17

Vampire Series 59850

"Hai, morning Olive." tegur Slyvia. Dia nampak agak ceria pada pagi ini.

"Hai." balas Olive sambil tersenyum. Dia sedang membaca buku tetapi apabila Slyvia menegur dia simpan semula buku tersebut. Dia ingin berbual dengan Slyvia.

"Macam mana? Dah minta izin? Jadi tak hari ni nak study sama-sama?" soal Slyvia. Slyvia ingin tahu mengenai rancangan mereka pada hari ini sama ada jadi atau tidak. Harapnya jadilah. Ujian tidak lama lagi.

"Dah. Emm.." balas Olive. Dia nampak sedikit serius.

"Emm apa? Ala.. Jadi tak?" soal Slyvia dengan nada agak sedih.

"Jadi je. Hehe." balas Olive sambil ketawa.

"Ish Olive ni buat saspen je." Slyvia menampar perlahan bahu Olive.

"Hehe. Tapi nanti adik Dylan pun akan join sekali tau." kata Olive.

"Cik Muda Stella?" soal Slyvia.

"Yup." balas Olive.

"Kenapa?" soal Slyvia.

"Sebab auntie yang pesan suruh study sekali." jelas Olive.

"Oh.. Okay-okay." angguk Slyvia. Tidak mengapalah kalau Stella hendak sertai juga sesi ulangkaji nanti.

Mereka pun memulakan sesi pembelajaran pada hari ini apabila cikgu masuk ke kelas.

Setelah beberapa jam sesi pembelajaran akhirnya jam loceng pun berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat.

"Yeay dah habis kelas. Boleh balik." kata Slyvia sambil mengemas.

"Balik? Bukan kita nak study sama-sama kat library ke?" kata Olive.

"Oh lupa." Slyvia tersengih.

"Olive jom beli kopi dulu nak? Nak ubat mengantuk." ajak Slyvia.

"Okay boleh jugak." mereka berdua pun membeli kopi dimesin layan diri.

"Olive, Cik Muda Stella nanti macam mana?" soal Slyvia. Mereka duduk dikerusi yang berdekatan.

"Dia kata dia terus pergi library. Nanti jumpa sana." kata Olive.

"Oh." Slyvia menghirup perlahan kopi yang panas itu.

"Emm.. Jomlah pergi library sekarang. Nanti lama pulak Cik Muda Stella tunggu." kata Slyvia. Dia menghabiskan sisa kopinya.

"Okay." mereka pun menuju ke perpustskaan yang bersebelahan dengan bangunan sekolah. Perpustakaan ini mempunyai bangunannya yang tersendiri. Di situ mereka berjumpa dengan Stella.

"Kak Olive sini." Stella melambaikan tangannya. Dia sedang duduk dimeja bulat yang ada diperpustakaan itu. Disitu ada ruangan khas untuk pelajar belajar secara berkumpulan.

"Hai Stella." tegur Olive.

"Hai kak." Stella tersenyum.

"Stella ni kawan akak, Slyvia." Olive memperkenalkan Slyvia kepada Stella.

"Oh. Hai saya Stella. Nice to meet you." sapa Stella.

"Hai Cik Muda Stella." balas Slyvia.

"Opss.. tak payah bercik dengan saya, panggil Stella je." kata Stella.

"Okay." Slyvia mengangguk. Mereka pun mulakan sesi ulangkaji.

"Hai. Korang pun study kat sini?" tiba-tiba Caylus datang menegur kepada Olive dan Slyvia. Secara kebetulan dia pun ada diperpustakaan ini.

"Abang Caylus." kata Stella.

"Eh Stella pun ada?" Caylus memandang Stella. Terkejut juga dia melihat Stella ada sekali.

"Mum suruh join." kata Stella dengan malas.

"I see.. Kalau macam tu bolehlah abang join sekali?" kata Caylus. Dia pandang Olive dan Slyvia.

"Boleh je. Study ramai-ramai lagi best. Kan akak-akak?" balas Stella. Dia turut memandang Olive dan Slyvia.

Olive dan Slyvia mengangguk. Mereka berdua rasa serba salah pula kalau hendak menghalang.

"Thanks." Caylus duduk bersebelahan dengan Olive.

Mereka pun ulangkaji pelajaran. Sebenarnya mereka hanya berkumpul tetapi mengulangkaji secara sendirian.

Setelah beberapa minit mengulangkaji, Olive ingin rehat selama 5 minit. Dia memerhatikan keadaan perpustakaan sekolah. Perpustakaan ini sangat besar. Saiznya sama seperti perpustakaan awam. Terdapat pelbagai kemudahan yang ada disini. Semuanya serba lengkap dan canggih. Olive berasa kagum.

Sedang Olive memerhatikan keadaan sekeliling dia terasa seperti diperhatikan. Dia pun pandang ke arah rak buku yang berada disebelah kanannya. Dia lihat Kio sedang memandang tepat ke arahnya. Pandangan Kio sangat tajam. Olive merasa seram sejuk.

Lantaran itu, Olive segera mengalihkan pandangannya. Dia mengosok kedua lengannya. Dia terasa sejuk.

"Awak sejuk ke Olive?" soal Slyvia.

"Ye." balas Olive. Sebenarnya suhu penghawa diperpustakaan ini agak sejuk juga.

"Apakah kita keluar kejap nak tak?" ajak Slyvia. Dia pun terasa sejuk juga.

"Boleh juga." kata Olive.

"Korang, kami nak keluar kejap ye. Nak ambik angin kat luar." kata Slyvia kepada Stella dan Caylus.

"Okay." mereka mengangguk.

Olive dan Slyvia pun keluar daripada perpustakaan. Semasa jalan ke arah pintu keluar Olive perasan yang Kio masih lagi memandangnya.

"Olive." panggil Slyvia. Mereka hanya duduk dibangku luar perpustakaan.

"Ye?" balas Olive.

"Saya tak sure awak perasan ke tak. Tapi saya perasan tadi Kio asyik pandang awak je." kata Slyvia.

"Awak pun perasan? Saya ingat perasaan saya je." kata Olive.

"Ha'ah Kio memang pandang awak pun. Sangat obvious. Kenapa eh?" kata Slyvia.

"Err.. Saya tak tahu." Olive garu kepala. Manalah Olive tahu sebabnya. Dia sendiri tidak pernah bercakap langsung dengan Kio.

"Hmm.. Better awak hati-hati okay." pesan Slyvia. Dia dapat hidu sesuatu yang tidak kena.

"Okay." balas Olive. Dia agak takut sebenarnya. Tetapi dia cuba untuk fikir positif.

Selepas beberapa minit diluar mereka pun masuk ke dalam semula dan meneruskan sesi ulangkaji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience