21

Vampire Series 59842

Di kantin sekolah.

"Olive nanti kita study kat library lagi macam hari tu ke?" soal Slyvia sambil makan. Sebelum ini mereka berjanji untuk mengulangkaji pelajaran lagi. Ujian tinggal beberapa hari sahaja lagi.

"Ha'ah nanti kita study, saya dah bagitahu dah kat aunty." kata Olive. Dia sudah memaklumkan pada Puan Rhea sebelum berangkat ke sekolah pagi tadi.

"Nice. Harap-harap boleh skorlah test nanti sebab dah study sama-sama." kata Slyvia. Dia berharap sangat dapat lulus ujian dengan cemerlang.

"Ye, semoga kita berjaya dapat skor yang baik bila jawab test nanti." Olive makan salad sayur yang dibeli sebentar tadi. Begitu juga dengan Slyvia. Sejak berkawan dengan Slyvia, Olive jadi suka makan sayur.

"Olive.." panggil Slyvia sambil mengaul-gaul salad didalam bekasnya. Wajahnya nampak sedikit muram.

"Ya? Kenapa?" balas Olive. Dia pelik dengan reaksi wajah Slyvia yang berubah. Kenapa macam sedih pula ni? Tadi okay sahaja.

"Emm.. Lepas test ni kan awak dah tak sekolah kat sini lagi lah kan.." kata Slyvia. Sedih pula bila dia fikirkan tentang hal itu.

Olive hadir ke sekolah hanya untuk sebulan sahaja. Dia hanya belajar perkara asas tentang vampire. Selepas sebulan dia akan berkahwin dengan Dylan.

"Eh? Ya.." balas Olive. Baru dia tersedar tentang itu.

Kini sudah hampir sebulan Olive belajar disekolah ini. Maknanya tidak lama lagi Olive tamat belajar. Seterusnya, dia akan berkahwin dengan Dylan. Gulp, Olive menelan air liurnya bila memikirkan soal perkahwinan. Dia masih belum bersedia lagi untuk berkahwin dengan seorang vampire.

"Bosannya, lepas ni tak dapatlah borak dengan awak macam ni lagi." kata Slyvia dengan nada sedih.

"Eh? Kenapa pulak?" soal Olive. Olive cuma tamat sekolah bukannya pindah. Masih dalam kampung yang sama. Walaupun kadang kala jauh disudut hati Olive dia ingin keluar dari kampung ini.

"Yelah. Lepas awak jadi isteri Dylan mesti awak busy uruskan hal keluarga. Jaranglah dapat kita berjumpa." kata Slyvia. Status juga akan jadi tidak sama. Slyvia vampire biasa manakala Olive berada dikalangan red vampire, golongan yang dihormati. Darjat mereka berbeza.

Olive terdiam tetapi dia bersuara selepas itu.

"Emm.. Nanti saya carilah masa untuk jumpa dengan awak. Kita masih boleh berborak macam sekarang. Tentu Dylan juga faham." kata Olive. Dia berharap yang dia masih boleh berjumpa dengan Slyvia. Tentu bosan kalau tidak dapat berborak dengan Slyvia.

"Betul ke?" Slyvia mengangkatkan keningnya.

"Yup." Olive tersenyum. Mereka masih boleh berkawan baik walaupun Olive sudah bertukar status. Tambahan pula Olive tidak fikir langsung pasal darjat mahupun status. Slyvia tetap akan jadi kawan baiknya.

"Yeay boleh mengumpat lagi nanti." balas Slyvia dengan gembira. Mereka ketawa bersama.

"Happynya korang. Ada berita gembira ke?" soal Caylus. Dia duduk sekali dengan Olive dan Slyvia. Sejak sesi ulang kaji tempoh hari hubungan mereka menjadi semakin rapat.

"Takdelah saje nak ketawa." balas Slyvia. Dia dan Olive tersenyum.

"Boleh pulak macam tu." kata Caylus.

"Boleh je." balas Slyvia.

"By the way, jadi ke study lepas sekolah hari ni?" soal Caylus.

"Jadi." Olive mengangguk.

"Stella pun join ke?" soal Caylus.

"Tak, Stella ada hal." balas Olive. Stella sudah maklumkan pada Olive awal-awal lagi. Dia ingin berjumpa dengan rakannya.

"Okay, kalau macam tu jumpa lepas sekolah nanti." Caylus bangun dari kerusinya.

"Eh dah nak gerak?" soal Slyvia.

"Yup, just datang nak tanya tu je sebenarnya." kata Caylus. Dia singgah sekejap berjumpa Olive dan Slyvia untuk tanyakan tentang hal itu sahaja.

"Oh.. Okay-okay. Jumpa nanti." kata Slyvia. Dia dan Olive melihat Caylus yang berlalu pergi.

Mata Olive secara tidak sengaja beralih dan tertumpu pada seseorang. Ada vampire yang sedang merenung ke arahnya.

"Kenapa dorang tenung aku eh?" soal hati Olive sambil menunduk. Dia rasa takut sedikit.

"Olive." panggil Slyvia. Olive mengangkat kepalanya. Dia memandang Slyvia.

"Kenapa ni?" soal Slyvia. Dia pelik tiba-tiba sahaja Olive mendiamkan diri sambil menundukkan kepalanya. Ada masalah ke?

"Err.. Ada vampire tengah pandang saya." balas Olive separuh berbisik.

"Siapa?" soal Slyvia. Dia mencuri pandangan dan selepas itu matanya tertumpu ke arah Alexa dan Kio. Mereka sedang merenung Olive sambil berbual. Tentu itu yang dimaksudkan Olive.

"Ish, bahaya ni." kata Slyvia. Slyvia dapat rasakan sesuatu yang tidak baik. Tentu ada perkara yang tidak baik sedang mereka bualkan.

"Jomlah Olive kita pergi tempat lain." ajak Slyvia. Rasanya lebih elok mereka pergi jauh daripada Alexa. Olive mengangguk. Mereka pun berlalu ke taman sekolah sementara menunggu waktu rehat tamat. Mereka juga ditemani oleh Cody.

"Benci betul i tengok si Olive tu." kata Alexa. Dia tidak suka melihat Olive. Hati rasa amat geram.

"You tengok buat apa?" balas Kio sambil menyedut smoothie darah, minum kegemarannya. Dia tahu kenapa Alexa marah dan bencikan Olive. Tentu sebab Olive yang menjadi punca hubungan Alexa dan Dylan terputus ditengah jalan.

"Ish you ni, bukan nak tolong sedapkan hati i. Buat i marah lagi adalah." marah Alexa.

Alexa dan Kio berkawan baik kerana masing-masing dari puak yang sama. Mereka berkawan sejak kecil lagi. Alexa sudah menganggap Kio seperti saudaranya begitu juga dengan Kio.

Tetapi apabila berbual mereka selalu sahaja kedengaran seperti sedang bertikam lidah. Namun pada hakikatnya mereka tidak bergaduh pun. Hanya tabiat mereka sahaja begitu.

"Dah tu you nak i buat apa?" soal Kio sambil mengelap mulutnya. Sejujurnya Kio sangat kacak. Rambutnya panjang berwarna hitam pekat dan kulitnya sangat putih bersih. Kio antara pelajar popular disekolanya sama seperti Alexa.

"You boleh tolong i tak?" Alexa tersenyum nakal.

"Tolong apa?" soal Kio. Dia sedikit curiga dengan senyuman Alexa.

"Tolong i kenakan si Olive tu. I nak balas dendam dekat dia." balas Alexa.

"How? Dia kan dijaga vampire penjaga 24 jam." kata Kio. Agak mustahil untuk kenakan Olive buat masa sekarang. Jangan kata nak kenakan, nak datang dekat pun belum tentu boleh.

"Sebab tulah i perlukan you untuk tolong." balas Alexa. Dia perlukan bantuan Kio untuk menjayakan rancangannya.

"Maksud you?" dahi Kio berkerut.

Alexa membisikkan sesuatu kepada Kio. Dia memberitahu Kio tentang rancangannya untuk mengenakan Olive. Rancangan itu telah dirancang dengan rapi.

"Okay i setuju." balas Kio. Dia memang suka nak kenakan orang macam Olive. Dia ingin tahu apa kelebihan yang ada pada Olive sampai boleh jadi pengantin vampire.

Setelah itu, Alexa dan Kio pun saling membalas senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience