TITIK PENYESUAIAN

Family Series 39283

Nampak jelas keserasian Zack dan Ika.Jika Ika seorang yang jujur ,luhur dan setia,Zack pula apa kurangnya.Begitu melaut kasih dan cinta kepada Ika dan permata hatinya.Ibu sendiri tidak pernah melihat Zack seriang dan seceria ini.Mereka sentiasa sepakat.Bagai tidak dapat dipisahkan.Hilang sekejap kelibat Ika pun dicari-cari Zack.Bagai anak kecil Zack di mata ibu.Beginilah agaknya orang tua bercinta.Zack dari usia remaja,terbatas pergaulannya.Tidak pernah dia memperkenalkan mana-mana perempuan pun kepada ibu.Hanya Ikalah satu-satunya wanita yang bertakhtha di hati Zack. Ibu tersenyum sendiri melihat kerenah Zack.Di sudut hati Ibu,tiada setitik pun cemburu.Malahan ibu tumpang bergembira kerana ibu sudah lama menginginkan kehadiran menantu yang dapat melengkapkan kehidupan Zack dan Ikalah orang yang paling tepat buat Zack.Sangat cantik percaturan Allah swt kepada Zack dan Ika.

Ika sendiri tidak menduga, Zack adalah sosok yang sangat membahagiakannya.Sentiasa peka,penyayang dan bertindak sebagai pelindung Ika yang sejati.Dia tidak mahu memberatkan tugasan Ika malahan ringan tulang membantu kerja-kerja rumah.Zack tidak kekok di dapur mungkin kerana sudah terbiasa dilatih dan diasuh ibu.Kata ibu, Zack adalah segala-galanya buat ibu.Atas rasa kasih sayanglah, ibu mendidik Zack agar pandai membawa diri dalam semua keadaan.Boleh bertukang dan juga cekap memasak.

"Ika, abang lebih senang jika Ika bekerja sebagai pembantu abang.Ika boleh urus Akiff,Ika boleh melakukan meluangkan masa dengan ibu dan Akiff dan yang penting Ika akan sentiasa di sisi abang."Pinta Zack penuh mengharap sambil tangannya mencium jari-jemari Ika.Ika memandang wajah Zack dan cuba memerhatikan riak wajah Zack bagi memastikan ianya bukan sekadar gurauan.Ternyata Zack bersungguh-sungguh dengan kata-katanya.Tempat terbaik seorang isteri adalah di sisi suami.Zack lebih dari mampu untuk menggajikan Ika.Ika tidak perlu lagi menghadap insan-insan di luar sana yang pelbagai karenah.Tidak semuanya bersikap jujur.Ada yang suka menangguk di air keruh.

"Ika tidak kisah.Asalkan ada redha abang,Ika pun senang hati.Ika cuba menjadi isteri yang terbaik buat abang."Kata Ika tanpa banyak dolak-dalik lagi.Ika dapat merasakan bahawa dia tidak mahu berjauhan lagi dengan Zack.Sudah terlalu lama, masanya terbuang dengan sia-sia setelah gagal mempertahankan perkahwinannya dengan Haziq suatu ketika dulu.Ika juga berasa sangat bersalah kerana telah lama mengabaikan Akiff.Kasihan Akiff,hanya menumpang kasih Zack dan ibu.Peluang yang disogok oleh Zack saat ini terima Ika dengan berlapang dada.Ika seperti orang mengantuk yang disorongkan bantal.

Tawaran yang dibuat oleh Zack juga sangat disokong oleh ibu.Ibu seboleh-bolehnya mahu Ika sentiasa di sisi Zack.Banyak perkara dikhuatirkan ibu.Kesihatan Ika,pelajaran Akiff dan juga makan-minum Zack.Sejak Ika bergelar isteri,Zack sentiasa akan pulang untuk makan di rumah walaupun terpaksa meredah kesesakan jalan raya.Apalah sangat bagi Zack berbanding susah-payah Ika memasak buat Zack dan keluarga kecilnya.

Kehidupan mereka sekeluarga 360 darjah berubah semenjak kehadiran Ika.Dengan termeterinya sebuah perkahwinan, Zack semakin bersemangat untuk bekerja.Dia mahu memberikan yang terbaik buat keluarganya.Hasil-hasil karya Zack semakin memukau.Bak kata Asuka,"Perkahwinan membuatkan awak lebih hebat berkarya.Lukisan awak sungguh mempesonakan.Saya ingin bertemu dengan isteri awak Zack.Tentu dia seorang wanita yang hebat."Begitulah besarnya impak sebuah rasa cinta suci.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia.Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan dan kesetiaan.

Cinta yang tumbuh di jiwa Zack telah membangunkan sebuah keluarga kecil yang hidupnya harmonis dan berkasih sayang.Rasa cinta juga dapat menukarkan sebuah pondok menjadi syurga dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience