JODOH??

Family Series 39283

Masa begitu pantas berputar.Sedar tidak sedar,Akill sudah meniti kedewasaan.Mencipta nama sebagai pelukis terkemuka.Walaupun bakat tidak boleh diwarisi,tapi Akiff dan papanya Zack mempunyai bakat dan misi yang sama.Kedua-duanya bergabung tenaga mengembangkan industri seni mereka sehingga ke seantero Malaya.Tatkala Akiff di ambang kemasyhuran, Adiratna pula sedang bertungkus-lumus menamatkan pengajian masternya di bidang kedoktoran.Kontradiksi di antara 2 beradik dalam memilih profisi tapi berkongsi minat dalam perkara-perkara lain seperti suka memasak dan mengembara.
Ibu walaupun sudah meniti usia 80 tahun tapi masih kuat.Di kelilingi cucu-cucu yang sangat menyayanginya.Kalau dulu,dia mengharapkan dapat membesarkan cucu-cucu sebelum menutup mata tapi Allah izinkan ibu masih diberikan nikmat kesihatan dan bonus dari segi usia.Ibu sudah mula bising apabila Akiff dan Adiratna belum berumah tangga.Ibu memasang angan-angan untuk menimang cicit pula.Siang malam bernyanyikan lagu dengan rentak yang sama."Abang Akiff bila nak kahwin ni?Adik engkau pun sama.Tak pernah nak bawa calon suami berjumpa dengan tok ibu!!"Rengek ibu apabila berkesempatan bersama cucu sulongnya.Seperti biasa,Akiff hanya mampu tersenyum dan sesekali bergurau,"Jodoh Abang Akiff belum lahir lagi tok ibu.In Sha Allah.Nanti calon abang dah bersedia,Abang Akiff akan perkenalkan dengan tok ibu."Itulah janji Akiff setiap kali bila tok ibu mendesaknya.
Bagi Zack dan Ika pula mereka memberi ruang dan kebebasan kepada anak-anak untuk memilih jodoh.Perkahwinan adalah sekali seumur hidup.Zack juga berkahwin lewat.Namun berkat sabar memilih jodoh,Allah hantarkan seorang bidadari menemaninya dengan setia untuk meniti hari-hari tua bersama.Jika Akiff sibuk dengan kerjayanya sebagai pelukis, Adiratna pula ingin menjadi pakar sakit puan.Dia mahu menggapai segala cita-citanya sebelum mendirikan rumah tangga.Bukan tiada yang mengejarnya,bukan tiada yang datang merisik,berkirim coklat dan bunga setiap hari ulang tahun kelahirannya tapi Adiratna tetap dengan keazamannya untuk menjadikan segala mimpi sebagai realiti.Selagi segala yang dicita-cita tidak dapat digenggam selagi itulah soal jodoh dipinggirkan dulu.Seperti janji mama dan papa juga,soal jodoh segalanya dipulangkan kepada anak-anak.Mereka telah meniti kedewasaan dan mereka berhak merajut masa depan mereka sendiri.Siapa pilihan Akiff dan Adiratna beerti itulah menantu mereka.
Jodoh adalah rahsia Allah.Andai digenggam kuat tapi bukan milik kita, ia akan terlepas jua.Namun walaupun ditolak ke tepi,andai ianya jodoh kita ia akan mendatang jua.Maka baik Akiff mahupun Adiratna,mereka amat matang apabila memikirkan soal jodoh.
Jika Adiratna punya ramai secret admirer,Akiff juga tidak kurang bilangan peminatnya.Bak kata tok ibu,bersusun anak gadis menanti Akiff membuka hati.Walaupun diketuk berkali-kali tapi pintunya masih belum terbuka lagi Bersabarlah wahai hati!Andai tertulis jodoh kalian,tiada siapa dapat menahannya.
Awal pagi Akiff dan Adiratna diminta segera pulang dengan perkhabaran yang sangat menyedihkan.Kata papa, tok ibu tidak berselera makan dan badannya sangat lemah.Nama Akiff dan Adiratna saja yang meniti di bibirnya.Walaupun Akiff perlu bergegas ke utara atas urusan bisnes tapi Akiff segera membatalkan segala urusan kerana baginya tok ibu adalah denyut nadinya.Adi tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada tok ibu.Biar apapun,biarlah segalanya di depan mata Akiff.
Adiratna pula tidak dapat menahan sebak.Melajukan kereta yang dipandunya supaya cepat tiba di rumah.Entah berapa lampu merah dilanggarnya.Wajah tok ibu bermain di mata Adiratna.Seorang nenek yang telah menumpahkan segala kasih sayang kepadanya.Selama tok ibu menjaga Akiff dan Adiratna ketika kecil,seekor nyamuk pun tidak berani untuk menggigit mereka.Tok ibu sangat istimewa di hati mereka berdua.Gigih dia membesarkan mereka tanpa campur tangan orang luar.
Tubuh tua tok ibu yang terlantar didakap erat dua beradik".Ibu,Abang Akiff dan adik dah balik jenguk ibu.Ibu makan ya."Pujuk Ika.Dengan pantas,bubur di tangan Ika berpindah ke tangan Adiratna.Dengan kebijaksanaan dan kelembutan nya dia berjaya memujuk ibu menghabiskan semangkuk bubur.
Ika dan Zack memberikan ruang kepada anak-anak untuk bersama tok ibu.Zack tahu dan dapat membaca dari riak ibu bahawa ada sesuatu yang mengganggu perasaan ibu.Walaupun di antara ibu dan Zack tiada rahsia tapi kali ini ibu memilih untuk berahsia."Apa yang mengganggu ibu?"Kata doktor, walaupun usia ibu sudah lanjut tapi kesihatan ibu memuaskan.Ibu tidak terikat dengan penyakit tiga serangkai.Begitu juga dengan kondisi dan jantung ibu masih berfungsi dengan baik.Cuma selera makan ibu sahaja yang merosot sejak akhir-akhir ini.
"Tok ibu,abang Akiff dan adik nak tok ibu selalu sihat.Tok ibu kena makan.Abang sedih kalau tok ibu sakit.Kami sayang tok ibu."Kata Akiff sambil mengusap tangan tok ibu.
"Tok ibu, adik pun sama macam abang.Adik tak boleh tengok tok ibu sakit.Macam mana tok ibu nak jumpa calon suami adik dan calon isteri abang kalau tok dah tak sihat."Tanya Adiratna dalam nada bergurau.
Mendengar pertanyaan Adiratna, bagaikan disuntik kekuatan,tok ibu terus bangun dari katil.Sambil menggenggam tangan kedua-dua cucunya,dia tersenyum."Tolonglah tok ibu.Sebelum tok ibu memejamkan mata,tok ibu nak sangat lihat adik dan abang di pelaminan ."Walaupun permintaan tersebut senang dituturkan tapi bukanlah mudah untuk dipenuhi.Namun sanggupkan Akiff dan Adiratna membiarkan tok ibu terus menanti.Sesungguhnya penantian itu sangat menyakitkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience