11

Vampire Series 59850

"Cik Olivia." Nancy ketuk pintu bilik Olive beberapa kali. Dia ingin mengejutkan Olive kerana hari sudah siang. Hari ini seperti biasa Olive perlu ke sekolah.

"Huargh.." Olive menguap dan mengeliat beberapa kali sebelum bangun.

"Ngantuknya." kata Olive sendirian.

"Cik Olivia dah bangun?" soal Nancy dari luar. Dia terdengar suara Olive. Tentu Olive sudah terjaga dari tidurnya.

"Ya.." balas Olive sambil mengosok matanya.

"Okay, Cik Olivia siap ye pergi sekolah. Baju cik saya dah siap gosok. Saya sangkut kat tombol pintu ni." kata Nancy. Dia letak uniform Olive ditombol pintu bilik.

"Okay.. Terima kasih." Olive pun buka pintu dan ambil uniform tersebut. Setelah itu dia masuk ke bilik air dan bersiap.

"Haih.." Olive mengeluh semasa keluar dari biliknya. Bilalah dia dapat pulang ke rumahnya semula? Dia sudah mula rindu pada mummy dan daddy. Agaknya apalah khabar mereka.

Olive pun berjalan lemah menuju ke arah tangga. Tetapi semasa dia hendak turun tangga dia terdengar suara yang bersembang. Langkahnya dimatikan dan dia pun mula pasang telinga.

"Thomas, saya rasa lega sangat yang jodoh Dylan adalah seorang manusia yang baik. Lega hati saya." kata Puan Rhea. Hatinya lega semenjak saat pertama melihat Olive. Dia percaya Olive adalah jodoh terbaik untuk anaknya. Tambahan pula mereka telah memerhatikan Olive sejak dari dulu lagi.

"Ya, dia telah dididik dan dijaga dengan baik oleh orang tuanya." balas Tuan Thomas. Dia bersyukur dengan jodoh anaknya.

"Betul tu. Anak kita bertuah." puji Puan Rhea.

"Anak kita memang sangat bertuah." balas Tuan Thomas. Dia rasa gembira melihat isterinya gembira.

"Entah amalan baik apalah yang buat anak kita jadi bertuah ya?" soal Puan Rhea sambil tersenyum.

"Dylan anak yang baik. Tentu sahaja yang terbaik untuknya." kata Tuan Thomas.

"Betul jugak tu. Hm.. Jomlah turun sarapan mesti anak-anak dah ada dibawah." ajak Puan Rhea.

Cepat-cepat Olive turun tangga dengan laju dan terus duduk dimeja makan. Nancy yang sedang menghidangkan makanan sedikit kebingungan melihat Olive seperti tergesa-gesa.

"Kenapa Cik Olivia?" soal Nancy.

"Takde apa." balas Olive sambil mengeleng kepala.

"Nancy, Stella tak balik lagi?" tegur Puan Rhea.

"Belum lagi puan. Mungkin petang ni baru cik muda balik." kata Nancy. Kadang-kadang apabila Stella bermalam dirumah rakannya dia hanya akan balik ke rumah semula selepas waktu persekolahan. Dia tidak balik ke rumah pada awal pagi kerana telah membawa uniform sekolah bersama. Jadi pagi itu dia terus ke sekolah bersama rakannya.

"Hm.. Anak dara sorang tu selalu tak lekat dirumah. Busy betul dengan study." kata Puan Rhea. Nancy hanya tersenyum. Begitu juga dengan Olive.

"Olivia." tegur Puan Rhea.

"Ye auntie?" sahut Olive. Dengan selambanya Olive mengelarkan Puan Rhea sebagai auntie. Lagipun dia tidak pasti gelaran apa yang sesuai. Harapnya Puan Rhea okay.

"Olivia okay?" soal Puan Rhea. Olive nampak macam mengah sedikit. Macam penat pun ada. Kenapa?

"Er.. Saya okay." Olive mengangguk perlahan. Mana tidaknya, dia kan baru lepas berlari selepas mendengar perbualan antara Puan Rhea dan Encik Thomas.

"Hm.. Kalau ada apa-apa please let me know." kata Puan Rhea. Dia sentuh tangan Olive dengan lembut. Tempat duduk mereka berdekatan sahaja.

"Saya okay auntie cuma.." Olive jadi serba salah untuk meluahkan apa yang terbuku dihati setelah mendengar perbualan sebentar tadi.

"Cuma?" soal Puan Rhea.

"Dylan." tegur Tuan Thomas.

"Morning mum, dad." balas Dylan.

"Morning. Jom Dylan sarapan sekali." kata Puan Rhea.

"Okay." balas Dylan, dia pun duduk sebelah Tuan Thomas. Olive berasa lega yang Dylan tidak duduk bersebelahan dengannya.

"Dylan, kenapa duduk sebelah dad? Duduklah sebelah Olivia ni." kata Puan Rhea. Olive jadi gemuruh.

"Takpelah mum." kata Dylan.

"Dylan.." kata Tuan Thomas.

"Okay." Dylan terus bangun dan duduk sebelah Olive.

"Macam ni baru betul." kata Puan Rhea. Olive hanya tersenyum kelat.

"Olivia, tadi ada nak cakap something kan? What is it?" soal Puan Rhea.

"Hah? Er.. Takde apalah auntie." balas Olive.

"Sure?" soal Puan Rhea.

"Ya." balas Olive.

"Okay, by the way panggil je mum. Olivia pun tak lama lagi jadi menantu mum kan? Betul tak dad?" kata Puan Rhea.

"Ya." balas Tuan Thomas.

"Okay mum." Olive mengangguk. Sejujurnya dia agak kekok tetapi dia paksakan sahaja. Puan Rhea tersenyum manis. Mereka pun bersarapan.

"Dylan, hari ni tolong hantar Olivia ke sekolah ya." kata Puan Rhea setelah menghirup teh panas.

"Eh? Cody?" soal Dylan. Dia rasa sedikit pelik. Begitu juga dengan Olive. Dia turut merasa hal yang sama. Kenapa Dylan pula yang perlu hantar Olive ke sekolah? Itukan kerja Cody. Dia yang ditugaskan untuk itu.

"Yes, but Cody ada kerja lain hari ni. So, Dylan yang kena tolong hantar dan ambil Olivia." kata Tuan Thomas.

"Ala.." Olive mengeluh dalam hati. Maknanya boleh dikatakan hari ini Olive kena menghadap muka Dylan banyak kali. Olive tidak bencikan Dylan cuma..

"Oh, okay dad." balas Dylan tanpa sebarang bantahan. Olive senyap sahaja.

"Olivia, macam mana dengan sekolah? Everything okay?" soal Tuan Thomas. Dia ingin mengambil berat terhadap bakal menantunya.

Olive memandang Tuan Thomas lalu menjawab "Okay." sambil mengangguk.

"Baguslah." kata Puan Rhea. Mereka pun sambung makan semula. Setelah itu, Dylan pun menghantar Olive ke sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience