KELAHIRAN

Family Series 39283

Ika amat gelisah berbaring di atas ranjang.Sesekali beralih ke kiri dan sesekali ke kanan.Matanya sekali pun tidak dapat lelap sepanjang malam.Kontraksi berlaku semakin kerap.Apa sahaja doa yang terlintas di hati dilantunkan.Doa ketika Nabi Yunus di dalam perut ikan Nun berulang kali dibaca.Doa Maryam ketika sakit melahirkan Nabi Isa juga dilantunkan.Kata orang,sakit melahirkan samalah seperti 20 tulang dipatahkan.Sakit yang tidak diucapkan dengan kata-kata.Sesekali Ika meramas dan menarik cadar menahan kesakitan yang menyesakkan jiwanya.Melihat Zack berdengkur halus dan lena dibuai mimpi,Ika tidak sampai hati membangunkan Zack.Biarlah Zack lena sepuas-puasnya.Sudah acap kali,kontraksi palsu yang berlaku sejak akhir-akhir ini menyebabkan Zack tidak tega meninggalkan Ika di rumah.Banyak waktu dihabiskan untuk memastikan kelahiran bayi mereka lancar.Namun setiap kali kontraksi berlaku,Zack akan bergegas membawa Ika berjumpa doktor namun kata doktor, kontraksi tersebut merupakan kontraksi pra kelahiran.Namun jika berlaku air ketuban pecah atau pendarahan pada faraj maka Ika dinasihatkan bersegera ke hospital.Ini bermakna detik kelahiran semakin hampir.
Ketika Ika sedang gelisah di kamar,ibu pula terbangun beberapa kali.Seolah ada bisikan-bisikan yang mengejutkannya.Solat sunat tahajud ditunaikan.Panjang doa ibu kali ini.Satu persatu nama kesayangan disebut dan didoakan ibu.Ibu bermunajat agar usia ibu dipanjangkan dan dapat melihat,menimang dan melihat cucu pertamanya itu membesar di depan mata ibu.Air mata ibu tidak dapat ditahan-tahan.Sudah acap kali arwah suami hadir di dalam mimpi.Menatap ibu dengan sayu tanpa menuturkan kata-kata.Seolah memberikan isyarat,bahawa perjalanan ibu sudah hampir ke noktahnya.Tiada apa lagi yang didamba ibu di penghujung usia ini melainkan melihat puteranya berbahagia hingga ke syurga.
Ibu menyeka air matanya yang mengalir deras.Dia tidak mahu perasaan sayunya itu terbawa-bawa sehingga keluar dari kamarnya.Biarlah Zack,Ika mahupun Aqil tidak tahu keretakan hati ibu.Ibu sedar,tiada apa yang kekal di dunia.Segalanya hanyalah sebuah pinjaman.Andai kata,pemilikNya ingin mengambil semula apa yang dipinjamkan maka siapalah kita untuk menidaknya.
Setelah reda perasaan ibu,ibu mengatur langkah menuju ke kamar Ika dan Zack. Kamar mereka hanya bersebelahan saja.Ibu mengetuk pintu memanggil-manggil nama Ika.Ika sudah tidak mampu untuk menapak langkah membuka pintu.Dahinya berkerut menahan kesakitan yang semakin mencengkam."Ibu,pintu tak berkunci.Ibu masuklah."Kata Ika dengan suara semakin lemah.Tubuh tua ibu bagai disuntik dengan seribu kekuatan,membuka tombol pintu menerpa ke dalam kamar mereka."Ika,kenapa ni?"Tanya ibu cemas."Ika sakit,ibu!"Air mata Ika mula mengalir deras.Antara rasa sakit,rasa sayu dan hiba bersatu."Ya Allah!Kenapa kau ni Zack?Tidur mati.Isteri sakit nak bersalin tu!!"Suara ibu bagaikan halilintar membelah bumi bergema di telinga Zack.Zack terkial-kial bangun sambil menggosokkan matanya.Terperanjat melihat ibu sedang duduk di sebelah Ika manakala Ika pula dengan wajah berkerut menahan kesakitan."Kenapa ni ibu?'Tanya Zack cemas."Ika dah nak bersalin ni Zack.Cepat mandi dan bersiap.Hantar Ika ke hospital."Tegas ibu.
Tanpa berlengah lagi dan sepantas kilat,Zack bersiap dan mencempung Ika ke dalam kereta.Ika tidak menunggu sehingga air ketuban pecah ataupun turun tanda pendarahan kerana kontraksinya sudah tiada jeda.Terasa bagai hendak putus pinggang Ika.
Perjalanan ke hospital terasa begitu lama.Zack tidak sanggup melihat Ika menanggung kesakitan.Beberapa lampu isyarat merah dilanggarnya.Yang penting sekarang Ika dapat dibawa ke hospital sesegera yang mungkin.
Sebaik saja kereta diparkir di parkir kecemasan,Ika sudah tidak mampu bertahan."Ya,Allah!!Anak kita dah keluar abang!!Jerit Ika.Para petugas yang ada segera membawa Ika ke wad bersalin.Tetapi si kecil sudah tidak sabar-sabar untuk melihat dunia.Di atas stretcher berlakulah proses kelahiran yang menakjubkan.Tanpa sempat meneran bayi kecil lahir ke dunia. Maka apakah nikmat tuhan yang mahu didustakan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience