8

Vampire Series 59842

"Sebagai mana yang kamu semua sedia maklum. Kita semua ada di Sekolah Vampire. Sekolah khas untuk belajar tentang vampire. Ada yang tahu mengenai vampire?" soal Sir Fredrick. Semua pelajar senyap tanpa suara.

"Anyone?" soal Sir Fredrick lagi.

"Saya." jawab seorang pelajar sambil mengangkat tangannya. Dia ingin mencuba.

"Ya kamu. Kenalkan diri dan beritahu apa yang kamu tahu mengenai vampire." kata Sir Fredrick. Pelajar tersebut berdiri.

"Hi, saya Rachel. Apa yang saya tahu mengenai vampire ialah hantu yang hidup seperti manusia. Boleh berkahwin dan ada zuriat." jawab Rachel.

"Nice try, duduk. Ada sesiapa lagi nak cuba?" soal Sir Fredrick. Semua pelajar senyap semula. Dia memerhatikan setiap pelajarnya.

"Hm.. Let me choose." kata Sir Fredrick. Semua pelajar menundukkan kepala mereka.

"Kamu, kenalkan diri dan beritahu apa yang kamu tahu mengenai vampire." Sir Fredrick menunjukkan ke arah Olive.

"Saya?" Olive terkejut. Dia berdiri.

"Ya." balas Sir Fredrick.

"Err.. Saya Olivia Faye.." kata Olive dengan tergagap.

"Oh, kamu pengantin vampire. Apa yang kamu tahu mengenai vampire?" soal Sir Fredrick.

"Err.. Vampire ada tiga puak, red vampire, black vampire dan grey vampire." balas Olive.

"Betul. Apa yang membezakan antara tiga puak tersebut?" soal Fredrick. Olive kecut perut.

"Warna anak mata." kata Olive dengan ragu-ragu.

"Correct. Tapi ada banyak lagi yang membezakan tiga puak tersebut. Kamu boleh duduk." kata Sir Fredrick.

"Terima kasih sir." Olive pun duduk.

"Adakah kamu semua tahu kamu daripada puak vampire mana?" soal Sir Fredrick. Terdapat pelajar yang menggeleng ada juga yang menganggukkan kepala.

"I see, alright class. Apa yang kawan-kawan kamu beritahu tadi adalah betul. Jadi hari ni kita akan belajar untuk mengenali vampire lebih detail. Sejarah dan sebagainya. Mungkin lepas ni kamu akan tahu kamu daripada vampire mana." kata Sir Fredrick. Sesi pengajaran dan pembelajaran untuk bermula. Apa yang diberitahu sir sama sahaja seperti yang diberitahu oleh Slyvia.

"So kita dah kenal jenis vampire. And sekarang kamu beritahu puak masing-masing bermula dengan kamu." kata Sir Fredrick sambil menunjuk ke arah seorang pelajar.

"Saya?" soal seorang pelajar tersebut.

"Ya. Bagitahu nama sekali." jawab Sir Fredrick.

"Saya Helda dari puak grey vampire. Mak saya manusia." kata Helda.

"Next." kata Sir Fredrick.

"Saya Liana, puak grey vampire. Ayah saya vampire, mak saya manusia." kata Liana.

"Next." kata Sir Fredrick.

"Saya Veronica. Puak black vampire. Parent saya adalah puak black vampire." jawab Veronica.

"Okay, next." kata Sir Fredrick. Sir Fredrick tunjuk ke arah pelajar lelaki pula.

"Saya Kio. Black vampire." kata Kio.

"Okay." balas Sir Fredrick.

"Saya Terry, grey vampire." kata Terry.

"Saya Andy, grey vampire." kata Andy.

"Dan yang terakhir." kata Sir Fredrick.

"Saya Caylus, red vampire." kata Caylus.

"Wah, red vampire. Good." kata Sir Fredrick.

Hampir separuh pelajar dikelas ini adalah grey vampire. Mungkin ibu atau bapa mereka adalah manusia. Yang selebihnya adalah black vampire manakala seorang sahaja dari puak red vampire. Olive pula masih manusia biasa kerana dia masih belum berkahwin dengan Dylan.

Setelah beberapa jam sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung akhirnya kelas pun tamat.

"Okay kelas, itu sahaja pembelajaran kita pada hari ini. Terima kasih." kata Sir Fredrick.

"Terima kasih sir." ucap semua pelajar. Sir Fredrick pun keluar dari kelas tersebut.

"Olivia, jom pergi makan nak tak?" soal Slyvia.

"Err.." balas Olive.

"Kenapa? Awak nak balik ke?" soal Slyvia.

"Ye." Olive mengangguk. Dia ingin pulang sahaja. Lagipun kesian Cody tunggu lama diluar.

"Oh, takpelah lain kali saja." kata Slyvia.

"Okay." mereka pun keluar dari kelas. Olive segera berjumpa dengan Cody.

"Maaf tunggu lama." kata Olive.

"Takpe cik memang kerja saya." balas Cody. Dia sudah biasa dan Olive pun bukan yang pertama. Hampir seumur hidup Cody menjaga pengantin red vampire.

"Okay." balas Olive. Cody pun menghantar Olive pulang ke rumah Dylan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience