46

Vampire Series 59850

Hari perkahwinan.

Olive berada dibilik bersama Kenny. Kenny yang akan membantu Olive untuk mempersiapkan diri. Wajah Olive disolek oleh Kenny kerana Kenny adalah seorang jurusolek.

"Dah siap." kata Kenny. Dia tersenyum melihat hasil solekan diwajah Olive. Solekan pada wajah Olive sangat cantik dan natural sesuai dengan bentuk mukanya.

"Cuba tengok." Kenny memberi cermin kepada Olive.

"Cantik." respon Olive apabila melihat wajahnya didalam cermin. Dia sukakan solekan daripada Kenny. Olive nampak lain apabila disolek. Nampak cantik.

"Okay tak? Ada nak tambah apa-apa lagi?" soal Kenny. Mana tahu Olive nak tambah pemerah pipi atau tukar warna gincu.

"Okay dah ni." balas Olive. Dia suka sahaja solekan Kenny.

"Kalau macam tu, saya dah boleh kemaslah barang-barang saya ni." kata Kenny. Olive mengangguk. Dia mengemas alat solek yang digunakan.

"Ya, terima kasih Kenny." ucap Olive.

"Sama-sama Cik Olive. Congratulation." ucap Kenny. Dia pun keluar dari bilik dan Nancy pula masuk ke dalam.

"Jom Cik Olive. Kita pakai gaun kahwin." kata Nancy.

"Nancy saya tak nak kahwin. Boleh tak awak lepaskan saya? Saya janji akan ingat jasa awak sampai bila-bila." rayu Olive. Dia berharap sangat dapat larikan diri. Walaupun sudah lama dia dikampung ini dia tetap ada perasaan takut. Dia takut apa yang bakal terjadi selepas dia berkahwin. Adakah dia akan dikongkong selamanya?

"Saya tak boleh buat macam tu cik." kata Nancy. Dia menghelakan nafas berat. Dia sudah berjanji untuk menjaga Olive dan tidak akan membiarkan Olive larikan diri.

"Saya pun tak boleh kahwin dengan Dylan." kata Olive. Mampukah dia menjadi isteri kepada seorang vampire? Bersediakah dia diusia yang muda?

"Tapi tuan muda tu jodoh cik. Cik kena kahwin dengan dia." kata Nancy. Segala telah ditetapkan Olive harus menerimanya.

"Saya tak nak. Lagipun kalau saya nak kahwin sekali pun, saya akan kahwin dengan pilihan sendiri. Dengan manusia.." kata Olive. Tidak pernah sekalipun dia terfikir untuk berkahwin dengan seorang vampire. Dia mahukan jodoh seorang manusia yang sama seperti dirinya.

"Pilihan cik adalah untuk berkahwin dengan Dylan. Bukan dengan orang lain." kata Nancy. Dia perlu yakinkan Olive yang Dylan adalah jodoh sebenar kepada Olive.

"Salah ke kalau saya pilih jodoh sendiri? Apa hak vampire untuk paksa saya kahwin?" kata Olive. Dia berhak untuk memilih jodoh sendiri. Ini soal hidup dan masa depannya.

"Memilih dalam soal jodoh itu tidak salah. Tetapi kalau sudah diberi pilihan jodoh yang baik, kenapa perlu menolak?" kata Nancy. Walaupun Dylan seorang vampire dia seorang vampire yang baik. Dylan adalah jodoh yang sesuai untuk Olive. Mereka secocok.

"Tapi dunia kami berbeza." kata Olive. Macam mana dia nak hidup dengan seorang vampire?

"Cik, dalam soal jodoh ataupun cinta tiada apa yang berbeza. Semuanya sama indah sahaja. Lagipun cik ini merupakan perjanjian yang dibuat oleh keturunanan cik. Wajib untuk ditepati. Vampire sangat marah jika ada yang sengaja melanggar perjanjian." kata Nancy. Bukan niatnya untuk menakutkan Olive tetapi itulah hakikat yang harus Olive terima.

"Tapi saya tak cintakan Dylan dan saya yakin Dylan pun sama." kata Olive. Walaupun pada hakikatnya dia masih agak keliru dengan perasaannya yang sebenar. Kadang kala dia rasakan yang dia mula selesa berada disisi Dylan.

"Cinta tidak akan hadir sekelip mata. Bila tiba masanya nanti cik tentu akan jatuh cinta. Begitu juga dengan tuan muda." kata Nancy. Ramai sahaja yang bercinta selepas berkahwin. Bahagia sahaja perkahwinan mereka.

"Kalau tidak macam mana? Saya tidak mahu pertaruhkan masa depan saya." kata Olive. Bagaimana kalau ada sesuatu berlaku kepada rumah tangga Olive nanti? Dia tidak sanggup membayangkan perkara itu kalau terjadi.

"Percaya pada masa. Biar ia tentukan." kata Nancy. Dia percaya yang jodoh antara Dylan dan Olive kuat. Dia sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka berdua.

"Tapi saya masih muda. Banyak perkara yang saya tidak tahu." kata Olive. Dia sendiri pun masih belum memahami kehidupan vampire yang sepenuhnya.

"Cik.. Usia itu hanya nombor. Untuk berkahwin hanya memerlukan jodoh yang tepat pada masa yang tepat. Masa cik telah tiba sekarang." kata Nancy. Dia harus tetapkan hati Olive agar dapat menerima Dylan sebagai pasangan dalam hidupnya.

"Tapi.." Olive bersedih. Dia ingin kembali kepada keluarganya. Dia tidak mahu berkahwin. Kalau dia berkahwin nanti bolehkan dia kembali ke pangkuan orang tuanya?

"Sudahlah cik, mari bersiap. Acara akan dimulakan sebentar lagi." kata Nancy. Mereka tidak boleh berlengah lagi.

Dengan hati yang terpaksa, Olive mempersiapkan dirinya juga. Dia berharap apa yang dikatakan oleh Nancy adalah benar. Mungkin sudah masa untuk dia belajar menerima takdir.

"Cantiknya." puji Nancy.

Olive hanya terdiam. Dia kelihatan sangat cantik memakai gaun labuh berwarna merah. Gaun itu dihiasi ros merah dan manik yang berkilau. Dikepalanya pula dihiasi dengan mahkota berwarna hitam. Olive nampak seperti puteri yang cantik.

Walaupun begitu nampak dia tidak gembira. Dia sedih. Sepatutnya pada hari perkahwinan ada keluarga dan sanak saudara tetapi Olive sendiri. Mummy dan daddy tidak dapat melihatnya berkahwin. Dari dulu lagi dia berangan yang daddy akan menjadi pengiringnya. Tetapi itu semua hanyalah hanyalan yang tidak mungkin menjadi realiti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience