BAGAIKAN PUTERI

Family Series 39283

"Sayang,kan abang dah pesan jangan sidai baju tu!!Nanti abang yang buatkan.Semua benda tidak dibenarkan.Memasak,membasuh, mengemas rumah dan apa sahaja kerja rumah dilakukan oleh Haziq.Naik bosan Ika kerana dia tidak betah duduk diam.Bagaikan seorang puteri yang turun dari kayangan lagaknya segala layanan yang diberikan.
"Mama, apa yang Ika nak buat semua tak boleh.Ika pun kasihan kepada Haziq.Balik kerja sama-sama letih tapi semuanya Haziq nak buat sampai tak cukup kaki tangan."adu Ika kepada ibu mertuanya."Biarlah Ika.Haziq tahu tanggung jawabnya sebagai seorang suami.Lagipun Ika baru hamil.Tentu Haziq nak anak yang dikandung Ika sihat dan selamat,"pujuk mama Haziq.

Semua kawan-kawan sepejabat Ika dan seluruh ahli keluarga di kedua-dua belah pihak tahu mengenai kehamilan Ika.Masing-masing mengucapkan tahniah kepada pasangan muda ini.Haziqlah yang riuh bercerita tanpa segan-silu kepada rakan-rakannya dan juga rakan-rakan Ika setiap kali mereka bersua.
"Abang ni,malulah Ika.Kehamilan Ika masih baru lagi.Tidak perlulah semua orang tahu Ika hamil.Macam-macam boleh jadi tau,"tutur Ika kerana tidak menyenangi sikap Haziq yang dikiranya agak keterlaluan."Abang ni rasa seronok sangat dan tidak sabar menanti kehadiran zuriat kita.Tidak salahkan berkongsi berita yang baik-baik.Nanti ramai yang mendoakan kita."Ada sahaja alasan Haziq kepada Ika.

Jika Haziq dengan layanan istimewa buat Ika,keluarga mertua,umi dan dan abi juga serupa.Setiap hari mama dan ummi menelefon untuk bertanyakan khabar berita.Pelbagai juadah juga disediakan buat Ika.Sebut sahaja apa sahaja yang terlintas di benak fikiran,semua akan dipenuhi.Namun begitu,Ika tidak lah terlalu melayan rasa mengidam.Dia tidak mahu nanti sikapnya semasa hamil akan terbawa dan diwarisi oleh bayi yang dikandungnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience