19

Vampire Series 59842

"Alexa." panggil Dylan. Dia terus mencari dan berjumpa dengan Alexa. Dia tahu Alexa ada ditempat yang biasa mereka pergi sewaktu mereka bercinta dahulu. Alexa kerap ke sana.

Tempat yang dimaksudkan adalah kawasan air terjun. Kawasan air terjun itu sangat cantik. Airnya pun sangat jernih sehinggakan nampak dasar dibawahnya. Udaranya sangat segar dan nyaman. Disitu juga terdapat pokok bunga yang cantik dan harum baunya.

"Dylan?" Alexa teruja apabila melihat Dylan datang berjumpa dengannya. Alexa tersenyum lebar. Dia segera mendekat Dylan. Dia ingin memeluk Dylan tapi Dylan menolak.

"Why?" soal Alexa dengan nada sedih. Dia kecewa dengan sikap Dylan yang dingin.

"Apa yang you dah buat?" soal Dylan.

"I buat apa? I tak buat apa-apa pun." Alexa kebingungan.

"Jangan pura-pura tak tahu, Alexa. Apa yang you buat pada Olive?" soal Dylan.

Alexa mengecilkan bola matanya. "So perempuan tu nama Olive?" soal Alexa. Dia langsung tidak menjawab soalan yang ditanyakan oleh Dylan.

"Apa you buat pada dia?" soal Dylan. Dylan sudah tahu perbuatan Alexa terhadap Olive. Tetapi dia sengaja ingin bertanya pada Alexa. Dia mahu Alexa mengakui perbuatannya.

"Nothing." kata Alexa sambil memetik bunga raya yang ada disitu. Dia bermain dengan bunga itu.

"Are you sure?" soal Dylan.

"Haish. You datang sini sebab ni je ke?" soal Alexa. Dia campak bunga yang ada ditangannya. Dia ingat Dylan datang nak berjumpa dengan dia disebabkan rindu tetapi rupanya datang sebab Olive.

"Yes." kata Dylan. Tiada keperluan lain untuk Dylan berjumpa dengan Alexa.

"So dia mengadu? Mengadanya." kata Alexa. Menyampah pula dia pada Olive. Dasar perampas. Dia lebih lama bersama dengan Dylan. Dylan milik Alexa bukan Olive.

"No, dia tak cakap apa-apa. I yang tahu sendiri." kata Dylan. Satu lagi kuasa yang dimiliki telah membantu Dylan. Dia nampak apa yang terjadi semasa menyentuh pipi Olive sebentar tadi. Sebab itulah dia datang berjumpa dengan Alexa.

"I tak suka dia." jujur Alexa sambil membuat muka kesian. Dia cuba untuk memegang tangan Dylan tetapi ditepis Dylan.

"Suka atau tidak. You tak patut nak cederakan dia." kata Dylan. Entah mengapa tiba-tiba Alexa mahu menganggu Olive. Disebabkan Alexa juga pipi Olive tercedera.

"I benci tengok muka dia. Dia rampas you daripada i." marah Alexa. Kehadiran Olive juga menjadi punca mereka putus. Keluarga Dylan terlalu mengikutkan pada perjanjian yang terdahulu. Bagi mereka jodoh Dylan hanyalah Olive seorang. Apa yang ada pada Olive? Dia cuma manusia biasa sahaja. Alexa lebih cantik dan berkuasa.

"Alexa, i'm not yours. Kita dah lama putus. You sendiri tahu kan." kata Dylan. Mereka putus atas kerelaan masing-masing. Mereka tahu hubungan mereka itu hanya akan menjadi sia-sia sahaja. Perkahwinan berlainan puak tidak dibenarkan sampai bila-bila.

"Tapi, i tak pernah ikhlas untuk putus dengan you. My heart belong to you. Kita berpisah atas dasar paksaan." kata Alexa. Dia sangat sedih apabila terpaksa berpisah dengan Dylan. Cintanya selamanya untuk Dylan. Dia tidak sanggup hidup tanpa Dylan.

"No." kata Dylan. Dia sudah sedaya upaya lupakan cintanya pada Alexa. Lagipun mereka tidak mungkin akan dapat bersama sampai bila-bila. Itu mustahil.

"I love you and you milik i. Bukan Olive atau sesiapa pun." kata Alexa. Dia tetap mahukan Dylan.

"Stop it Alexa. Just forget me and jangan berani sentuh Olive lagi." Dylan memberi amaran sebelum dia berlalu pergi.

"Dylan!" jerit Alexa. Jeritannya tidak diendahkan.

"Semua ni sebab perjanjian bodoh tu. Kalau Olive tak wujud mungkin i masih bersama dengan you Dylan." kata Alexa. Kebencian dia pada Olive semakin membara.

"I will make sure Dylan akan tetap jadi milik i sampai bila-bila." kata Alexa lagi. Dia ingin merancang sesuatu dan tentunya rancangan itu tidak baik.

Dylan terus pulang ke rumah. Sesampainya dirumah dia terus mencari Olive. Ada sesuatu yang dia ingin katakan kepada Olive.

"Nancy.. Olive mana?" tegur Dylan kepada Nancy yang sedang menyapu sampah.

"Cik Olive ada dibilik. Dia tak turun sejak dari tadi lagi sebenarnya." kata Nancy.

"Dari tadi lagi?" soal Dylan.

"Ya, dia pun tak makan lagi. Masa saya tanya dia kata dia tak lapar." Nancy agak risau sedikit. Jarang Olive berkurung dibilik seperti itu.

"Dia sakit?" soal Dylan.

"Saya tak pasti." kata Nancy.

"Oh.. Takpelah biar saya tanya sendiri." kata Dylan. Agaknya Olive merajuk pasal tadi.

"Baik tuan muda." kata Nancy. Dylan pun terus naik tangga ke bilik Olive.

Tok, tok.. Pintu bilik Olive diketuk beberapa kali.

"Siapa?" soal Olive.

"Aku." jawab Dylan. Olive senyap. Dia tahu itu suara Dylan. Dia tidak mahu membuka pintu.

"Nak apa pulak dia ni? Tak habis lagi nak sakitkan hati orang?" fikir Olive.

"Boleh aku masuk? Aku ada hal sikit nak cakap." kata Dylan dengan lembut.

"Saya sibuk." kata Olive. Dia berpeluk tubuh dikatil dan tidak berminat untuk bercakap dengan Dylan. Dia tidak suka pada Dylan. Dylan telah buat dia sakit hati.

Dylan mengeluh sedikit. Dia tahu agak susah untuk dia berkomunikasi dengan Olive dalam keadaan ini. Tetapi Dylan perlu juga bercakap dengan Olive.

"Olive.. Aku minta maaf sebab dah sakitkan kau tadi. Aku tahu aku salah. Aku tak patut buat macam tu. Aku minta maaf okay." Dylan cuba memujuk Olive. Dia maksudkan kata-katanya.

"Senang je minta maaf." bisik Olive. Selain degil, ego Olive juga agak tinggi.

"Olive bukalah pintu ada hal penting yang perlu aku cakap ni." kata Dylan. Dia perlu bercakap secara bersemuka dengan Olive.

Olive senyap tanpa sebarang suara. Dia tidak mahu bersemuka dengan Dylan.

"Olive.." panggil Dylan lagi. Masih lagi tiada sahutan. Dylan mengeluh.

"Takpelah lain kalilah aku cakap." Dylan mengalah. Dia pun berlalu pergi dari bilik Olive. Olive dengar tapak kaki Dylan.

"Dah pergi ke?" Olive bangun dari katil dan menghampiri pintu. Dia buka pintu dengan perlahan. Dia intai diluar dari dalam biliknya. Dylan tidak kelihatan. Olive ingin menutup semula pintu itu tetapi ditahan oleh Dylan secara tiba-tiba. Olive terkejut.

"Olive tunggu kejap." kata Dylan. Dia tolak pintu tersebut. Sebenarnya dia tipu je tadi. Dia masih ada disitu.

"Ish, awak nak apa?" soal Olive. Dia turut menolak pintu tersebut.

"Nak cakap dengan kaulah. Pasal hidup dan mati kau." kata Dylan.

"Apa?" Olive terkejut. Dia melepaskan tombol pintunya. Pintu biliknya terus terbuka luas. Dylan dengan selambanya masuk ke dalam bilik Olive lalu duduk dikatil.

"Maksud awak apa?" soal Olive. Dia menjadi takut. Perkara apa yang sampai melibatkan nyawanya. Adakah benar Dylan ingin membunuh Olive?

"Aku tahu apa yang jadi pada pipi kau. Alexa kan yang tampar kau?" kata Dylan. Olive mengangguk. Dia duduk disebelah Dylan.

"Aku nak ingatkan lepas ni tolong berhati-hati. Kalau boleh kau elakkan daripada berjumpa dengan Alexa. Dia bahaya dan sanggup buat apa sahaja." kata Dylan.

Dylan tahu peristiwa tadi hanyalah permulaan untuk Alexa. Tentu Alexa akan ganggu Olive lagi selepas ini. Mungkin gangguannya akan lebih teruk. Nyawa Olive mungkin menjadi taruhan. Jadi dia perlu ingatkan Olive agar berhati-hati.

"Dia nak bunuh saya?" soal Olive. Jangan-jangan Alexa telah berdendam pada Olive.

"Mungkin." kata Dylan.

"Apa? Habis tu macam mana?" Olive mula gelisah. Dia jadi tak senang duduk. Dirinya kini menjadi buruan black vampire. Hal itu sangat berbahaya.

"Buat masa sekarang kau tenang je. Buat macam biasa." kata Dylan.

"Senang je cakap. Kalau dia kacau saya lagi macam mana? Macam mana nak pergi sekolah?" soal Olive. Olive telah diganggu disekolah tentu Alexa akan dia ganggu lagi. Dia jadi agak takut untuk ke sekolah.

"Aku akan minta Cody sentiasa awasi kau disana." kata Dylan. Sebelum ini Cody hanya menghantar dan menjemput Olive. Tetapi kali ini Dylan akan meminta Cody menjaga Olive sepanjang masa.

"Olive.." panggil Dylan. Olive senyap. Fikirannya agak terganggu.

"Saya nak balik. Tolong hantar saya balik." kata Olive sambil menunduk kepala. Dia mahu pulang sahaja ke rumahnya. Sudah berminggu dia disini. Kalau dia pulang tentu lebih selamat. Dia pun rindu pada mummy dan daddy.

"Olive, kau tahukan perjanjian tu." kata Dylan.

"Perjanjian tu lebih penting daripada nyawa saya?" soal Olive sambil memandang Dylan. Airmatanya mengalir.

"Kau jangan risau aku akan lindungi kau. Itu janji aku." kata Dylan. Dia pegang tangan Olive.

"Saya takut." Olive menangis teresak.

"Olive, selagi aku ada tiada siapa pun yang boleh berani ganggu kau. Percayalah." kata Dylan. Dia cuba menyakinkan Olive.

"Tapi awak sendiri yang sakitkan saya." kata Olive. Dylan tersentak. Dia sedar diri. Selama ini dia selalu menyakiti Olive.

"Okay, aku minta maaf. Lepas ni aku jaga kau dengan baik. Kau selamat dengan aku." kata Dylan.

"Hm.." balas Olive. Fikirannya serabut.

"Olive kau rehatlah dulu. Lap airmata kau. Nanti jangan lupa turun untuk makan. Nancy dah siapkan makanan untuk kau. Kau makan ya." pesan Dylan.

"Hm.." kata Olive dengan perlahan dan tidak bermaya. Dylan pun keluar dari bilik Olive.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience