40

Vampire Series 59844

Pada pagi hari yang seterusnya Olive bangun seperti biasa. Namun dia tidak terus keluar dari bilik. Dia hanya duduk sahaja dibilik itu. Dia rasa malas nak turun bawah. Dia perlu berfikir.

"Haih. Susahnya nak lari macam ni. Mum pun asyik merayu je semalam. Tak sampai hati. Aku pulak dah berjanji semalam." keluh Olive.

Semakin hari semakin susah untuk dia lari. Hatinya juga mula berbelah bahagi. Tambahan pula selepas mum merayu pada Olive untuk selalu ada disisi Dylan lagi bertambah rasa serba salah didalam hatinya. Sebelah kaki Olive hendak lari dan sebelah lagi ingin pulang ke rumahnya. Dia keliru dengan hatinya sendiri. Dia tidak tahu hendak pilih yang mana satu.

"Tapi aku tak nak kahwin. Aku belum bersedia lagi. Lambat lagi. Aku nak balik. Aku rindu mummy dan daddy. Tentu mereka risaukan aku." kata Olive. Olive tidak mahu berkahwin. Bukan sebab Dylan atau sesiapa cuma Olive belum bersedia. Sudah lama sangat Olive disini tanpa ada khabar berita kepada orang tuanya. Tentu mereka risau pada Olive.

"Olive." ada seseorang yang memanggilnya diluar pintu biliknya.

"Siapa?" soal Olive. Siapa pula yang panggil dia pagi-pagi ni? Olive baru nak buat sesi luahan perasaan. Ada pula yang menganggu.

"Aku ni, Dylan. Kau kata nak pergi taman. Jomlah." ajak Dylan. Semalam Olive beria nak pergi taman tu. Hari ni senyap pulak. Dah tak nak pergi dah ke?

"Oh.. Nak-nak. Jap nak siap. Tunggu." kata Olive. Dia jadi teruja pula. Dia terus bangun dari tempat tidurnya untuk mandi dan bersiap.

"Aku tunggu kat bawah." balas Dylan. Tentu Olive siap lambat.

"Okay." jawab Olive.

Lalu Dylan pun turun ke bawah. Dia duduk dimeja makan untuk bersarapan. Apa-apa pun kenalah isi perut dahulu.

Beberapa minit kemudian Olive pun turun ke bawah. Dia sudah sedia untuk ke taman.

"Saya dah siap. Jom." Olive tidak sabar hendak ke taman itu dari semalam lagi.

"Kot ye pun sarapanlah dulu." kata Dylan. Dia ingin bersarapan dahulu. Apa-apa pun kenalah isi perut dahulu.

"Okay-okay." balas Olive. Mereka bersarapan sebentar dan berlalu ke taman selepas itu. Seperti biasa mereka berjalan kaki. Dalam perjalanan ke taman mereka berbual sedikit.

"Nak cakap ke tak eh?" bisik hati Olive. Dia ingin bertanyakan sesuatu pada Dylan. Pertanyaan itu sudah berlegar difikirannya sejak semalam lagi. Tetapi dia sedikit malu untuk mengeluarkan pertanyaan itu.

"Tapi kalau aku tak tanya.. Sampai bila pun tak tahu." kata Olive. Mungkin ini boleh mempengaruhi keputusannya selepas ini.

"Dylan.. Nak tanya sikit boleh tak?" soal Olive. Dia memberanikan diri untuk bercakap. Dia pandang Dylan yang berjalan dihadapannya. Hanya belakang badan Dylan sahaja yang kelihatan. Kurang sikit gementar dihatinya.

"Hmm.. Tanya jelah." balas Dylan. Dia okay sahaja. Olive terdiam.

"Nak tanya apa?" soal Dylan. Olive senyap pula. Tadi bukan main beria nak tanya. Entah apalah yang Olive nak tanya tu.

"Err.. Pasal perkahwinan tu.." kata Olive teragak-agak.

"Kenapa dengan perkahwinan tu?" soal Dylan. Ada apa yang tidak kena ke dengan perkahwinan itu.

"Apa pendapat awak tentang perkahwinan tu?" soal Olive. Dia ingin tahu apa yang Dylan rasakan mengenai perkahwinan itu.

"Pendapat? Maksud kau?" soal Dylan. Dia tahu apa yang Olive cuba untuk sampaikan. Tetapi dia tidak pasti yang mana satu.

"Emm.. Awak setuju ke?" soal Olive.

"Setuju je." balas Dylan. Sejak dari awal lagi dia bersetuju. Cuma masa awal-awal tu macam terpaksa sedikit.

"Sebab?" soal Olive. Takkanlah boleh terus setuju sahaja? Tentu ada sebabnya.

"Kau tanya sebab buat-buat tak tahu atau memang tak tahu?" soal Dylan. Bukankah terlalu jelas sebab Dylan berkahwin dengan Olive?

"Sebab tak tahulah." balas Olive.

"Aku kahwin dengan kau sebab perjanjian tulah." kata Dylan. Perkahwinan ini tentulah atas dasar perjanjian itu. Sebab apa lagi?

"Sebab lain?" soal Olive. Takkanlah sebab itu sahaja?

"Sebab lain?" soal Dylan. Dia berhenti berjalan dan pandang ke arah Olive. Dia fikir sesuatu.

"Err.." Olive menunduk dia jadi malu bertentang mata dengan Dylan.

"Kenapa awak setuju?" soal Olive sambil menunduk.

"Sebab perjanjian tu. Dah cakapkan tadi." balas Dylan.

"Takkan sebab tu je?" soal Olive. Takkan kahwin hanya disebabkan perjanjian itu sahaja? Boleh ke macam tu? Macam mana nanti? Bahagiakah perkahwinan seperti itu?

"Kenapa? Kau harap sebab lain ke?" Dylan mengangkat keningnya.

"Err.." Olive tidak tahu bagaimana untuk bercakap. Mungkin juga betul kata Dylan. Sebab apa lagi kalau bukan sebab perjanjian itu. Tetapi Olive masih berharap yang ada alasan yang lain. Sekurang-kurangnya satu alasan yang meyakinkan.

"Aku kahwin memang sebab perjanjian itu je. Tapi.." Dylan mendiamkan dirinya.

"Tapi apa?" soal Olive. Hatinya berdebar. Agaknya apalah yang tapi tu?

Dylan pandang ke depan dan terus berjalan. Mereka meneruskan perjalanan.

"Tapi apa Dylan?" panggil Olive. Dia ikut Dylan dari belakang. Dia nak tahu apa yang tapi tu.

"Nanti kau tahulah sebabnya. Jangan risau aku tak kan dera kau. Takkan buat sesuatu yang buruk pada kau. Kan aku dah janji nak jaga kau. So jangan risau. Setakat ni cukup tu je yang kau patut tahu." kata Dylan. Dia buka pintu pagar Taman Dyllive. Mereka sudah tiba ditaman itu.

"Huh.. Bukan yang tu aku nak dengar." bisik hati Olive. Mereka masuk ke dalam taman itu.

"Dah pergi sana. Bagi ikan-ikan tu makan." kata Dylan.

"Yelah." kata Olive. Dia pun berlalu ke kolam ikan. Dia ambil makanan ikan dan mula berangan ditepi kolam.

"Kalau aku pergi dari kampung ni mesti aku rindu taman ni. Dah lah cantik, luas lepastu segar." Olive hirup udara segar.

"Olive." tegur Dylan.

"Apa?" balas Olive.

"Aku nak keluar kejap. Kau duduk sini eh. Jangan pergi mana-mana." Dylan ada urusan yang perlu diselesaikan.

"Okay." Olive lagi suka kalau duduk disini sorang-sorang.

"Bye." Dylan terus berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience