1

Vampire Series 59850

Olive sedang nyenyak tidur dibiliknya. Tiba-tiba sahaja dia terjaga dari lenanya. Dia juga terkejut apabila terdapat seorang lelaki yang berdiri ditepi katilnya. Siapa lelaki itu? Bagaimana lelaki itu boleh ada disini? Apa motifnya? Adakah dia hendak mencuri?

"Awak siapa? Kenapa awak ada kat sini?" soal Olive dengan panik. Dia terus duduk rapat ke dinding dan tarik selimut untuk menyelimuti badannya.

Lelaki itu tidak berkata apa-apa dan terus menghampiri Olive.

"Jangan." kata Olive dia cuba lindungi dirinya dengan lengan. Dia ketakutan. Dia juga panik. Serta merta dia menjerit.

"Mum.." Olive tidak sempat menjerit. Lelaki itu terus merapatkan dirinya kepada Olive. Dalam kegelapan malam wajah lelaki itu nampak samar-samar. Tetapi lelaki itu berbau wangi dan wangiannya menusuk masuk ke rongga hidung Olive. Olive menahan nafasnya.

"Shh.." lelaki itu meletakkan jari telunjuknya dibibir Olive dan dia tersenyum. Hanya senyum sahaja yang jelas kelihatan. Tubuh Olive seolah-olah kaku tidak boleh bergerak. Lelaki itu mengalihkan jarinya lalu tangannya mengangkat dagu Olive lantas lelaki itu mencium bibir Olive.

Ring... Jam loceng Olive berbunyi. Olive bangun dan mematikan loceng jam tersebut.

"Hwaa.." Olive menguap sambil membuat sedikit rengangan. Belakang badannya terasa sakit sedikit disebabkan posisi tidurnya yang salah.

"Hah?" tangannya diturunkan. Tiba-tiba dia teringat sesuatu lantas menyentuh bibirnya. Dia juga dengan segera membuka lampu bilik. Cahaya terang menerangi bilik Olive.

"Nasib baik. Mimpi rupanya." lega hati Olive apabila mendapati tiada siapa dibiliknya. Keadaan biliknya pun nampak seperti biasa. Dia pun bangun untuk mandi. Setelah itu dia turun bawah untuk bersarapan.

"Mummy, daddy. Good morning." Olive ceria seperti biasa menyapa orang tuanya yang sedang bersarapan dimeja makan.

"Morning sweetheart." balas Puan Daisy yang merupakan ibunya.

"Terima kasih mummy." ucap Olive apabila Puan Daisy menghulurkan sekeping roti bakar yang disapu jem strawberi. Dia ambil roti tersebut lalu menjamahnya.

"Mummy, daddy petang nanti Olive nak keluar boleh tak? Nak jumpa Cece." minta izin Olive. Sudah lama dia tidak berjumpa Cece.

Kehidupan Olive tidak seperti remaja yang lain. Kebanyakkan masanya hanya dirumah sahaja. Mummy dan daddy tidak membenarkan dia keluar rumah sesuka hati. Hanya waktu tertentu sahaja yang dibenarkan. Dia juga tidak ke sekolah seperti yang lain dan hanya 'home-school'.

Disebabkan itu, Olive tidak punya ramai kawan. Satu-satunya kawannya Gracie Hart iaitu Cece anak kepada guru yang mengajarnya. Cece juga kerap datang ke rumah Olive. Olive dibenarkan untuk keluar dengan Cece apabila tiba waktu cuti sahaja. Tetapi masih dalam pantauan dan kawalan mummy dan daddy. Olive tidak pernah keluar bersendirian.

Sejujurnya Olive sendiri tidak pasti mengapa mummy dan daddy tidak membenarkan dia keluar rumah dan bergaul dengan orang lain. Dia pernah bertanya tentang hal itu kepada mummy. Tetapi apa dijawab oleh mummy hanyalah 'diluar itu bahaya'. Itu sahaja. Olive anak yang baik jadi dia ikut sahaja kata orang tuanya. Dia sedikit pun tidak rasa terkongkong.

Olive sangat disayangi dan dimanjakan oleh orang tua. Disebabkan itu, Olive merasa bahagia kerana mummy dan daddy sentiasa bersamanya. Tiada kawan yang ramai pun tidak mengapa janji ada mummy dan daddy. Tiada apa yang lebih baik daripada itu. Olive bersyukur.

"Mummy.. Daddy.. Boleh tak?" soal Olive sekali lagi sambil memandang orang tuanya yang hanya terdiam sahaja sejak dari tadi.

"Tak boleh sayang." kata Puan Daisy dengan lembut.

"But why? Hari inikan hari cuti?" Olive sedikit rasa hampa. Kenapa tidak boleh pula?

"Olive lupa hari ni hari apa?" soal Encik Arthur, daddy Olive.

"Hah?" Olive memandang daddy. Setelah itu dia pandang kalender digital yang terletak diatas almari televisyen.

"7 Februari? Hari ni birthday Olive!" Olive teruja. Maknanya hari ini usianya genap 18 tahun. Olive tersenyum lebar. Tetapi senyumannya pudar apabila melihat wajah mummy dan daddy yang nampak tidak gembira.

Kebiasaannya mummy dan daddy adalah orang terawal yang memberi ucapan selain Cece tetapi hari ini tiada pula. Ada apa-apakah yang berlaku?

"Mummy.. Daddy.." panggil Olive kepada orang tuanya yang sedang termenung.

"Mummy, daddy okay?" soal Olive. Olive terasa pelik dengan kelakuan orang tuanya. Semasa Olive turun tadi pun dia perasan yang mereka juga senyap dan tidak berbual-bual seperti selalu.

"Hah?" Puan Daisy tersentak. Lamunannya terhenti.

"Kenapa mummy?" soal Olive.

"Takde apa. Makanlah." kata Puan Daisy sambil tersenyum. Olive mengangguk. Dia faham sangat itu tandanya mummy sememangnya tidak akan memberitahukan apa-apa kepadanya.

"Olive, malam nanti kita sambut birthday ye." kata Encik Arthur. Hari jadi Olive perlu disambut seperti selalu.

"Okay daddy.." balas Olive dengan perlahan. Dia pun menyambung makan sarapannya semula.

Share this novel

syifa
2020-12-09 20:16:06 

bestnye

Flowers Dead
2020-12-09 14:31:20 

nk tnya blh eh??

Flowers Dead
2020-12-09 14:31:10 

hii


NovelPlus Premium

The best ads free experience