KERANAMU

Family Series 39283

Kondisi Zack semakin baik setelah doktor memberikannya berbotol-botol drip yang mengandungi air dan gula untuk mengembalikan kandungan air yang telah berkurang secara mendadak dalam tubuh Zack.Rasa mual,sakit kepala dan suhu badan yang tinggi telah pun menurun.Sepatutnya kandungan air dalam tubuh manusia adalah sekitar 60% – 70% dari berat tubuh.Pengurangan air secara drastik dalam tubuh Zack merupakan suatu yang agak luar biasa.Doktor sendiri tiada jawapan mengenai perkara ini.

Apabila Zack sedar dari tidurnya yang panjang, nama Ika disebut-sebut Zack.Sejak disatukan,mereka tidak pernah berpisah.Di mana ada Zack, di situlah Ika."Nurse, mana isteri saya?"Tanya Zack apabila seorang jururawat menghampirinya untuk mengambil bacaan suhu Zack."Isteri Encik Zakri sekarang sedang dirawat ." Balas jururawat tersebut."Isteri saya sakit apa nurse?"Zack berasa sangat hiba mendengarnya.Sebolehnya dia mahu melihat Ika terus sihat dan bahagia di sisinya.Tapi apalah daya.Ika sentiasa diuji dan Zack juga teruji apabila isteri kesayangannya sakit.

"Encik Zakri,isteri encik jatuh ketika menjaga encik.Oleh kerana itu dia masih di bawah pemerhatian doktor.Sampai sekarang,sudah dua hari dia tidak sedar.Daripada rekod kesihatan lampau,beliau pernah amnesia akibat benturan di kepala maka kami bimbang jika perkara sama berlaku.Walaubagaimanapun,En.Zakri jangan terlalu bimbang.Kita sama-samalah mendoakan kesihatan beliau.Tiada yang mustahil encik,dengan izin Allah"Jelas jururawat cuba menenangkan Zack.

Dengan kebenaran doktor, Zack masuk ke wad yang menempatkan Ika.Dalam keadaan tidak sedar,mata Ika terpejam rapat seolah sedang nyenyak beradu.Wajah polos tanpa solekan tapi tetap indah menawan dan tidak pernah puas dipandang.Wajah yang mengalirkan sejuta ketenangan kepada Zack.Wajah yang memberi makna cinta dan kesetiaan dan segala-galanya buat Zack.Zack menarik nafas dalam-dalam.Perlahan tangan Zack membelai wajah Ika.Sebuah kucupan dilepaskan di dahi Ika."Ika, bangun sayang.Abang rindukan Ika.Ibu dan Akiff sedang menunggu Ika.Cepat sihat ya sayang."Tanpa sedar butir mutiara berjatuhan juga.Zack kuat menghadapi segala badai kehidupan tapi tidak cukup kuat melihat bidadarinya terlantar sakit buat kesekian kalinya lagi.

Sedang Zack melamun panjang,masuk seorang doktor dan jururawat ke ruangan Ika.Di tangan doktor muda tersebut,terdapat beberapa helaian laporan."Encik , suami kepada Puan Zulaikha?"Tanya doktor tanpa berbasa-basi."Ya,doktor!"Sepatah jawapan Zack berikan."Encik..kami sudah membuat pemeriksaan kepada isteri encik.Keadaan beliau tidak serius.Cuma beliau perlu banyak berehat kerana beliau seperti terlalu letih dan sedikit tertekan apatahlah lagi sekarang beliau hamil muda."Terang doktor.

Zack cuba mencerna kata-kata doktor tersebut.Ika hamil.."Doktor,apa isteri saya hamil?Doktor tidak bergurau kan?"Tanya Zack inginkan kepastian."Apa ..kamu melihat saya sedang bergurau?"Tanya doktor dengan wajah mendatar.Tiada kemesraan dipamerkan tapi Zack tidak mengindahkan reaksi dan memek muka doktor.Khabar yang diterima sangat membahagiakan Zack.Seolah menang loteri.Segaris senyuman menghiasi wajah tampan Zack yang agak kelelahan.Perjuangan untuk mendapatkan Ika dan kini hadiah yang Allah kirimkan iaitu malaikat kecil yang akan hadir mewarnai hari-hari mendatang dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.

"Sayang...sayang hamil.Tahniah sayang!!Abang janji akan jaga sayang dan anak-anak kita seperti abang menjaga nyawa abang.Terima kasih sayang kerana hamilkan zuriat kita.Cepat bangun sayang.Abang tak sabar melihat senyuman manis sayang."Berkali-kali pipi Ika dikucup Zack tanpa rasa puas.Tangan Ika bergerak-gerak seolah merefleks ucapan Zack.

"Encik Zack, sebenarnya situasi yang dihadapi oleh encik adalah dipanggil sindrom kehamilan simpatik.Pernah tak encik mendengarnya?"Zack menggeleng-geleng kepalanya kerana sedikit canggung tentang sindrom yang dimaksudkan."
Dalam dunia perubatan, ia dipanggil sebagai couvade syndrome di mana bukan hanya suami saja yang boleh terkena sindrom ini, malah ia juga boleh melarat pada teman rapat isteri.
Namun, tak usah terlalu bimbang kerana simptom ini hanya sementara dan kian menghilang setelah bayi dilahirkan.
Sekiranya ikatan batin suami isteri terjalin erat, maka gejala yang dialami juga lebih mudah melarat pada suami.Sekarang,apa yang encik Zack hadapi adalah bersangkut dengan sindrom yang saya maksudkan.Oleh sebab itu encik mual,muntah,selera makan berkurang,letih dan agak stress.Tiada ubat yang dapat meredakan gejala ini tapi percayalah,ianya akan semakin membaik."Begitulah panjang lebar penerangan doktor kepada Zack mengenai masalah yang dihadapi Zack sehinggakan telah menguras seluruh tenaganya sebelum ini.

Penerangan doktor memberikan sedikit kefahaman kepada Zack mengapa beliau mengalami kondisi sedemikian rupa.Begitu kuatnya pertalian dan ikatan kasih Zack dan Ika.Namun apalah sangat bagi Zack segala kesakitan yang ditanggung jika dibandingkan dengan Ika yang telah menyerahkan segala jiwa dan raga buat Zack.

Zack tidak sabar untuk berkongsi berita gembira ini dengan ibu,Akiff dan keluarga Ika.Sudah pastinya khabar kehamilan Ika adalah suatu yang dinanti-nantikan oleh kedua-dua buah keluarga.Ibu tentulah paling terkesan dengan berita ini kerana sangat lama penantian ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience