67

Vampire Series 59844

Keesokan harinya, Olive bangun awal dari biasa. Maklumlah tidurnya tidak lena langsung. Daripada dia paksakan diri untuk tidur lebih baik dia bangun mandi. Dapatlah dia segarkan badannya.

"Segarnya." Olive gosok rambutnya dengan tuala. Dia baru sahaja selesai mandi.

"Lalala.." Olive sisirkan rambutnya. Walaupun fikirannya runsing dia nampak seperti sedang gembira. Dia tidak mahu apa yang terjadi mempengaruhi dirinya sepenuhnya.

"Hmm.. Turun bawahlah. Dah lama tak sembang dengan Nancy. Dia dah bangun kot." kata Olive. Dia pun buat keputusan untuk turun ke bawah. Bolehlah dia berbual dengan Nancy. Disamping itu, dapat juga dia bantu Nancy membuat kerja rumah. Secara tidak langsung dapatlah dia sibukkan diri tanpa ada masa untuk berfikir tentang apa yang jadi.

Olive pun buka pintu bilik dan berjalan keluar dari bilik menuju ke tangga. Semasa dia menuruni satu anak tangga dia terdengar suara yang berbual. Olive rasa tertarik untuk mendengar perbualan itu walaupun sebahagian lagi daripada diri melarang untuk berbuat begitu. Dia jadi lebih tertanya kerana dia tahu itu adalah suara Puan Rhea dan Tuan Thomas dan mereka seperti berbincang sesuatu.

"Saya rasa Dylan patut buat keputusan dengan cepat." kata Tuan Thomas.

"Betul tu Thomas. Ini semua demi dia dan isteri." kata Puan Rhea pula.

"Mungkin kita patut lupakan dahulu pasal perjanjian demi keselematan Olive. Lagipun Dylan sudah cukup untuk menjadi ketua yang baik. Soal yang yang lain boleh diketepikan dahulu. Mesti ada penyelesaiannya." kata Puan Rhea. Saat ini mereka seharusnya tidak patut untuk mementingkan diri sendiri. Nyawa Olive lebih utama. Sia-sia sahaja kalau mereka mempertahankan perjanjian itu tetapi ada nyawa yang terkorban.

"Ya." angguk Tuan Thomas. Kata-kata Puan Rhea sangat benar.

"Awak rasa apa yang patut kita buat?" Puan Rhea ingin tahu pendapat suaminya mengenai hal ini.

"Saya fikir mungkin kita patut berbincang dengan Dylan untuk hantar dia pulang." balas Tuan Thomas. Mungkin itu yang terbaik.

"Hantar dia pulang?" balas Puan Rhea. Dia agak terkejut dengan cadangan suaminya. Tetapi cadangan suaminya itu ada betulnya juga.

"Hah? Pulang?" Olive turut terkejut sama.

"Kau buat apa kat sini?" tegur Dylan secara tiba-tiba. Dia pelik melihat Olive yang hanya berdiri sahaja ditangga.

"Dylan?" balas Olive. Dia terkejut apabila tiba-tiba sahaja Dylan muncul.

"Kau buat apa kat sini?" soal Dylan.

"Err.. Nak turun bawah tapi.." otak Olive ligat memikir idea untuk menyorokkan kebenaran yang sebenarnya dia sedang curi dengar perbualan Puan Rhea dan Tuan Thomas.

"Tapi?" Dylan angkat kening.

"Takde apalah. Jomlah kita turun bawah." Olive tarik tangan Dylan. Mereka berdua turun ke bawah.

"Olive." panggil Dylan. Dia agak terkejut juga bila Olive pegangnya. Ini kali pertama Olive pegang tangan Dylan. Selama ini Dylan sahaja yang memegang tangan Olive. Dylan terasa agak janggal.

"Ye?" Olive tidak menyedari apa-apa.

"Err.." Dylan pandang tangan Olive yang erat mengenggam tangannya.

"Eh, sorry-sorry." Olive terasa malu. Dia tidak perasan langsung yang dia telah terpegang tangan Dylan. Tentu nanti Dylan fikir yang bukan-bukan. Olive lepaskan tangan Dylan.

"Takpe." Dylan gosok rambut Olive lalu dia berlalu ke ruang tamu. Awal lagi kalau dia hendak ke dapur untuk bersarapan. Jadi dia fikir lebih baik dia tonton televisyen sahaja.

"Err?" Olive betulkan semula rambutnya. Dia pun ikut Dylan duduk diruang tamu.

"Err.. Awak saya nak tanya sikit boleh tak?" soal Olive. Dia ingin bertanyakan sesuatu pada Dylan. Perkara ini bermain difikirannya sejak semalam lagi.

"Tanya apa?" soal Dylan.

"Pasal pengantin vampire tu.." balas Olive. Dia ingin tahu tentang pengantin vampire.

"Kenapa?" Dylan pandang Olive. Dia tahu tentu Olive ingin tahu mengenai mereka.

"Betul ke apa yang Caylus cakap? Betul ke yang dia bunuh mereka?" soal Olive. Ahli keluarganya telah mati ditangan vampire jadi Olive perlu ambil tahu mengenai hal ini.

Dylan mengeluarkan nafas berat sebelum menjawab. Dia sudah agak yang Olive akan bertanya. Tetapi walau apa sekalipun Olive juga perlu tahu tentang hal ini.

"Ya." angguk Dylan. Memang betul Caylus yang telah membunuh mereka. Tiada seorang pun yang terselamat.

"Saya ni kan marah sangat atas apa yang Caylus buat. Saya benci sangat pada dia. Dia bunuh keluarga saya. Perbuatan itu tidak akan dimaafkan sampai bila-bila. Ikutkan hati nak je saya pijak-pijak dia." Olive sangat marah dengan perbuatan Caylus. Tergamak dia bunuh orang-orang yang tidak bersalah. Lagi Olive marah Caylus sanggup membunuh keluarganya. Tidak mungkin Olive dapat memaafkan Caylus. Olive benci dengan Caylus yang hanya memikirkan dendamnya sahaja. Caylus sangat pentingkan diri sendiri.

"Tapi kenapa kau melutut depan dia? Kau kata kau benci dia?" Dylan ingat lagi Olive melutut minta maaf pada Caylus. Caylus tidak kena pijak pun.

"Hmm.. Kalau saya pijak dia samalah saya seperti dia." kata Olive. Dia sedih tetapi dia perlu tahan amarahnya.

"Maksud kau?" Dylan kurang faham dengan kata-kata Olive.

"Maksud saya kalau saya pijak dan marah-marah itu akan membuatkan dia lebih benci dan berdendam dengan saya. Tetapi kalau saya buat sebaliknya seperti melutut dan minta maaf tentu dia akan lembut hati dan berfikir untuk berhenti daripada terus berdendam." kata Olive. Olive teringat dengan prinsip ikut hati mati, ikut kata binasa. Jadi sebelum dia tersalah langkah adalah baiknya dia tahan sahaja marahnya. Api kalau bercampur dengan api tentu akan lebih marak. Jadi Olive perlu menjadi air. Dia perlu berlembut dengan Caylus kerana nyawanya yang menjadi taruhan. Mungkin dengan cara itu dapat mengubah Caylus.

"Kau rasa dia akan padam dendam dia macam tu je ke?" Dylan faham apa yang Olive maksudkan tetapi dia tidak rasa yang Caylus akan berubah dan lupakan dendamnya begitu sahaja. Dendam itu sudah lama sebati dalam diri Caylus.

"Saya tak tahu. Tapi saya berharap." Olive tahu apa yang dimaksudkan Dylan. Tetapi dia tetap berharap yang Caylus boleh berubah.

"Aku bukan nak punahkan harapan kau tapi vampire seperti Caylus tersangatlah payah. Dia tidak akan dengar atau terpengaruh dengan sesiapa pun." kata Dylan. Dia tidak berniat untuk takutkan Olive tetapi itu kenyataan yang harus ditelan.

"Hmm.." Olive mengeluh. Dia terdiam. Tidak tahu untuk membalas apa. Kata-kata Dylan tentu betul kerana Dylan sendiri pun tidak dapat menghalang Caylus.

Dylan turut terdiam sama. Dia fikirkan keselamatan Olive. Dia sangat gagal kerana tidak dapat menghalang semua ini. Mungkin tindakan lebih rasional yang perlu dilakukan Dylan agar Olive tidak diapa-apakan lagi. Dylan perlu buat keputusan dengan segera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience