25

Vampire Series 59842

"Nak atau tak kita kena bagitahu Dylan pasal hal ni." kata Slyvia. Mereka semua kepenatan mencari Olive. Mereka perlukan bantuan daripada Dylan. Dylan juga perlu tentang apa yang berlaku sekarang ini.

"Ya tuan muda perlu tahu hal ini. Kita juga perlu bantuan lebih ramai vampire untuk cari Olive." balas Cody. Mungkin dengan bantuan vampire lain lebih mudah untuk mencari Olive.

"Tapi Dylan tak mengamuk ke nanti?" soal Caylus. Mereka bertiga adalah orang terakhir yang ada dengan Olive sebelum dia hilang. Tentunya mereka akan disoal siasat oleh Dylan nanti. Lebih parah mereka yang akan disalahkan.

"Tak kot. Lagipun kita tak jangka benda ni boleh jadi. Kita tak minta pun." kata Slyvia. Lebih baik mereka beritahu Dylan sebelum terlambat. Mereka perlu cari Olive dengan cepat.

"Kalau macam tu, jomlah pergi rumah Dylan." ajak Caylus. Mereka pun menuju ke rumah Dylan.

Pintu rumah besar Dylan diketuk beberapa kali. Cody, Caylus dan Slyvia jadi berdebar-debar.

"Tuan Muda Dylan ada?" soal Cody sebaik sahaja Nancy membukakan pintu.

"Ada, sekejap ya." kata Nancy. Cody mengangguk. Nancy pun memanggil Dylan yang sedang membaca majalah diruang tamu.

"Tuan Muda.. Cody datang nak berjumpa tuan muda. Nampaknya macam ada hal yang mustahak." kata Nancy.

"Cody? Bukan patutnya dia jaga Olive kat sekolah?" soal Dylan. Setahu Dylan, Olive mengulangkaji pelajaran disekolah dan sepatutnya Cody ada disitu.

"Ya, tapi Cody bersama seorang perempuan dan Tuan Muda Caylus pun ada sekali. Cuma Cik Olive tiada pun." kata Nancy. Pelik juga Olive tiada bersama Cody. Bukan sepatutnya Cody jaga Olive?

"Hah? Olive takde?" Dylan terkejut. Dia terus mendapatkan Cody diluar rumah.

"Cody?" soal Dylan. Dia memandang ke arah Cody, Caylus dan Slyvia. Memang betul Olive tiada bersama mereka.

"Tuan Muda.. Sebenarnya.." Cody tergagap-gagap. Dia takut untuk bercakap. Takut terhadap reaksi Dylan. Tentu dia akan jadi sangat marah.

"Sebenarnya apa?" Dylan sedikit berdebar. Apa yang berlaku ni?

"Err.. Cik Olive." kata Cody. Dia tidak tahu bagaimana untuk jelaskan pada Dylan. Dia tidak tahu bagaimana hendak mula.

"Kenapa dengan Olive?" soal Dylan. Dia mula berfikir yang bukan-bukan. Kenapa dengan Olive? Apa yang terjadi sebenarnya?

"Cody?" panggil Dylan.

"Sebenarnya Dylan, Olive hilang." kata Caylus memandangkan Cody agak teragak-agak hendak bercakap.

"Apa!" Dylan terkejut besar.

"Macam mana dia boleh hilang?" soal Dylan. Macam mana Olive yang ada vampire penjaga tu boleh hilang? Macam mana ini boleh terjadi?

"Sebenarnya dia hilang masa pergi tandas." kata Slyvia.

"Cody! Macam mana Olive boleh hilang? Awak tak jaga dia?" marah Dylan kepada Cody. Dia sangat marah jika ada apa-apa yang berlaku kepada pengantinnya.

"Maafkan saya tuan muda." kata Cody sambil menunduk. Dia rasa amat bersalah.

"Tak boleh harap." Dylan terus terbang mencari Olive sendirian. Dia harus segera mencari Olive. Kalau tidak perkara buruk boleh terjadi.

"Ada apa ni? Kenapa Dylan marah-marah?" soal Puan Rhea yang baru sahaja keluar. Dia dengar suara Dylan yang marah-marah dari dalam rumah.

"Auntie." panggil Caylus.

"Kenapa Caylus? Apa yang jadi?" soal Puan Rhea.

"Olive hilang." kata Caylus.

"Apa? Olive hilang?" Puan Rhea terkejut.

"Macam mana dia boleh hilang?" Puan Rhea jadi kelam kabut.

"Kami pun tak tahu. Tahu-tahu je dia hilang." jelas Caylus.

"Ish bahaya ni. Cody cepat panggil vampire yang lain untuk cari Olive sekarang jugak." arah Puan Rhea.

"Baik puan." Cody pun segera mendapatkan rakanya yang lain. Manakala Caylus dan Slyvia meneruskan pencarian Olive.

"Jangan-jangan Alexa yang culik Olive." teka Slyvia. Alexa sahaja yang ada niat jahat pada Olive. Vampire lain nampak elok sahaja.

"Kita tak boleh tuduh sebarang kalau takde bukti." balas Caylus.

"Tapi dia kan tak suka pada Olive?" kata Slyvia. Mesti kerja Alexa punya. Siapa lagi yang berdendam dengan Olive. Lagipun mustahil ada vampire lain yang berani nak ganggu atau culik Olive.

"Ya, tapi takde bukti yang buat Alexa tu culik Olive." kata Caylus. Mereka tidak boleh membuat tuduhan melulu tanpa ada usul periksa. Mereka pun tidak nampak Alexa disekolah tadi.

"Mestilah takde bukti sebab Alexa tu kan licik." kata Slyvia. Alexa seorang black vampire. Perkara licik dan helah tu celah jarinya sahaja. Slyvia pasti yang Alexa telah menculik Olive.

"Hmm.. Dahlah Slyvia awak penat sangat ni cari Olive dari tadi. Apa kata awak balik mandi dan rehat sekejap. Biar saya dan yang lain je cari Olive." kata Caylus. Sejak dari petang tadi sehingga malam menjelma mereka mencari Olive. Rehat pun sekejap-kejap. Kesian juga Caylus lihat Slyvia. Tentu Slyvia kepenatan itu yang fikir bukan-bukan, fikir Caylus.

"Tak nak. Saya nak cari Olive sampai jumpa." bantah Slyvia. Hatinya tidak akan senang selagi dia tidak berjumpa dengan Olive.

"Slyvia janganlah degil. Nanti kalau awak sakit saya juga yang susah. Baik awak balik rehat dulu." kata Caylus.

"Betul tu Cik Slyvia. Lebih baik Cik Slyvia rehat dulu. Mengenai hal Cik Olive biarlah kami yang cari. Nanti kalau ada apa-apa kami update pada cik." kata Cody yang datang ke arah mereka berdua.

"Hurm.. Tapi.." balas Slyvia.

"Jangan degil please." kata Caylus.

"Yelah. Tapi jangan lupa tau update. Saya tunggu." kata Slyvia.

"Baiklah." ujar Cody.

"Awak nak saya hantar ke?" pelawa Caylus. Slyvia kan kawan baiknya jadi dia perlu mengambil berat pada Slyvia. Dia tidak mahu ada apa-apa perkara berlaku pada Slyvia.

"Takpe saya balik sorang je. Lagipun rumah saya tak jauh." Slyvia tolak pelawaan Caylus.

"Oh.. Kalau macam tu hati-hati ye." balas Caylus.

"Okay, bye." Slyvia pun pulang ke rumahnya.

Caylus, Cody dan vampire yang lain pun sambung semula mencari Olive.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience