15

Vampire Series 59850

"Olive, Dylan. Lambatnya kamu berdua balik?" soal Puan Rhea. Dia dan ahli keluarga telah mula menggunakan nama panggilan Olive.

"Kamu berdua pergi mana?" Puan Rhea jadi risau apabila mereka berdua tidak balik-balik walaupun hari sudah lewat petang. Dia menunggu mereka dihadapan pintu rumah.

"Sorry mum. Tadi Dylan uruskan hal dengan Cody dan Ray." kata Dylan.

"Jadi Dylan bawa Olive sekali tadi?" soal Puan Rhea.

"Sebenarnya.." Dylan garu kepala.

"Jangan bagitahu mum yang kamu lupa nak ambil Olive tadi." kata Puan Rhea. Tekaan Puan Rhea sangat mengena.

"Err.." balas Dylan.

"Olive?" Puan Rhea memandang ke arah Olive.

"Err.." balas Olive. Dia saling berpandangan dengan Dylan. Dia takut pula hendak membuka mulut. Takut nanti kena marah dengan Dylan.

"Ni kenapa asyik berbalas pandangan je ni? Cuba jawab apa yang mum tanya." soal Puan Rhea.

"Sebenarnya mum Dylan terlupa nak ambil Olive tadi." perkataan 'terlupa nak ambil Olive' disebut Dylan dengan perlahan.

"Hah? Terlupa? Betul ke Olive?" soal Puan Rhea.

"Err.." Olive mengangguk jujur.

"Dylan-dylan, macam manalah kamu boleh terlupa? Pagi tadi kan mum dah ingatkan." kata Puan Rhea.

"Hehe. Sebab uruskan hal tadi." balas Dylan.

"Lain kali kalau sibuk sangat mintalah tolong Nancy atau pembantu lain untuk jemput Olive. Kesian Olive tunggu lama. Kan Olive?" kata Puan Rhea.

"Err.. Tak lah lama sangat." balas Olive.

"Ha, tak lama pun mum. Olive pun okay je tadi." kata Dylan. Olive memandang Dylan. Dylan menjegilkan matanya.

"Ya mum, Olive okay je." balas Olive.

"Bukan sebab okay atau tak. Cuma bahaya kalau Olive sendirian. Apa-apa perkara boleh berlaku." Puan Rhea risau.

"Mum, lepas ni Dylan takkan biarkan Olive sendirian lagi." kata Dylan.

"Iyelah. Olive, Dylan masuklah. Pergi mandi dan tukar pakaian. Nanti kita makan malam sama-sama." kata Puan Rhea. Dia nak marah lebih-lebih tiada guna. Benda pun sudah terjadi.

"Baik mum." kata Dylan. Mereka pun masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik masing-masing.

"Nak bagitahu bila eh?" kata Olive sambil menyikat rambutnya yang basah. Dia baru sahaja selesai mandi.

Olive teringat pada janjinya kepada Slyvia untuk meminta izin mum berkenaan belajar berkumpulan pada esok petang.

"Hm.. Lepas makanlah." Olive membuat keputusan. Lalu dia pun turun ke bawah. Dia terus menuju ke dapur.

"Hi Nancy, ada apa-apa yang saya boleh tolong?" hubungan Olive dan Nancy mulai rapat. Hal ini kerana mereka selalu meluangkan masa bersama.

"Tolong angkatkan air ni boleh?" Nancy memberi dulang air kepada Olive.

"Boleh." Olive pun bawa dulang air ke meja makan.

"Rajin Olive tolong Nancy." puji Puan Rhea. Olive hanya tersenyum malu.

"Stella, pergi tolong Nancy angkat pinggan." arah Puan Rhea kepada anak perempuan bongsunya.

"Malaslah mum." kata Stella sambil melihat kukunya.

"Ish, anak dara mana boleh malas-malas. Macam mana nak kahwin nanti?" Puan Rhea mula membebel. Asalkan namanya ibu tidak kisahlah manusia atau vampire tabiatnya masih sama iaitu suka membebel.

"Yelah..." Stella pun ke dapur untuk mengambil pinggan. Dia tidak tahan mendengar bebelan ibunya.

"Nancy nak pinggan." kata Stella dengan nada malas.

"Pinggan?" soal Nancy. Dia jadi bingung sedikit apabila Stella masuk ke dapur meminta pinggan. Selalunya Nancy yang sediakan pinggan. Stella hanya menunggu dimeja makan.

"Ya, pinggan yang nak guna untuk makan sekarang." kata Stella.

"Oh, ya, itu pinggannya." tunjuk Nancy.

"Okay.." Stella pun menangkat pinggan tersebut.

Dylan masuk ke dapur untuk membasuh tangan lalu dia menegur Stella.

"Aik, tiba-tiba rajin." perli Dylan.

"Diamlah." kata Stella lalu membawa pinggan ke meja makan. Dylan ketawa.

Semua ahli keluarga Dylan sudah duduk dimeja makan dan setelah itu, mereka pun mula menjamu selera.

"Sedapnya stik ni." puji Puan Rhea. Nancy tersenyum. Pada hari ini Nancy memasak stik kambing yang menjadi kegemaran keluarga Dylan.

"Nancy masak semuanya sedap." puji Stella pula.

"Terima kasih puan, cik." ucap Nancy.

"Lepas ni Stella bolehlah belajar masak dengan Nancy." kata Puan Rhea.

"Belajar masak? Kena ke?" soal Stella. Dia kurang gemar memasak. Dia tidak suka membuat kerja-kerja didapur.

"Kenalah, kan dad?" kata Puan Rhea.

"Ye betul kata mum tu." kata Tuan Thomas.

"Hmm.. Mum, dad, apa kata biar kak Olive je belajar masak. Kan abang?" Stella siku lengan Dylan. Dylan hanya memberi pandangan tajam kepada adiknya.

"Kalau kak Olive tu nanti mum sendiri yang ajarkan. Kamu tu tak nak join?" soal Puan Rhea.

"Nantilah mum." Stella membariskan giginya.

"Hm.." Puan Rhea faham sangat dengan anaknya itu. Kalau Stella kata nanti tu maknanya lambat lagilah. Mungkin sampai bila pun tidak ketahuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience