AMNESIA

Family Series 39283

Zack mencempung Ika masuk ke dalam kereta.Abi menemankan Zack kerana tidak manis membiarkan Zack bersama Ika walaupun dalam kondisi seperti ini.Sampai sahaja di Hospital Putrajaya, Ika dibawa ke ICU.Proses kemasukan ke wad lebih cepat kerana Ika sudah ada sejarah perubatan di Hospital Putrajaya.Kes Ika dirujuk kepada unit Neuro ICU.Doktor yang sama merawat Ika.Oleh itu, mereka tahu kecelakaan yang menimpa Ika sebelum ini.

Langit tenang dan cerah.Namun ada hati yang gundah.Zack tidak keruan melihat Ika terbaring di katil pesakit.Kali ke dua melihat Ika dalam keadaan seperti ini membuatkan Zack semakin galau.Hari pernikahan dan majlis resepsi hanya dua minggu lagi.Adakah Ika akan segera sembuh?Pertanyaan yang tidak mampu dijawab Zack sendiri.

"Kami telah melakukan imbasan CT.Didapati ada mild brain injury.Mungkin ianya rentetan dari kemalangan yang lalu dan juga akibat pesakit terjatuh.Keadaan ini boleh mengakibatkan komplikasi kepada fizikal,kognitif,emosi,tenaga, pertuturan,juga personaliti dan tingkah laku pesakit.Ianya tidak memerlukan rawatan tapi perlu kepada rawatan pemulihan multidisipilin.Dalam hal ini,kerjasama semua sangat penting supaya pesakit cepat pulih.Jangan beri tekanan kepada pesakit."Panjang lebar penerangan Dr Ravi kepada Zack dan abi.

Zack dan abi duduk di kerusi yang terletak di tepi katil Ika.Sudah dua hari Ika terlantar.Kata doktor,kesan ubat yang diberikan menyebabkan Ika agak lali dan banyak tidur.Abi merenung anak perempuan tunggalnya dengan rasa belas.Ketika umi dan abi sendiri tidak sabar melihat Ika meniti hari bahagia,Allah mengirimkan ujian besar buat mereka."Ya Allah,berikanlah anakku kesembuhan segera.Izinkan Ika berjodoh dengan Zack jika itu yang terbaik buatnya.Aku tidak berdaya ya Allah."abi merintih sendiri.Melihat riak wajah tenang abi,tiada siapa yang menduga ada gelora yang melanda di hatinya.

"Abang,Ika kat mana ni?"Suara Ika memecah keheningan suasana."Ika,Ika kat wad ni."Zack memberitahu Ika.Mendengar suara Zack,mata Ika yang terpejam terbuka luas.Mencerlung memandang Zack."Mana suami saya?"Nada suara Ika agak tinggi dan tegang."Ika,ni abi! Ika ok tak?"Tanya ambil sambil menggosok-gosok bahu Ika.
"Abi,mana umi?Mana Haziq?Mana suami Ika?"Soalan kali kedua membuatkan abi dan Zack terkesima.Apakah impak kecelakaan ini menyebabkan Ika sudah lupa apa yang sedang berlaku dan kembali meneroka zaman silamnya? Haziq yang telah dibuang dari hidupnya tiba-tiba muncul kembali dalam ruang ingatan Ika.

"Nanti Haziq datang.Haziq kerja Ika."Abi menenangkan Ika."Abang Haziq tahu tak Ika sakit ?"Tanya Ika lagi tapi kali nada suaranya agak perlahan."Abi sudah bagitahu Haziq.In sha Allah,sehari dua lagi Haziq datang.Haziq out station sekarang."Bukan niat abi menipu tapi abi terpaksa supaya Ika tidak tertekan sekiranya dia tahu dia dan Haziq tiada sebarang ikatan.

"Ika kenal tak Abang Zack?"Abi cuba menduga Ika.Ika merenung Zack sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.Abi memandang Zack dengan perasaan serba-salah.Apalah daya abi.Seperti kata doktor, pelbagai kemungkinan boleh terjadi.Komplikasi terhadap kognitif mungkin boleh membaik atau memburuk bergantung kepada emosi pesakit sendiri.Buat masa sekarang,abi terpaksa mengikut rentak Ika.Ika berada di luar garis sedar.Memorinya terganggu dan perlukan masa untuk pulih.Zack perlu memberikan sokongan kepada Ika.Zack perlu bersabar menerima hakikat yang berlaku kepada Ika.

Setelah merujuk Doktor Ravi mengenai keadaan yang berlaku kepada Ika,doktor menasihatkan Zack dan abi supaya berdoa."You all percayakan tuan Allah kan?Banyaklah sembahyang.I cuma mampu berikhtiar sahaja.Kita tiada kuasa apa-apa.Mana tahu,esok lusa pesakit
boleh sembuh."Nasihat Dr.Ravi kepada Zack dan abi.
Zack diam membisu seribu bahasa.Tiada sepatah kata mampu dituturkannya.Bercampur-baur perasaannya.Ada sayu,pilu dan kecewa.Zack merasakan sedang dipermainkan oleh nasib.Tenggelam
ke dalam mimpi berlapis-lapis.Mimpi yang di dalamnya ada mimpi lagi, lagi dan lagi.

Hj Hamdi menepuk bahu Zack setelah melihat Zack bermenung panjang."Zack,Allah datangkan ujian kerana Allah tahu Zack,Ika dan kita semua mampu menghadapinya.Allah maha baik.Percayalah bahawa setiap ujian yang diberikan, Allah sediakan pelbagai jalan.Allah tidak pernah membiarkan kita sendirian.Banyaklah bermunajat kepadaNya."Hj Hamdi cuba meredakan perasaan Zack yang kelihatan agak tertekan dengan perubahan diri Ika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience