24

Vampire Series 59850

"Cepatlah Kio." kata Alexa sambil memerhati keadaan sekeliling. Dia perlu memastikan tiada siapa pun yang tahu tentang apa yang mereka sedang lakukan ketika ini.

"Kejaplah." kata Kio dengan mengah. Dia rasa kepenatan mengendong Olive yang sedang pengsan. Berat juga angkat Olive ni. Harap badan je kecil, dengus Kio.

"Kalau lambat sangat nanti vampire lain nampak." kata Alexa. Dia tidak mahu vampire lain nampak mereka bertiga. Habislah rosak rancangan mereka nanti.

"Ya tahu." balas Kio. Dia menghampiri Alexa. Alexa sedang sibuk membuka kunci pintu sebuah stor yang usang. Disebabkan mangga pintu tersebut telah berkarat menyukarkan sedikit untuk Alexa membukanya.

"Olive. Olive." Kio melihat Olive dipangkuannya. Dia tersenyum melihat Olive. Apabila melihat Olive secara dekat begini ternyata Olive agak comel juga. Kulitnya bersih tanpa cela. Rambutnya yang pendek dan lurus sangat sesuai dengan bentuk mukanya kecil. Kening Olive berbentuk tirus dan bulu matanya sangat lentik. Kio rasa agak tergoda.

"Hmm.. Your smell is so delicious." Dia cium bau Olive. Lebih tepat lagi dia mencium bau darah Olive. Sebagai seorang black vampire deria baunya sangat sensitif menjadikan dia sangat peka terhadap bau darah terutamanya bau darah manusia. Darah yang paling sedap sekali. Kio kecur air liur.

"Kio, kawal diri you." kata Alexa. Dia sedar yang Kio sedang merenung Olive yang sedang pengsan. Dan dia juga tahu Kio sedang teringinkan darah Olive.

"I tak boleh tahan. I dahaga. Tentu darah dia sedap." jujur Kio. Tentu puas kalau dapat hisap darah Olive.

"You dah gila ke? Kalau you hisap darah dia. Kita semua akan mati. You tahukan dia siapa?" kata Alexa. Kalau Dylan dapat tahu ada vampire menghisap darah Olive. Tentu vampire itu akan dicari dan dihukum sehingga mati. Dylan tentu sangat marah apabila ada vampire yang berani mencederakan pengantinnya.

"I tahu dia pengantin vampire tapi i terliur." kata Kio. Dia teringin nak hisap darah Olive. Darah perempuan muda seperti Olive tentu segar dan sedap.

"Jangan merepeklah Kio. Dah letak dia kat sana." Alexa buka pintu stor tersebut. Dia tunjuk ke arah dalam stor.

"Sikit pun tak boleh ke?" soal Kio. Dia kempunan.

"No." kata Alexa. Kalau Kio menghisap darah Olive ini boleh menyebabkan kematian Olive. Alexa tiada niat pun untuk membunuh atau mencederakan Olive. Dia hanya ingin mengurung Olive didalam stor itu. Yang lain tu biar takdir hidup Olive yang tentukan.

"Fine." Kio letak Olive didalam stor tersebut lalu Alexa mengunci pintu semula dengan mangga yang baru. Setelah itu dia membuang kunci disebalik semak samun.

"Dah jom pergi." ajak Alexa. Mereka pun berlalu pergi dari situ dengan sepantas kilat. Setelah itu, mereka berehat sebentar dibawah pokok untuk melepaskan lelah.

"Haha.." Alexa ketawa puas. Dia gembira kerana rancangannya untuk kenakan Olive berjalan dengan lancar.

"Tak sangka mudah sangat nak kenakan si Olive tu." kata Alexa. Dia berpuas hati kerana Olive percaya yang Alexa telah berubah. Mudah sahaja hendak perdayakan Olive.

"Tulah. I ingat susah sangat nak dekati Olive sebab dia ada penjaga." kata Kio. Pada mulanya dia teragak juga untuk ikut rancangan Alexa. Tetapi tidak sangka pula perkara ini menjadi sungguh mudah seperti pucuk dicita ulam mendatang.

"Dia punya penjaga tak boleh diharap." kata Alexa. Rancangannya menjadi mudah kerana Olive sendirian tanpa penjaga. Kebetulan dia hendak ke tandas tadi dan ada Olive juga disitu. Tanpa berlengah lagi dia terus berlakon dihadapan Olive. Seterusnya apabila Olive pengsan dia kurung Olive didalam stor.

"Tapikan.. you takut kalau i hisap darah Olive tapi you tak takut pulak tinggalkan Olive dalam stor buruk tu?" soal Kio.

"Sekurang-kurangnya kalau vampire jumpa Olive nanti tiada bukti yang tinggal. Lagipun buat penat je tadi i berlakon baik depan dia." kata Alexa. Alexa hanya berlakon baik didepan Olive agar Olive mengesyaki apa-apa.

"Minyak wangi tu bukan bukti?" soal Kio.

"I dah buang minyak wangi tu. Lagipun tentu tiada siapa yang tahu pasal minyak tu." kata Alexa.

Yang sebenarnya Alexa telah mencalit minyak wangi kepada Olive semasa dia memegang tangan Olive. Minyak wangi itu membuatkan Olive pengsan setelah terhidu baunya. Sakit kepala yang dialami Olive adalah kesan sampingan daripadanya. Hal ini kerana Alexa sendiri yang membuat minyak wangi itu mengguna cendawan bintik kuning yang dicampurkan beberapa bahan lain. Cendawan itu berkesan pada manusia tetapi tidak kepada vampire. Jadi vampire lain tidak akan perasan dengan minyak itu.

"Kalau vampire jumpa Olive lepas dia jadi mayat macam mana?" soal Kio.

"Biarlah. Padan muka dia. Itulah takdir untuk dia." kata Alexa dengan rasa puas hati.

"You tak takut ke nanti kena hukum? Sebab itu dah dikira sebagai satu jenayah membunuh." soal Kio. Dia jadi risau.

"I rasa tak, sebab kematian Olive adalah secara semula jadi, mungkin sebab kebuluran terlampau atau sebab kesejukkan. Kita langsung tak pukul or buat something pada dia. So kita tak salah." kata Alexa.

"Tapi kita yang letak dia kat situ." kata Kio. Dia rasa serba salah pula sebab dia yang mengendong Olive sebentar tadi.

"Kio, takkan ada sesiapa pun yang tahu kalau you tak buka mulut. Ingat biar pecah diperut jangan pecah dimulut." Alexa memberi peringatan.

"Okay." balas Kio. Dia membuat gaya mengunci mulut.

"Ingat! Lepas ni jangan sebut atau cakap lagi pasal hal ni. Kalau tak i dengan you." pesan Alexa sambil membuat gaya potong leher.

"Ye." balas Kio. Mereka pun pulang ke rumah masing-masing.

Cody, Slyvia dan Caylus masih mencari Olive. Mereka jadi semakin risau dengan keadaan Olive. Mereka risau jika ada sesuatu perkara buruk terjadi pada Olive. Tentu nyawa Olive dalam bahaya.

"Mana Olive ni?" soal Caylus. Dia buntu hendak cari dimana lagi. Sudah merata tempat mereka mencari. Tetapi Olive seperti ghaib begitu sahaja. Tiada jejak yang ditinggalkan.

"Semua ni salah saya. Saya patut teman dia tadi." kata Slyvia. Dia rasa amat bersalah. Padahal sebelum ini dia sudah berjanji untuk jaga Olive. Entah apalah nasib yang menimpa Olive.

"Salah saya juga sebab tak jaga Cik Olive dengan baik." luah Cody. Dalam ramai-ramai dialah yang paling rasa bersalah. Sepatutnya dia menjaga dan melindungi Olive tetapi dia gagal. Apa guna dia sebagai vampire penjaga kalau Olive boleh hilang.

"Korang.. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk salahkan diri sendiri. Yang penting sekarang ni kita kena cari Olive. Kita kena cari dia sampai jumpa juga." kata Caylus. Dia pun risau juga pada Olive.

Mereka pun meneruskan pencarian Olive. Setiap pelusuk bangunan sekolah mereka mencari tetapi Olive masih belum ditemui. Dimanakah Olive menghilang? Tiada siapapun yang tahu kecuali Alexa dan Kio.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience