51

Vampire Series 59844

"Nancy tengah buat apa eh?" kata Olive sendirian. Dia rasa bosan pula duduk didalam bilik. Hendak keluar jalan-jalan, Dylan pula tiada dirumah. Kalau keluar sendiri nanti mesti kena marah dengan Dylan.

"Turun bawahlah." Lebih baik Olive turun ke bawah, boleh sembang dengan Nancy sambil-sambil tu boleh belajar masak ke apa. Terisi juga hari Olive. Olive pun keluar dari biliknya.

"Cik Olive." panggil Nancy. Dia tidak pasti Olive ada dimana. Tadi ada diruang tamu bersama Dylan tetapi Dylan sudah keluar, Olive pula tidak kelihatan. Mungkin dia ada dibilik.

"Ya ada apa?" sahut Olive dari atas. Agaknya kenapalah Nancy panggil Olive. Olive jalan menuruni tangga.

"Ada yang mahu berjumpa dengan cik." balas Nancy sambil menaiki tangga. Rupanya Olive ada diatas.

"Siapalah yang nak jumpa aku ni?" fikir Olive. Jarang juga ada yang mencari Olive.

"Slyvia ke yang datang?" Kalau Slyvia datang pun bagus juga. Bolehlah dia berborak dengan Slyvia.

"Siapa Nancy yang nak jumpa saya?" soal Olive apabila dia bertemu dengan Nancy.

"Tuan Muda Caylus." balas Nancy. Caylus yang datang untuk berjumpa dengan Olive.

"Caylus?" soal Olive. Ada apa Caylus hendak berjumpa dengan Olive?

"Ya." angguk Nancy.

"Tuan Muda Caylus? Kenapa Nancy panggil dia tuan muda?" soal Olive dengan pelik. Biasanya tuan muda tu panggil untuk Dylan dan keluarganya. Caylus ada kaitan ke dengan keluarga Dylan?

"Sebab Tuan Muda Caylus sepupu Dylan. Anak kepada Tuan Richard adik Tuan Thomas." jelas Nancy. Caylus dan Dylan adalah sebuah keluarga. Mereka dari keturunan yang sama.

"Oh.. Mereka sepupu." Olive mengangguk. Patutlah Dylan macam kenal je dengan Caylus tu. Lagipun Caylus red vampire sama macam Dylan.

"Ya, Tuan Muda Caylus tunggu cik kat ruang tamu." kata Nancy.

"Okay-okay. Saya pergi jumpa dia sekarang. Lama pula dia tunggu nanti." Olive pun berjumpa dengan Caylus.

"Ye Caylus." sapa Olive.

"Hai Olive, selamat pengantin baru." ucap Caylus dengan gembira.

"Terima kasih Caylus." balas Olive.

"Eh tapikan masa majlis kahwin semalam saya tak nampak pun awak. Awak datang tak?" soal Olive. Dia tidak perasan pula Caylus ada dimajlis itu. Dia perasan yang Slyvia ada tetapi mereka tidak sempat nak bersua muka. Slyvia pun duduk jauh dibelakang. Tetapi Caylus langsung dia tidak nampak.

"Sebenarnya saya tak dapat nak datang majlis awak tu. Sorry ya. Saya ada urusan yang perlu diselesaikan." balas Caylus. Memang niat dia untuk hadir ke majlis perkahwinan itu tetapi ada hal yang perlu dia selesaikan terlebih dahulu. Sudahnya dia tidak sempat datang ke majlis itu sebab sudah agak lewat.

"Oh.. Takpe." Olive tersenyum.

"So ada apa awak nak jumpa saya ni? Nak bagi hadiah ke?" Olive angkat keningnya.

"Ya, betul tekaan awak memang saya bawa hadiah untuk awak dan Dylan. Nah." Caylus beri sekotak hadiah.

"Wah, terima kasih Caylus. Susah-susah je." Olive ambil hadiah tersebut.

"Tak susahlah, lagipun memang saya nak bagi pun." kata Caylus. Hadiah ini sudah lama dia sediakan untuk Olive. Sebelum dia berkahwin dengan Dylan lagi.

"Oh okay-okay." angguk Olive.

"Nanti bukalah. Harapnya awak sukalah hadiah saya tu." kata Caylus. Dia berharap yang Olive suka hadiah tersebut.

"Okay thanks." balas Olive. Dia hargai hadiah pemberian Caylus. Tidak kisahlah hadiah apa pun.

"Welcome." jawab Caylus. Dia tersenyum begitu juga dengan Olive.

"Hmm.. Kalau macam saya balik dululah." kata Caylus.

"Okay." angguk Olive.

"Lupa nak bagitahu nanti hari Selasa depan dah boleh ambil result ujian tau. Ambil kat sekolah." Caylus baru dapat tahu yang keputusan akan keluar pada hari Selasa ini.

"Oh, nanti saya pergi ambil." Olive rasa berdebar pula apabila keputusan ujian telah keluar. Agaknya apalah keputusan yang Olive dapat.

"Kalau awak nak kita boleh pergi sama-sama. Nak tak? Boleh ajak Slyvia sekali." pelawa Caylus. Kalau ambil ramai-ramai pun best juga.

"Boleh juga tapi kena tanya Dylan dulu." Olive perlu beritahu Dylan dulu. Kalau Dylan kata okay barulah dia dapat pergi ambil keputusan ujian bersama Caylus dan Slyvia.

"Alright, Olive saya balik dulu." Caylus ingin mengundur diri.

"Okay, terima kasih bagitahu & thanks untuk hadiah." ucap Olive.

"Sama-sama." Caylus pun berlalu pergi. Olive pun menutup pintu rumah. Lalu dia mendapatkan Nancy. Dia berbual dengan Nancy bagi menghilangkan bosan sementara menunggu Dylan pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience