71

Vampire Series 59844

Hari ini Dylan bangun awal berbanding biasa. Dia ingin keluar awal supaya Olive tidak menyedarinya. Dia tidak mahu Olive ikut macam sebelum ini. Bahaya kalau Olive ikut sekali. Dia ingin senyap-senyap keluar dari rumah tanpa ada sesiapa yang perasan.

"Bye." kata Dylan secara bisik apabila melihat Olive yang kelihatan samar-samar sedang nyenyak tidur. Dylan tidak membuka lampu bilik kerana takut Olive terjaga dengan cahaya lampu itu. Setelah itu Dylan pun keluar dari bilik dan turun ke bawah.

Olive terjaga dari tidurnya. Dalam keadaan mamai dia perasan Dylan keluar dari bilik. Olive terus bangun sambil mengosok matanya beberapa kali. Jam yang ada ditepi katil diambil dan dilihat.

"Hah? Pukul 5 pagi?" Olive terkejut. Awalnya Dylan bangun. Dylan nak buat apa pagi-pagi macam ni? Dia hendak keluar ke? Hal ini kerana Olive dapat menghidu bau sabun dan syampu tentu Dylan telah mandi dan bersiap. Kalau sekadar mandi dan pakai tshirt biasa, Olive tidak curiga. Tetapi Olive perasan Dylan pakai pakaian yang biasa tiap kali Dylan keluar iaitu tshirt berkolar lengan panjang.

Senyap-senyap Olive bangun dari katil dan keluar bilik. Dia tinjau-tinjau keadaan diluar. Tiada sesiapa pun, nampaknya vampire dirumah ini masih nyenyak tidur. Hanya Dylan sahaja yang bangun awal. Olive turun ke bawah dengan perlahan-lahan.

"Alamak Dylan." Olive naik semula ke atas apabila dia melihat ada Dylan didapur yang meneguk air. Olive bersembunyi dibalik tiang ditepi tangga. Olive harap Dylan tidak nampak dia disitu.

"Haa.." Dylan terasa segar setelah meneguk 'air merah' yang segar. Dia perlukan tenaga daripada air merah tersebut. Hal ini kerana pada hari ini mungkin dia akan berlawan habis-habisan. Jadi dia perlukan persediaan fizikal yang optimum.

Olive perhatikan Dylan dari jauh. Dia ingin tahu apa yang Dylan ingin lakukakan pada awal pagi ini. Dylan membasuh cawan yang digunakan setelah itu dia keluar rumah.

Cepat-cepat Olive bergerak ke tingkap berdekatan dengan pintu rumah. Dia selak sedikit langsir ditingkap itu. Dia ingin lihat arah tuju Dylan. Olive nampak Dylan berjalan menuju ke arah hutan.

"Dylan nak pergi mana tu?" bisik Olive. Hatinya tertanya-tanya. Kenapa Dylan masuk ke hutan? Apa yang ingin lakukan didalam hutan itu? Dia ingin berburu haiwan untuk bekalan darah ke? Olive berfikir sejenak.

"Jangan-jangan Dylan nak pergi Hutan Hitam!" kata Olive. Baru dia teringat yang pada hari ini sepatutnya dia ke hutan tersebut untuk mendapatkan Unicorn kembali.

"Maknanya Dylan pergi selamatkan Unicorn seorang diri?" fikir Olive. Berdasarkan surat ugutan yang dia dapat, Olive perlu ke Hutan Hitam tetapi Dylan kata hutan itu bahaya.

"Patut ke aku ikut Dylan?" fikir Olive. Dia jadi penasaran. Dia mahu ikut Dylan tetapi dia teringat juga pada pesanan Dylan yang sebelum ini. Dylan telah melarang Olive untuk pergi ke hutan itu. Kata Dylan biarlah dia sahaja yang uruskan.

"Tapi kalau aku ikut apa yang aku boleh buat?" fikir Olive. Dia bukannya hebat pun. Berlawan pun tidak pandai. Silap hari bulan dia pula yang menyusahkan Dylan. Nanti semua perkara akan bertambah rumit pula.

"Tapi risaulah. Kalau jadi apa-apa pada Dylan nanti macam mana?" Dia rasa risau pula pada Dylan. Dia tahu yang Dylan bukan vampire biasa tetapi dia tetap takut kalau terjadi sesuatu yang buruk pada Dylan. Dia tidak boleh terima kalau hal itu terjadi. Dylan kan suaminya. Isteri mana yang tidak risau pada suami sendiri.

"Apa patut aku buat ni?" fikiran Olive buntu.

"Cik Olive buat apa ni?" tegur Nancy. Dia hendak ke dapur minum air tetapi ternampak pula Olive yang terjenguk-jenguk dihadapan tingkap. Apa yang Olive buat?

"Hah?" Olive terkejut apabila Nancy tiba-tiba sahaja datang menegur. Kenapa ada Nancy pula ni? Nancy tidak tidur ke? Adakah Nancy telah menyedari apa yang berlaku?

"Cik Olive tengok apa?" soal Nancy. Dia datang menghampiri Olive. Wajahnya tampak biasa sahaja. Mungkin Nancy tidak tahu apa-apa.

"Err.. Saya tengok.. Bulan." tipu Olive sambil itu dia menutup langsir yang terbuka. Kalau dia kata dia sedang melihat Dylan yang telah keluar nanti dia kena menjawab pula soalan-soalan yang lain. Jadi lebih baik dia tipu sahaja dan buat-buat tidak tahu tentang Dylan.

"Bulan? Mana?" Nancy pun hendak tengok bulan juga. Dia mendekati tingkap dan tangannya sedia untuk menyelak langsir.

"Eh.. Tak payah tengok.." Olive menahan Nancy daripada melihat keluar. Olive berdiri dihadapan Nancy. Dia perlu pastikan yang Nancy tidak berpeluang langsung untuk melihat diluar. Teruklah kalau Nancy nampak Dylan.

"Kenapa Cik?" soal Nancy. Dia pelik melihat Olive yang kelihatan kalut semacam. Ada apa sebenarnya ni? Olive ada sembunyikan sesuatu ke? Tetapi sembunyikan apa?

"Err tak nampak pun bulan tu." Olive mengeleng kepala. Itu sahaja alasan yang dapat Olive fikirkan. Walaupun dia sendiri tidak pasti sama ada bulan kelihatan atau tidak. Yang dia nampak tadi hanyalah Dylan sahaja.

"Oh.." Nancy mengangguk. Patutlah Olive macam terjenguk-jenguk tadi. Dia tidak nampak bulan rupanya, fikir Nancy. Tetapi kenapa tiba-tiba sahaja Olive ingin melihat bulan? Kenapa tidak tengok ditingkap bilik sahaja? Pemandangan diatas lebih jelas. Persoalan itu bermain difikiran Nancy.

Olive sedar yang Nancy telah rasa curiga padanya. Dia perlu cepat berfikir agar Nancy tidak mengesyaki apa-apa.

"Emm.. Nancy pergilah tidur. Nanti penat pula kalau bangun awal sangat. Nancy kan kena buat kerja banyak. Saya pun ngantuk lagi ni." Olive menutup mulutnya yang sedang menguap.

"Baiklah. Cik pergilah tidur dulu. Saya nak minum air sekejap." kata Nancy. Memang itu niat sebenarnya. Tekaknya terasa dahaga. Tetapi niat dia terbantut apabila melihat Olive yang terjenguk dihadapan tingkap.

"Okay saya naik dulu." Olive naik semula ke biliknya. Dia tidak mahu Nancy rasa curiga sebab itulah dia terus naik atas. Nancy memerhatikan Olive dari bawah. Olive hanya tersenyum apabila melihat Nancy sebelum masuk ke dalam bilik. Nancy perlu pastikan Olive masuk semula ke dalam bilik. Hal ini kerana dia takut kalau Olive telah terfikir untuk lari dari rumah. Setelah itu barulah Nancy ke dapur untuk minum air dan kembali ke biliknya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience