37

Vampire Series 59842

Malam itu Olive dan keluarga Dylan makan malam bersama. Sebelum ini masing-masing agak sibuk dengan urusan sendiri. Begitu juga dengan Olive, dia sibuk mengulang kaji pelajaran. Puan Rhea dan Tuan Thomas pula sibuk menguruskan perkara yang berkaitan dengan kampung.

"Olive." panggil Puan Rhea. Sudah lama dia tidak berbual dengan Olive. Apabila diberi peluang berkumpul seperti dia perlu mengambil peluang yang ada.

"Ya mum?" balas Olive. Dia tersenyum ke arah Puan Rhea.

"Macam mana dengan ujian? Okay tak? Susah?" soal Puan Rhea. Dia ingin mengambil tahu kerana dia tahu Olive telah mengambil ujian untuk dua tiga hari ini.

"Okay senang mum tapi ada yang susah jugak." jawab Olive. Soalan ujian ada yang senang dan ada juga yang susah bagi Olive. Walau bagaimanapun Olive dapat mendapat menjawab ujian dengan baik. Betul atau tidak biar gurunya yang tentukan.

"Ohh.. Kalau dah berusaha sehabis baik tentu Olive akan berjaya." balas Puan Rhea. Dia lihat Olive sangat tekun mengulang kaji semenjak dua tiga hari ini. Tentu Olive akan berjaya.

"Mudah-mudahan." jawab Olive. Harapnya dia lulus dengan cemerlang.

"Sekarang Olive dah habis sekolah kan?" soal Tuan Thomas.

"Ya." Olive mengangguk.

"Maknanya tak lama lagi Olive dan Dylan akan berkahwin." kata Tuan Thomas. Sememangnya itu perkara yang utama sebab Olive ada disini. Dia perlu berkahwin dengan Dylan sesuai dengan perjanjian yang dibuat sejak dulu lagi.

Olive tidak menjawab dan dia juga tidak mengiakan. Olive hanya terdiam. Dia masih belum bersedia untuk berkahwin. Walaupun sudah agak lama ada disini dan tinggal bersama Dylan dan keluarganya. Olive masih berharap untuk pulang ke rumahnya.

"Lepas ini, kita akan rancang majlis yang khas untuk Olive dan Dylan. Nanti kita ke kedai pengantin untuk tempah baju ya Olive. Lepastu kita akan buat persediaan yang lain." kata Puan Rhea.

Dylan mengangguk. Manakala Olive hanya tersenyum nipis sekadar sebagai tanda menghormati Puan Rhea dan Tuan Thomas. Dia tidak terdaya untuk menjawab atau membalas kata-kata mereka.

"Tak sabarnya." kata Stella. Sudah lama dia tunggu majlis perkahwinan abangnya. Majlisnya tentu meriah sekali. Dapatlah Stella pakai pakaian yang cantik-cantik. Dia suka.

"Ya, harapnya majlis nanti berjalan dengan lancar agar Dylan dan Olive dapat berkahwin." Puan Rhea berharap sangat agar tidak berlaku perkara yang tidak ingini seperti sebelum ini.

"Olive buat masa ini kamu duduk sahaja dirumah ya." kata Tuan Thomas. Semakin dekat dengan hari perkahwinan, Olive semakin mudah terdedah kepada bahaya. Terutamanya daripada vampire yang tidak mahu perkahwinan ini terjadi. Mereka mungkin dengki kepada Dylan dan Olive.

"Kalau Olive hendak keluar pastikan kamu ditemani Dylan atau vampire penjaga. Jangan keluar berseorangan. Dylan, kamu tolong jaga Olive dengan baik." pesan Tuan Thomas.

"Baik dad." balas Dylan. Tentu sekali dia akan menjaga Olive dengan baik. Olive mengangguk mendengar pesanan Tuan Thomas.

"Olive, mum nak tanya sikit boleh?" soal Puan Rhea.

"Boleh mum." balas Olive. Hatinya berdebar.

"Olive dah ready nak kahwin dengan Dylan?" Puan Rhea ingin tahu adakah Olive sudah bersedia. Selama ini pun Olive tidak pernah berkata apa-apa apabila dia dijodohkan dengan Dylan.

"Sebenarnya Olive belum bersedia. Olive belum berfikir lagi tentang perkahwinan." kata-kata itu hanya terucap didalam hati Olive. Dia langsung tidak pernah terfikir untuk berkahwin seawal ini. Tambah pula dia tidak pernah menyangka yang dirinya bakal berkahwin dengan seorang vampire.

Dylan pandang Olive. Dia tahu Olive belum bersedia untuk berkahwin dengannya. Dia dapat rasakan hal itu. Tetapi disebabkan itulah dia selalu berusaha agar Olive selesa dan suka padanya. Dia akan cuba untuk memenangi hati Olive.

"Olive.." panggil Puan Rhea apabila melihat Olive hanya mendiamkan diri.

"Hah, err?" Olive tercenggang.

"Olive dah ready nak kahwin dengan Dylan?" soal Puan Rhea sekali lagi.

"Err.. Ya." Olive mengangguk. Dia ia kan sahaja. Dia tidak tahu bagaimana untuk meluahkan isi hatinya. Keluarga Dylan sangat berharap pada perkahwinan ini. Mereka sangat baik kepada Olive. Olive serba salah untuk menghampakan mereka.

Tiada siapa yang tahu isi hatinya kecuali Nancy dan Dylan. Kejadian lari rumah yang tidak jadi sebelum ini pun telah dirahsiakan oleh Dylan dan Nancy. Mereka tidak menceritakan hal itu pada Puan Rhea dan Tuan Thomas.

Nancy juga tidak pernah memberitahu Puan Rhea dan Tuan Thomas yang Olive tidak pernah bersetuju berkahwin dengan Dylan.

Ahli keluarga Dylan menganggap Olive terima sahaja dengan perkahwinan ini. Walaupun pada hakikatnya hati Olive menjerit tidak. Dia ingin pulang ke pangkuan keluarganya.

"Banyak pula kita bercakap. Sudahlah mari kita makan dahulu. Tentang majlis perkahwinan kita bincang lagi nanti." kata Puan Rhea. Makanan sudah terhidang tetapi mereka belum menjamahnya.

"Tulah, Stella pun dah lapar ni." kata Stella sambil mengosok perutnya. Perutnya berkeroncong apabila Stella ada dihadapan makanan yang sedap-sedap.

"Jemputlah makan semua." pelawa Tuan Thomas.

Mereka semua pun menjamu selera. Pada hari ini Nancy telah memasak daging bakar. Keluarga Dylan sememangnya suka hidangan ini. Mereka pengemar daging. Masakan yang dimasak oleh Nancy sangat sedap dan menyelerakan.

Usai makan mereka pun membuat hal masing-masing.

Malam itu, Olive masuk tidur awal. Tetapi dia tidak tidur pun sebenarnya. Dia memikirkan hal yang sebentar tadi. Sejujurnya dia takut bila memikirkan tentang perkahwinan. Dia takut dia tidak cukup matang untuk berkahwin. Dia takut untuk terima kenyataan.

"Patut ke aku lari lagi?" soal hati Olive. Ikutkan hatinya dia ingin sahaja lari dari kampung ini. Tetapi nanti mum tentu rasa sedih. Lagipum dia sendiri tidak tahu ke mana arah yang ingin dituju. Semasa kali pertama dia masuk ke kampung ini pun dengan cara yang pelik.

"Haih.. Aku tak nak kahwin." kata Olive.

"Kalau mummy dan daddy ada tentu mereka tidak akan paksa aku kahwin." kata Olive. Mummy dan daddy tidak pernah memaksa Olive untuk melakukan perkara yang Olive tidak suka.

"Mummy, daddy." Olive jadi teringat pada orang tuannya. Air matanya mengalir. Rasa rindu mula menghuni diri Olive.

"Mummy tak tidur lagi?" tegur Encik Arthur kepada isterinya yang baring dikatil disebelahnya.

"Belum, saya rindukan Olive." Puan Daisy lap airmatanya. Dia sentiasa rindukan anaknya, Olive pada setiap malam. Entah apalah khabar Olive disana. Baik atau tidak?

"Hmm.. Saya pun rindukan dia juga." kata Encik Arthur. Sudah sebulan Olive 'pergi' dari rumah ini. Dia rindu anaknya. Setiap hari dia rasa menyesal kerana gagal melindungi Olive daripada pergi.

"Daddy, jom kita cari Olive." kata Puan Daisy. Dia ingin bersatu semula dengan anaknya.

"Kita nak cari kat mana?" Encik Arthur pun terfikir juga untuk cari anaknya. Tetapi dia tidak tahu untuk cari dimana. Perkara yang berkaitan vampire sangatlah rahsia. Tiada siapu pun yang tahu. Mereka dapat tahu mengenai vampire hanyalah daripada keluarga dan orang tua-tua. Itu pun hanyalah sedikit sahaja.

"Kita cari jelah kat mana-mana pun." kata Puan Daisy. Biarlah berhabis masa sekalipun. Asalkan dia dapat berjumpa dengan Olive semula.

"Yelah, nanti kita cari Olive. Mummy tidurlah dulu." kata Encik Arthur.

"Okay." balas Puan Daisy. Mereka pun tidur selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience