarga.Tidak puas rasanya mama Haziq dapat bermanja dengan menantu.

Haji Hamdi dan Hajah Aminah tidak membantah hasrat Haziq.Sudah lepas tanggung jawab mereka menjaga puteri kesayangan.Kepada Haziq dititipkan pesanan supaya menjaga Ika seperti nyawa Haziq sendiri.

"Ika, kini syurga Ika bukan lagi di bawah tapak kaki ummi.Syurga Ika di bawah tapak kaki suami.Jaga makan-minum Haziq,jaga tutur kata.Jangan jadi isteri derhaka,"pelbagai nasihat dan pesanan dicurahkan saat mereka bersalaman sebelum berpindah.

Berderaian air mata Ika ketika dipeluk ummi dan abi."Doakan rumah tangga kami bahagia.Ika janji akan jadi isteri terbaik buat Haziq.Nanti,ummi dan abi datanglah jenguk Ika dan Haziq."kata Ika sambil meleraikan pelukan ummi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience