70

Vampire Series 59842

"Aduh tak boleh nak duduk saja." kata Olive. Dia mundar-mandir didalam biliknya. Dia hatinya risau memikirkan kudanya. Tidak kisahlah sama ada Caylus atau Slyvia yang menculik Unicorn. Kedua-duanya sama sahaja. Sama-sama kejam dan tidak berhati perut. Olive tidak boleh biarkan begitu sahaja.

Olive hanya bersendirian dibilik kerana Dylan telah keluar berjumpa dengan Cody. Dia ingin ikut Dylan tetapi Dylan menghalang. Olive ingin tahu apa yang Dylan mahu rancang kerana Olive tahu itu tujuan Dylan berjumpa Cody. Hanya Cody sahaja yang tahu banyak perkara. Dylan berkongsi semua hal dengan Cody.

"Hmm.." Olive mengeluh. Kenapalah Dylan selalu sahaja tidak mahu melibatkan Olive dalam semua perkara. Dia rasa tersisih. Dia faham yang Dylan tidak mahu Olive terlibat dalam bahaya. Tetapi sekurang-kurangnya biarlah Olive tahu apa yang mereka rancangkan.

"Tuan muda." tegur Cody. Dia bergegas ke tempat pertemuan setelah mendapat panggilan daripada Dylan. Mereka bertemu dikawasan hutan berdekatan dengan rumah Dylan. Tetapi Dylan telah pastikan yang dia tidak diekori oleh sesiapa.

"Ada apa tuan muda?" soal Cody. Melihatkan kepada wajah Dylan yang sedang serius. Cody tahu tentu ada sesuatu yang telah berlaku. Mungkin juga kaitan dengan Olive.

"Cody, bad news. Kuda milik Olive hilang. Lepastu ada surat ugutan yang menyuruh Olive berjumpa di Hutan Hitam kalau nak dapatkan kuda itu semula." kata Dylan. Dylan tidak perlu menjelaskan kenapa Olive ada kuda kerana kuda tersebut Cody sendiri yang carikan. Cody diberi arahan daripada Dylan agar mencari seekor kuda untuk kegunaan Olive.

"Hah surat ugutan? Hutan Hitam?" Cody terkejut. Siapalah yang berani sangat bagi surat ugutan kepada Olive? Kenapalah perlu berjumpa di Hutan Hitam. Hutan itu sangat bahaya kepada sesiapa sahaja termasuklah vampire sendiri.

"Ya, saya syak Caylus punya angkara. Cuma tak sure sebab saya dapat tahu Slyvia pun berdendam dengan Olive. Awak tahu apa-apa tak tentang tu?" soal Dylan. Olive tidak memberi tahunya langsung tentang hal itu. Rancangannya dia ingin bertanya semasa mereka dikandang tadi tetapi hal lain pula yang terjadi.

"Cik Slyvia berdendam dengan Cik Olive?" Cody terkejut. Bukan selama ini mereka berdua berkawan baik? Bagaimana hal itu boleh berlaku? Apa puncanya?

"Hmm.." melihatkan kepada reaksi Cody. Dylan tahu yang Cody juga tidak mengetahui apa-apa tentang Slyvia.

"Macam tuan muda dapat tahu?" soal Cody.

"Caylus, dia ada cakap hari tu. Tapi tak details." jawab Dylan. Dia sedikit kecewa kerana mendengar dari mulut Caylus. Seharusnya dia harus dengar daripada mulut Olive sendiri. Olive langsung tidak memberitahu apa-apa kepadanya. Dylan agak sedih sebagai seorang suami.

"Tuan muda nak saya siasat ke hal ini?" Cody fikir hal ini bukan hal kecil. Kalau vampire telah menyimpan dendam itu penanda yang amat buruk. Mangsa dendam tentu tidak akan selamat. Nyawa Olive dalam bahaya.

"Ya, tapi kita kena settle kan hal ugutan ini dahulu. Pada pendapat awak apa yang kita perlu buat? Patut ke kita percaya kata vampire tu bulat-bulat." Dylan ingin tahu pendapat Cody tentang surat ugutan yang diberi.

"Kalau pendapat saya, kita tak boleh percaya bulat-bulat sebab tuan muda pun tahu vampire ni banyak muslihat. Mungkin sahaja itu hanya perangkap semata-mata. Mungkin ada sesuatu yang dia rancang dan kehilangan kuda Cik Olive hanya sahaja sekadar umpan." jelas Cody.

"Betul juga." Dylan mengangguk. Dia setuju dengan pendapat Cody. Mempercayai kata-kata vampire sama sahaja seperti mengantung diri sendiri. Begitulah betapa teruknya vampire yang suka berdendam dengan yang lain.

"Tapi tuan muda, itu hanya pendapat saya sahaja. Mungkin betul, mungkin juga tidak. Tetapi saya rasa tentu tuan muda lebih tahu." Cody fikir pendapatnya mungkin ada kesilapan. Namun dia percaya yang Dylan jauh lebih peka darinya. Dylan tentu ada firasat tertentu tentang hal ini.

"Olive nak sangat kuda tu selamat. Jadi saya fikir biarlah saya sendiri yang pergi ke hutan itu." Dylan buat keputusan. Dia rasa adalah lebih baik dia sendiri ke hutan itu. Lagipun dia tidak mahu melibatkan Olive lagi. Terlalu banyak hal yang sudah terjadi hingga nyawa Olive menjadi taruhan.

"Tapi tuan muda, hutan itu sangat bahaya. Apa-apa boleh terjadi pada tuan muda." Cody khuatir sekiranya berlaku sesuatu pada Dylan. Mereka sendiri tidak tahu akan bahaya yang ada dihutan itu. Sesiapa sahaja yang masuk belum tentu dapat keluar semula. Cody tidak meragui kemampuan dan kehebatan Dylan tetapi sehebat mana seseorang itu dia mungkin ada kelemahan dan boleh tewas sekiranya bersendirian.

"Saya tahu tapi itu sahaja pilihan yang kita ada. Face it or leave it." Dylan tahu bahaya yang menanti tetapi dia sudah bersedia untuk menghadapinya. Dia berserah sahaja kalau terjadi sesuatu. Tetapi sebelum itu biarlah dia berjuang dahulu.

"Oh.." Cody mengangguk. Dia percaya dan berharap yang Dylan berjaya. Doanya untuk Dylan.

"Tuan muda izinkan saya teman tuan muda." kata Cody. Dia bersedia berkhidmat untuk Dylan. Sememangnya itu tugasnya untuk menjaga dan melindungi red vampire.

"Hmm.. Baiklah esok kita ke Hutan Hitam bersama. Siapkan diri kamu." kata Dylan. Dia fikir mungkin perlukan bantuan Cody nanti.

"Saya sangat berbesar hati dapat bantu tuan muda." Cody gembira kerana Dylan tidak menolak perlawaannya untuk membantu.

"Terima kasih Cody." Dylan tepuk bahu Cody. Dia bersyukur ada penjaga seperti Cody. Cody seorang vampire yang baik dan sangat boleh diharap. Cody mengangguk.

"Jumpa esok." kata Dylan.

"Baik tuan muda." Cody sentiasa bersedia asalkan ada Dylan disisinya. Dia bertanggungjawab pada keselamatan dan apa sahaja yang berkaitan dengan Dylan.

"Lagi satu sebelum saya terlupa. Pastikan tiada seorang pun yang tahu tentang hal ini termasuklah Olive dan Tuan Thomas." kata Dylan. Mereka perlu merahsiakan hal ini tanpa ada sesiapa pun yang tahu. Bukannya Dylan mahu memandai cuma sesekali dia perlu bertindak sendiri. Dia ingin buktikan yang dirinya mampu melakukan apa sahaja tanpa bantuan lain.

"Baik." Cody faham dengan maksud Dylan. Setelah itu, Dylan pun berlalu pergi. Cody juga begitu dia terus pulang ke rumah. Dia perlu bersedia untuk esok. Persiapan mental dan fizikal perlu dilakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience