74

Vampire Series 59842

"Tuan muda." dalam keadaan termengah-mengah Cody menghampiri Dylan. Nasib baiklah dia jumpa Dylan dengan cepat dan selamat. Walaupun sebentar tadi dia hampir sahaja dikejar bayangan hitam yang besar dan menakutkan. Tetapi dia berjaya melarikan diri. Tidak cukup dengan itu dia juga nyaris jatuh ke dalam lubang besar yang dipenuhi dengan tengkorak dan ular tedung hitam. Hal ini terjadi kerana keadaan hutan yang gelap gelita.

"Cody? Kamu buat apa kat sini? Kan saya dah suruh jagakan Olive." kata Dylan. Pelik juga apabila Cody datang ke sini. Cody bukanlah seorang vampire yang suka-suka untuk melanggar arahan Dylan. Jangan-jangan ada sesuatu yang berlaku diluar pengetahuan Dylan.

"Sebenarnya tuan muda, Cik Olive.." nafas Cody tercungap-cungap. Dia agak kepenatan kerana berlari. Masalah juga apabila dia berlari dalam keadaan vampire biasa. Sepatutnya dia bertukar dulu menjadi vampire sebenar barulah dia tidak terlampau penat seperti ini.

"Kenapa dengan Olive?" Dylan kedengaran agak panik. Dia dapat rasakan yang ada sesuatu yang tidak baik telah berlaku.

"Tuan Muda Caylus." kata Cody. Bukan niatnya untuk membuat Dylan keliru cuma dia tidak dapat membuat ayat dengan betul.

"Kenapa dengan Caylus? Apa kaitannya dengan Olive? Cakap Cody." Dylan berdebar untuk mendengar kenyataan daripada Cody. Dia goncang tubuh Cody. Mereka saling menghadap antara satu sama lain.

"Tuan Muda Caylus culik Olive." jawab Cody. Takut juga dia apabila terlalu dekat Dylan. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa bertentangan mata dengan Dylan. Wajah Dylan nampak sangat gerun.

"Apa?" Dylan terkejut. Dia lepaskan Cody dan mengenggam tangan sendiri. Caylus telah menculik Olive? Berani dia cari pasal dengan Dylan.

"Macam mana boleh jadi macam tu?" soal Dylan. Bukankah dia telah suruh mereka berdua pulang ke rumah. Bagaimana tiba-tiba Olive boleh diculik pula?

"Tadi kami berhenti sekejap. Lepastu tiba-tiba Tuan Muda Caylus muncul dan dia terbang bawa Olive masuk terus ke hutan ini." jelas Cody.

"Tak guna Caylus. Awak tahu arah mana yang dia ikut?" soal Dylan. Dia perlu cepat sebelum Caylus membuat sesuatu pada Olive.

"Arah sana." Cody tunjuk arah bertentangan dengan laluan yang Dylan guna.

"Okay." Dylan dan Cody pun berlari ke arah itu. Tetapi sebelum itu, kedua-duanya berubah menjadi vampire sebenar.

Tidak lama selepas itu mereka jumpa sebuah rumah usang ditengah hutan. Firasat Dylan kuat mengatakan yang Olive ada disitu. Dia yakin.

"Saya rasa Olive ada didalam rumah tu." kata Dylan separuh berbisik. Dia perlu senyap agar vampire didalam rumah tersebut tidak menyedari kehadiran mereka berdua.

"Jomlah kita masuk tuan muda." kata Cody. Mereka perlu cepat bertindak untuk selamat Olive.

"Nanti dulu. Saya tak rasa yang kita boleh masuk macam tu je. Tentu Caylus ada memasang perangkap. Kita perlu berhati-hati." pesan Dylan. Dia tahu Caylus seorang yang penuh tipu muslihat. Dia cukup kenal dengan sepupunya itu.

"Apa rancangan tuan muda?" soal Cody.

"Hmm.. Macam ni biar saya lead kamu ikut belakang. Kalau ada yang datang menyerang kita lawan." kata Dylan. Dia tidak dapat fikir rancangan yang lebih baik. Sebaiknya biar mereka redah sahaja sebelum terlambat.

"Okay tuan muda." Cody mengangguk.

"Ambil ni. Hati-hati." Dylan ambil kayu besar dan berikannya kepada Cody. Dia harap Cody boleh guna kayu tersebut sebagai senjata.

"Terima kasih tuan muda." ucap Cody. Dylan mengangguk dan mereka pun mula serang hendap.

Mereka berjalan dengan senyap dan tiba-tiba..

"Berhenti Cody." arah Dylan. Cody berhenti melangkah. Dylan menghampiri Cody.

"Kebelakang sikit." arah Dylan. Dia ambil sebatang kayu dan hentak pada permukaan tanah yang berdaun. Tidak lama selepas itu melayang sebuah kapak ke arah mereka. Keduanya menunduk dan kapak tersebut terkena pada sebatang pokok.

"Nasib baik." Cody hampir sahaja terpijak perangkap yang dipasang. Kalau dia tersilap langkah tadi mungkin dia akan terkena kapak itu.

Mereka pun meneruskan langkah semula dan kemudiannya telah didatangi dengan dua ekor anjing hitam sebesar singa dewasa. Cody kebelakangkan langkahnya. Hatinya rasa agak gerun melihat anjing tersebut. Anjing itu bertaring dan sangat ganas.

"Jangan takut Cody. Kita lawan." kata Dylan. Berundur bukanlah pilih sekarang. Mereka harus lawan.

"Baik." Cody beranikan diri dan mereka terus berlawan dengan anjing tersebut. Setiap seorang berlawan dengan seekor anjing. Disebabkan anjing itu bukan anjing biasa, mereka perlu menggunakan sekuat tenaga.

"Ambil kau." Cody memukul kepala anjing itu dengan kuat tetapi malangnya tidak terjadi apa-apa pada anjing itu. Hal itu juga menyebabkan dia diserang anjing tersebut. Cody bergelut dengan anjing tersebut. Cody lindungi diri dengan lengannya.

"Argh." tangan Cody digigit. Melihat Cody yang diserang, Dylan terus membunuh anjing yang ada dihadapannya. Dia mencucuk jantung anjing itu dengan kukunya yang tajam. Lalu dia mencakar pula anjing yang menyerang Cody. Cody terselamat dan Dylan terus membunuh anjing yang menyerang Cody. Anjing tersebut hilang bersama angin. Ternyata anjing tersebut hanyalah bayangan hidup sahaja.

"Awak okay?" soal Dylan kepada Cody. Dia risau melihat Cody yang tercedera. Walaupun anjing tersebut hanyalah bayang tetapi kecederaan yang dialami Cody adalah nyata.

"Saya okay. Tuan muda selamatkan Cik Olive." kata Cody. Kesakitan yang dia alami tidaklah sesakit mana. Dia lebih risaukan Olive. Dylan perlu selamatkan Olive.

"Awak bertahan ya. Pastikan terus hidup." Dylan koyak sedikit baju Cody. Dia membalut luka Cody yang agak parah. Anjing tersebut telah mengigit lengan Cody dan lukanya agak dalam. Dylan boleh sembuhkan Cody tetapi dia tidak boleh menggunakan mantera disini kerana jika dia menggunakan mantera kehadirannya akan dihidu oleh penghuni hutan ini. Mereka akan memburu Dylan dan itu akan membahayakan nyawanya dan sesiapa sahaja yang ada berdekatan.

"Baik." Cody mengangguk sambil tersenyum. Dia perlu bertahan untuk hidup dan dia belum mahu mati.

Dylan pun masuk ke dalam rumah tersebut tetapi belum sempat masuk kakinya dibelit dengan ular yang besar. Ular itu ingin mematuk Dylan tetapi dia berjaya mengelak. Dylan berlawan dengan ular tersebut. Dia menikam badan ular itu dengan kukunya beberapa kali. Namum kulit ular tersebut tebal dan sukar untuk ditembusi.

"Haih." Dylan harus berfikir bagaimana caranya untuk menumpaskan ular tersebut. Bagaimana caranya untuk dia membunuh ular itu tanpa sebarang mantera?

"Tuan muda." Cody membaling sebatang kayu kepada Dylan. Cody harap kayu tersebut dapat membantu Dylan. Dylan menyambut kayu itu dan dia terus mencucuk mata ular itu. Ular tersebut kesakitan lalu melepaskan Dylan dengan sendirinya. Ular tersebut menjadi buta lalu menyusur masuk ke dalam hutan. Dylan tidak sangka mudah untuk menumpaskan ular itu. Caylus seharusnya berfikir dengan lebih bijak untuk kalahkan Dylan. Tanpa mantera, Dylan boleh berjaya dan sudah tentu dengan bantuan Cody juga.

"Terima kasih Cody." ucap Dylan. Cody tersenyum. Dia lega dapat membantu. Setelah itu, Dylan pun masuk ke dalam rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience