IJAB KABUL

Family Series 39283

Dengan sekali lafaz, Zulaika Bt.Hamdi menjadi milik Haziq Asraff.Bergenang air matanya kerana di antara ramai wanita yang mendampingi Haziq, Ika dipilih sebagai suri hidup Haziq.

Ketika dahinya dicium Haziq, tidak tertahan manik-manik jernih berguguran di pipi Ika."Sayang, abang janji akan menjaga Ika sehingga ke hujung nyawa abang."janji Haziq dengan penuh rasa cinta yang menggunung tinggi buat si pujaan hatinya.Merah pipi Zulaika menahan rasa malu apabila adik-beradik Ika dan ummi sendiri mendengar segala janji yang diucapkan Haziq.

Bertahun menyulam cinta suci.Bukan sedikit cabaran dihadapi untuk memiliki cinta Zulaika.Banyak syarat dan pantang-larang keluarga Ika kerana Ika adalah satu-satunya puteri tunggal dalam keluarganya.Sepanjang mereka menjalinkan hubungan,mereka tidak pernah keluar berdua-duaan.Bodyguard Ika ialah abang-abangnya.Kata Haji Hamdi,"Jika Haziq sayangkan Ika,jaga batas hubungan.Tiada keberkatan dalam perkahwinan jika mereka bergaul bebas dan bersentuhan tanpa sebarang ikatan yang sah.Bayangkan apakah topik perbualan mereka setiap kali mereka bertemu?Tentu janggal bagi muda-mudi sekarang.Namun ada kemanisannya bagi Ika dan Haziq kerana semakin hari,semakin menebal rasa kasih sesama mereka.

Tanpa majlis pertunangan mereka terus diijabkabulkan.Tidak perlu ikut adat.Buat yang wajib sudah memadai.Wang hantaran juga tidak ditetapkan seperti kebanyakan orang.Haji Hamdi menyerahkannya kepada keluarga Haziq.Berapa yang diberi, mereka menerima dengan berlapang dada.Dia mengutamakan syariat Islam.Biarlah anak gadisnya murah maharnya walaupun berpendidikan tinggi.Yang penting kehalalan perhubungan mereka.

Seminggu selepas akad nikah,majlis resepsi diadakan serentak di antara kedua buah keluarga.Majlis sangat meriah kerana Haziq adalah anak tunggal keluarga En.Kamaruddin dan Ika pula puteri tunggal Hj.Hamdi.

Ramai yang memuji-muji pasangan pengantin baru kerana kedua-duanya sama cantik dan sama padan.Para tetamu undangan mendoakan jodoh mereka hingga ke anak cucu

Share this novel

Oyokisaloma Sham
2020-06-25 10:58:51 

Bila nakupdate episod baru.... Lama tunggu


NovelPlus Premium

The best ads free experience