PROTEKTIF

Family Series 39283

Zack berkemas barang-barang Ika.Segala ubat-ubatan dan vitamin telah diambil sejak awal tadi.Mereka discaj pada hari yang sama.Zack tidak mahu tergesa-gesa berangkat pulang supaya Ika lebih relaks dan tenang.Tiada apa yang mendesak dalam situasi sekarang.Ika semakin pulih dan Zack juga kian membaik.Akiff pasti bahagia bersama tok ibu yang sangat menyayanginya.

Pesanan-pesanan doktor terngiang-ngiang di telinga Zack."Jaga kesihatan isteri encik.Jangan bebankan dia dengan kerja-kerja berat. Emosinya juga perlu dijaga."Zack mengambil serius pesanan doktor.Kata-kata doktor digenggamnya.Zack sama sekali tidak akan membiarkan Ika terbeban sepanjang kehamilan ini.Itulah di antara janji Zack selepas mendapat perkhabaran bahagia tersebut.

"Abang, ibu dan ummi dah tahu Ika pregnant?"Tanya Ika memecahkan keheningan.
"Belum,sayang!!Abang cadang nak buat makan-makan kat rumah.Masa tulah, kita bagitau ibu,ummi dan abi ya!.Abang tak dapat bayangkan reaksi Akiff dan ibu."Ucap Zack begitu teruja.Sepanjang perjalanan pulang,tangan Ika tidak lepas dari genggaman Zack dan sesekali tersasar menyentuh perut Ika yang masih rata.Ika hanya menggelengkan kepala melihat tingkah laku Zack.Sejak Ika sedar,Zack sentiasa berada di sisi Ika.Jika boleh disukat dan ditimbang,agaknya sudah berapa tan kasih sayang Zack terhadap Ika?Semakin hari semakin bercambah.Kasih sayang Zack adalah anugerah yang terindah buat Ika.Ika akan sentiasa menjaga dan memeliharanya selagi ada nyawa.

Di sudut hati,Ika mensyukuri segala yang dinikmati sekarang.Walaupun kehidupan mereka tidak bermewah-mewah,mereka memiliki segala-galanya.Kebahagiaan yang Allah hadirkan tidak boleh dibeli dengan wang
ringgit.Rasa bahagia adalah ketika kita mensyukuri apa yang kita punya dan bukannya fokus kepada apa yang tidak dimiliki atau yang hilang dari kehidupan kita.

"Abang,dengan kondisi Ika sekarang dan kesihatan ibu tak membebankankah ibu nak masak banyak?" Ika mengerti keadaan mertuanya yang kurang sihat sejak akhir-akhir ini.

"Sayang jangan risau.Sekarang ni semuanya abang akan uruskan.Tinggal kita cuci tangan saja!"Balas Zack dengan senyum manisnya.Pipi Ika ,dicubit perlahan.Wajah Ika walaupun masih pucat tapi ada binar bahagia.Ika tidak merancang selepas disatukan dengan Zack kerana dia tidak mahu menunda kehadiran orang baru dalam hidup mereka.Moga kehadiran cahaya mata mereka akan terus menunjang dan menyimpul mati kasih sayang yang Allah campakkan ke hati-hati mereka.

"Ika ikut saja apa kata abang.Lagipun dengan kesibukan abang ,kita dah lama tak jumpa abi dan umi.Rindu sangat Ika.Apa khabar mereka ya ,abang.Umi dan abi datang tak masa kita kat hospital?"

"Mereka datang sayang.Tapi tulah kan Ika tidak sedar.Umi bukannya boleh duduk lama.Umi ada berkirim salam kepada Ika.Abang pun hampir lupa."

Sebaik sahaja, kereta menjalar masuk ke halaman rumah, Akiff sudah berlari ke arah mereka.Wajah comel Akiff tersenyum riang melihat mama dan papa berada di depan mata.Pipi Ika dicium Akiff berkali-kali.Wajah comel Akiff sarat dengan kerinduan.Zack juga turut memeluk Akiff bagi meredakan kerinduan kerana sudah beberapa hari tidak berkesempatan bertemu Akiff.Akiff dan ibu tidak menjenguk Ika dan Zack kerana Zack tidak bercerita sepenuhnya kepada ibu keadaan mereka berdua.Zack tidak mahu membebankan ibu dengan masalah yang dihadapi.Ibu cuma tahu Zack mengalami hidrasi yang tidak serius dan perlukan rehat.

Ibu berdiri di ambang pintu.Menyambut kepulangan Zack dan Ika.Ibu agak cemas apabila melihat wajah Ika yang pucat.Ika memeluk ibu sambil bertanyakan kesihatan ibu."Siapa yang sakit ni Zack?"Ibu mula curiga.
"Ala...ibu Ika cuma pening saja sepanjang jaga abang. Mungkin tidak cukup tidur."Zack mengiakan kata-kata Ika.Jika keadaan sebenarnya diketahui tentu ibu berkecil hati dan menyangka Zack dan Ika meremehkannya.Hati seorang ibu tentulah sentiasa sarat dengan kasih sayang dan cinta yang melimpah-ruah.

"Ibu dah masak tadi.Nak makan dulu atau berehat?"Tanya ibu kerana melihat Zack dan Ika kelihatan lelah."Tak apalah ibu, Zack dan Ika rehat dulu di dalam bilik.Nanti lepas solat,kami makan.Kalau ibu dan Akiff lapar,makanlah dulu."Kata Zack sambil mengheret beg masuk ke dalam bilik.

Ika terus merebahkan badan di katil. Beberapa minit kemudian,terdengar dengkuran halus Zack di sebelah Ika. Ika juga turut berlayar bersama Zack.

Umi dan abi datang ke rumah seusai solat Maghrib setelah beberapa hari Zack dan Ika discaj.Ibu seperti biasa sangat merai tetamu.Becok mulut ibu bercerita mengenai Akiff cucu kesayangannya.Sesekali menyentuh mengenai kesihatan ibu.

Zack memulakan bicaranya seperti yang dijanjikan kepada Ika tempoh hari."Zack sebenarnya ada berita yang ingin disampaikan."Zack berjeda seketika.Semua mata menatap Zack penuh tanda tanya."Akiff akan dapat adik lapan bulan lagi!!"Zack menuturkannya dengan penuh senyuman bahagia."Alhamdulillah...."Sepatah kata diucapkan abi dengan genangan air mata.Ibu dan umi bergegas mendekati Ika dan masing-masing berpelukan.

Zack berasa sangat bahagia.Allah sangat baik.Memberikan segala-galanya buat Zack.Terasa hidup Zack menghampiri titik sempurna.Apa yang diimpikan selama ini menjadi nyata.

Ummi menatap penuh kasih wajah polos Akiff."Akiff,nanti Akiff kena jaga mama tau.Kalau dulu,Akiff jaga tok ibu seorang.Kali ini dah dua tanggung jawab Akiff.Tolong tok ibu.Tolong mama.Jangan biarkan tok ibu dan mama buat kerja berat tau."Pesan ummi sambil menggosok kepala Akiff.Akiff mengangguk penuh semangat.Wajah comel Akiff,dihias dengan sebuah senyuman yang cukup menawan.

"Akiff janji,nenek..Akif akan jaga tok ibu,jaga mama,jaga papa dan baby.Tapi..boleh tak Akiff nak minta semua orang panggil Akiff abang.Akiff tak nak nanti baby juga panggil Akiff."Ucap Akiff sambil memuncungkan mulutnya.

"Baik,abang Akiff!!Papa setuju."Zack mendepakan tangan membawakan Akiff erat dalam pelukannya.

Suasana hening seketika.Masing-masing terpana menyaksikan keakraban dua beranak.Walaupun tiada darah Zack yang mengalir ditubuh Akiff tapi kasih sayang dan ketulusan Zack telah menumbuhkan rasa sayang yang tidak pernah berbelah bahagi.

Makan malam berlangsung dalam suasana yang hangat.Sebuah keluarga kecil tapi sentiasa meriah dan ceria.

Sejak Ika hamil,Ika dikelilingi oleh manusia-manusia yang sentiasa protektif.Baik Akiff,tok ibu dan juga Zack melayan Ika bak puteri.Ika tidak dibenarkan membuat kerja-kerja rumah.Malahan Zack sanggup menggaji pembantu rumah bagi meringankan ibu melakukan kerja-kerja rumah.Walaupun Ika berkeras untuk melakukannya tapi Ika tidak tahan dengan ketegasan Zack.Kata Zack,"Abang hanya punya seorang isteri yang sangat abang cintai.Abang tidak mahu sebarang komplikasi berlaku terhadap Ika dan permata hati kita.Boleh tak abang minta cuma satu...Jagalah zuriat kita dengan baik."Ucap Zack dengan penuh pengharapan.Ika hanya mampu mengiakan segala kata-kata Zack kerana dia tahu betapa besar keinginan Zack untuk memiliki zuriat dari darah dagingnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience