30

Vampire Series 59850

"Haih, siapalah yang punya kerja ni?" soal Dylan. Dia tidak tahu nak mula penyiasatan dari mana dahulu. Dia perlu mendapatkan petunjuk. Ketika ini dia sedang duduk disebuah cafe. Bagi Dylan cafe adalah tempat yang tenang dan sesuai untuk berfikir.

"Dylan.." tegur Alexa. Dia jalan terhincut-hincut menghampiri Dylan. Kakinya yang terseliuh masih belum sembuh lagi. Rasa sakit masih ada. Dia pun ambil cuti sekolah pada hari ini sama seperti Olive.

"Alexa?" Dylan pelik melihat keadaan Alexa. Kenapa pula tu dengan kaki Alexa? Dia tak pergi ke sekolah ke hari ni?

"You kenapa?" soal Dylan. Dia lihat pada kaki Alexa.

"Um.. I jatuh. But that's not the thing. I ada benda yang lagi penting nak cakap dengan you ni." kata Alexa. Dia tidak akan menceritakan apa yang terjadi pada kakinya. Bahkan tidak dengan sesiapa pun. Dia juga telah menipu ibu bapanya dengan mengatakan dia terjatuh semasa membersihkan akuarium Goldy, ikan emasnya dan hal itu menyebabkan ikannya mati. Dia takut untuk menyebut tentang vampire misteri itu. Dia serik. Dia tidak mahu diapa-apakan.

"What is it?" soal Dylan. Agaknya kenapalah Alexa datang berjumpa Dylan? Penting sangat ke apa yang hendak dikatakan oleh Alexa?

"Sebenarnya.. Err.. I.." Alexa teragak-agak untuk bercakap. Dia perlu berhati-hati agar tidak terlepas cakap.

"Apa?" soal Dylan.

"I cakap, you janji jangan marah i tau." kata Alexa. Dia takut pula dengan respon Dylan. Hal ini kerana dia yakin tentu Dylan akan naik angin selepas mendengar apa yang dikatakan olehnya.

"Hm.. Apa benda?" balas Dylan. Malas pula dia hendak melayan si Alexa ni. Nak cakap apa? Cakap jelah. Banyak songeh pulak.

"Janjilah dulu you takkan marah i." kata Alexa. Dia buat muka kesian.

"Yelah." kata Dylan.

"Sebenarnya.. I yang culik Olive. I yang buat Olive pengsan dan tinggalkan dia kat stor usang tu." Alexa membuat pengakuan. Dia tidak mahu lagi menyimpan rahsia ini. Dia tidak mahu lagi terlibat dalam perkara ini.

"Apa?" kata Dylan. Matanya membulat mendengarkan pengakuan daripada Alexa. Tetapi dia tidak terkejut kerana dia sudah dapat ramal yang segalanya tentu ada kaitan dengan Alexa. Memang itu perangai Alexa iaitu suka buat perkara mengikut hatinya sendiri tanpa memikirkan kesannya.

"I minta maaf." kata Alexa. Dia rasa bersalah. Kali ini dia betul maksudkan apa yang diucapkan. Bukan lakonan lagi seperti sebelum ini.

"Kenapa you buat macam tu pada Olive? Kan i dah ingatkan you jangan berani sentuh dia." marah Dylan. Dia paling tidak suka kalau ada yang ingkar dengan apa yang dikatakan. Sengaja cari pasal.

"I tahu i salah. I minta maaf." ucap Alexa. Airmatanya mengalir.

"Tak gunalah you minta maaf pada i." kata Dylan. Seharusnya Alexa mohon maaf pada Olive. Dia buat salah pada Olive.

"I tahu.. Patutnya i minta maaf pada Olive. Tapi.." balas Alexa.

"Tapi apa?" soal Dylan.

"I tak sanggup nak jumpa Olive. I malu. I dah buat jahat pada dia." kata Alexa. Sebelum ini dia sudah berlakon baik dihadapan Olive. Takkan nak minta maaf lagi sekali? Tentu Olive tidak akan percaya lagi kepadanya.

"Buat jahat tak malu. Nak minta maaf malu pulak." perli Dylan.

"I mengaku i jahat sebab tulah i malu nak jumpa Olive." kata Alexa.

"Kenapa you dengki sangat dengan dia?" soal Dylan.

"You tahu sebabnya." kata Alexa. Semuanya hanyalah disebabkan rasa cintanya pada Dylan. Dia sanggup buat apa sahaja. Baginya itu adalah perjuangan untuk mendapatkan cinta.

"Takkan you tak faham-faham lagi?" soal Dylan. Sudah beberapa kali Dylan jelaskan pada Alexa yang mustahil untuk mereka bersama.

"Sekarang i dah faham. Sebab tu i cari you." kata Alexa. Apa yang terjadi pada dirinya telah membuatkan dia sedar. Kehadiran vampire misteri itu bukan sahaja membuatkan dia rasa ketakutan tetapi membuatkan dia berfikir yang tiada suatu kebaikan pun kalau dia menganggu hubungan Olive dan Dylan. Dia sepatutnya tahu kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Sia-sia sahaja kalau dia seorang yang berjuang untuk cinta.

"Untuk apa cari i?" soal Dylan.

"Nak beritahu you yang mulai hari ni i akan move on. I akan belajar lupakan you. I takkan berharap pada you lagi." luah Alexa. Alexa telah membuat keputusan untuk lupakan Dylan. Dia tidak mahu lagi ada kena mengena dengan Dylan. Tidak berguna untuk dia bahayakan diri sendiri hanya untuk cinta yang tidak berbalas. Vampire misteri itu kejam, dia sanggup lakukan apa sahaja pada Alexa selagi Alexa dekat dengan Dylan dan Olive. Jadi Alexa ambil keputusan untuk undur diri.

Dylan terdiam. Dia sedikit musykil kenapa Alexa cepat sangat berubah fikiran. Bukannya Dylan sedih apabila Alexa mahu move on. Dia gembira cuma cepat juga Alexa buang perasaannya dalam sekelip mata. Macam mana Alexa boleh insaf dengan cepat selepas membuat salah pada Olive? Macam tidak percaya sahaja.

"Percayalah Dylan mulai saat ni, i takkan ganggu you dan Olive lagi. I akan pindah dari kampung ni." kata Alexa.

"Pindah?" terkejut juga Dylan apabila Alexa memberitahu tentang itu.

"Ya, i akan pindah esok." kata Alexa. Dia buat keputusan untuk tinggal bersama mak ciknya dikampung yang lain. Dia perlu selamatkan dirinya daripada vampire misteri.

"Cepatnya?" soal Dylan.

"Ya, i nak cepat-cepat lupakan you. Hati i sakit bila asyik teringatkan you. Sebab tulah i nak pergi jauh dari you. I nak mulakan hidup baru." kata Alexa.

"Oh baguslah kalau macam tu." hati Dylan rasa lega. Maknanya selepas ini tiada lagi yang akan menganggu Olive.

"Ya itu yang terbaik. Mulai hari ni you jangan risau ya, i takkan sesakali ganggu Olive lagi. You jagalah dia baik-baik. Jaga perasaan dia. Jangan biarkan hati dia kecewa macam i." ucap Alexa sebelum berlalu pergi. Dia sedih sangat kerana terpaksa melupakan cintanya. Tetapi apakan daya dia tidak boleh melawan takdir.

"Haih." Dylan melepaskan lelahnya. Sejujurnya dia rasa agak bersalah juga kerana telah mematahkan hati seorang gadis. Alexa yang sebenarnya adalah seorang vampire yang baik. Hal itu yang menyebabkan Dylan terjatuh hati pada Alexa. Tetapi sikapnya berubah selepas hubungan mereka terputus. Seharusnya Dylan tidak patut mengenali atau jatuh cinta pada Alexa. Dia patut setia sahaja menunggu pengantinnya.

Dylan juga macam tidak percaya sahaja hal ini berlaku. Semuanya sangat drastik. Tetapi dia bersyukur kerana Alexa akan berpindah dan dia mengaku telah menyesal dengan perbuatannya. Maknanya selepas ini kuranglah gangguan yang diterima oleh Olive.

Dylan gembira kerana sudah mendapat jawapan kepada persoalannya yang sebelum ini jadi dia pun ambil keputusan untuk terus pulang sahaja ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience