54

Vampire Series 59850

"Jauh lagi ke Slyvia?" soal Olive. Dia rasa sedikit kepenatan. Langkahnya menjadi semakin perlahan.

Sejak dari tadi mereka berdua berjalan masih lagi belum jumpa sesiapa untuk mendapatkan bantuan. Mereka hendak menuju ke mana sebenarnya? Olive rasa mereka sudah jauh masuk ke dalam hutan. Pokok-pokok semakin besar dan tinggi. Itu menandakan mereka masuk ke dalam hutan yang tebal.

"Err.." balas Slyvia. Dia tidak tahu untuk berkata apa. Hatinya rasa beberapa tidak sedap.

"Kenapa?" soal Olive. Dia memandang pelik dengan gerak geri Slyvia. Dahi Slyvia berkerut seperti sedang berfikir sesuatu.

"Saya rasa kita dah sesat jalanlah." Slyvia menggaru kepala. Dia macam tidak percaya pula mereka boleh sesat. Rasanya dah betullah laluan yang mereka guna. Tetapi kenapa tak sampai-sampai lagi ni?

"Apa? Sesat?" Olive terkejut. Macam mana mereka boleh sesat? Tak kan Slyvia tak dapat nak cam jalan dihutan ini? Bukankah hutan adalah laluan yang biasa bagi vampire?

"Sorry Olive. Tadi saya kelam kabut lari nak dapatkan bantuan sampai tersalah jalan." kata Slyvia. Dia sudah tersalah ikut jalan.

"Err.. Habis tu macam mana ni?" soal Olive. Hutan adalah kawasan paling bahaya. Bahaya kalau sesat disini. Bukan sahaja vampire asing malah haiwan buas juga ada disini.

"Biar saya fikir jap." Slyvia memerah otaknya. Dia melihat sekeliling untuk mengingat semula jalan-jalan dihutan ini.

"Aduh, tak boleh fikir." fikiran Slyvia berserabut. Dia tidak dapat berfikir dengan baik. Semua yang ada dihutan ini nampak sama sahaja.

"Kita rehatlah dulu." cadang Olive. Mungkin Slyvia kepenatan itu yang tidak dapat berfikir dengan baik. Mereka pun duduk berehat sebentar. Olive duduk dibatang pokok yang telah tumbang.

Sejujurnya Olive agak takut berada dalam hutan lama-lama. Tetapi nasib baiklah dia tidak bersendirian. Ada Slyvia menemaninya.

"Macam mana ni?" fikir Slyvia. Dia rasa serba salah. Dia telah mengheret Olive sesat bersamanya.

"Awak takde ke telefon atau apa-apa sahaja alat atau kuasa yang boleh menjadi penghubung dengan vampire lain?" soal Olive. Vampire lain sedikit daripada manusia. Mungkin mereka ada kelebihan yang boleh digunakan macam kuasa telepati dan sebagainya.

"Err.. Saya tak bawa telefon." Slyvia ada telefon tetapi ada dirumahnya. Dia tidak bawa telefonnya. Hal ini kerana vampire disini jarang menggunakan telefon. Sekiranya ada apa-apa masalah mereka akan berjumpa terus.

"Saya pun takde kuasa. Memang saya boleh berubah tapi tiada kuasa yang istimewa." kata Slyvia. Dia cuma vampire biasa. Dia juga tiada kuasa seperti Dylan.

Olive dan Slyvia masing-masing termenung mengenang nasib diri. Agaknya apalah yang boleh mereka lakukan untuk keluar dari hutan ini. Kalau mereka teruskan berjalan takut pula nanti semakin jauh sesat ke dalam. Tetapi kalau duduk sahaja pun bahaya juga. Takut ada yang menanti.

"Hah?" tiba-tiba sahaja Slyvia besuara. Dia nampak terkejut.

"Kenapa Slyvia?" soal Olive.

"Awak dengar tak?" Slyvia mendengar sesuatu. Bunyi daun yang berselisih antara satu sama lain. Itu memang biasa kalau dalam hutan tetapi sekarang ini tiada pun angin yang bertiup tentu ada seseorang yang berjalan dan terkena pada daun-daun tersebut.

"Tak dengar apa pun." balas Olive. Dia cuba untuk fokus tetapi bunyi tersebut dimasuk ke dalam rongga telinganya.

"Saya rasa tak sedap hatilah Olive." Slyvia dapat rasakan sesuatu hal yang tidak baik.

"Jom Olive kita pergi dari sini." ajak Slyvia. Mereka bangun dan terus berjalan.

Shuhh! Sebatang anak panah terkena pada kaki kiri Slyvia.

"Argh!" jerit Slyvia sekuat hati. Dia rebah.

"Slyvia." Olive terus memangku Slyvia.

"Sakitnya." adu Slyvia. Nasib baiklah anak panah itu tidak tertusuk pada kakinya. Kaki Slyvia calar sedikit tetapi lukanya berdarah.

Kedengaran sesuatu meluru laju ke arah mereka berdua. Slyvia dan Olive masing-masing tercengang melihat vampire misteri yang semakin hampir dengan mereka.

"Olive lari cepat!" Slyvia tahu vampire itu hendak menyerang Olive.

"Tapi awak?" mustahil kalau Olive nak tinggalkan Slyvia bersendirian. Slyvia rakan baiknya.

"Lari je. Saya okay. Selamatkan diri awak. Biar saya lawan dengan vampire tu. Pergi cepat." Slyvia tolak Olive. Olive hanya terdiam. Dia tidak sampai hati tinggalkan Slyvia.

"Pergi cepat Olive." kata Slyvia.

Dengan berat hati Olive pun terus berlari. Dia sempat juga pusing ke belakang. Dia lihat dari jauh Slyvia sedang berlawan dengan vampire misteri itu. Slyvia telah bertukar menjadi vampire. Ini kali pertama Olive lihat Slyvia berubah. Pertarungan antara mereka amat sengit. Dia berharap Slyvia menang dan tidak diapakan oleh vampire misteri itu.

Olive berlari sekuat hati walaupun vampire itu tidak mengejarnya lagi. Dia ingin dapatkan bantuan untuk Slyvia dan Brian. Lari punya lari sampailah dia terlanggar seseorang. Olive terjatuh ke tanah. Hatinya berdebar-debar. Rasa takut menyelubungi diri Olive. Dia berharap sangat yang seseorang dihadapannya itu bukanlah vampire misteri itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience