64

Vampire Series 59844

Dylan keluar rumah untuk berjumpa dengan Caylus. Ada perhitungan yang dia perlu selesaikan dengan Caylus. Dia tidak boleh bertangguh lagi. Kalau dibiarkan Caylus akan makin melampau.

"Caylus." panggil Dylan. Dia berjumpa Caylus dirumah Caylus sendiri. Dylan tahu Caylus ada disitu. Caylus sedang bersantai dihadapan rumahnya sambil minum petang.

"Dylan." Caylus senyum senget. Tidak sangka Dylan datang berjumpa dengannya. Jarang-jarang Dylan nak jejakkan kaki ke rumahnya. Ini lain tak bukan tentu ada sesuatu yang berlaku.

"Apa masalah kau?" soal Dylan dengan kasar. Sudah lama dia memendam rasa. Hari ini dia akan lepaskan semua.

"Masalah aku? Kau tahu masalah aku apa." Caylus ketawa jahat. Dia tahu mesti Dylan sudah tahu mengenai patung yang dia berikan pada Olive. Kalau tidak tak mungkin Dylan nak mengamuk macam ni. Caylus juga tidak perlu berpura-pura baik kerana tiada siapa pun disini. Hanya ada Caylus dan Dylan sahaja.

"Hal kita tiada kena mengena dengan Olive." kata Dylan. Dylan jadi marah apabila Caylus melibatkan Olive dalam hal ini. Olive tidak bersalah langsung. Kalau Caylus bencikan Dylan tidak perlulah melibatkan orang lain terutamanya Olive. Olive tidak tahu apa-apa.

"Tiada kena mengena kau kata?" Caylus terus berubah menjadi vampire yang sebenar dan terus menumbuk Dylan. Perubahan yang dapat dilihat adalah pada anak matanya dan giginya mula tumbuh taring. Caylus sudah lama ingin beradu kekuatan dengan Dylan. Dia juga ingin melepaskan dendam yang telah lama bersarang dihatinya.

Dylan juga berubah menjadi vampire yang sebenarnya. Mereka mula berlawan antara satu sama lain. Peperangan sengit terjadi antara mereka berdua.

"Kenapa kau nak kacau Olive?" tengking Dylan. Dia paling pantang kalau ada yang berani ganggu Olive.

"Olive adalah kelemahan kau macam perempuan yang lain yang telah aku bunuh." Caylus ketawa seperti vampire yang kurang siuman.

Sebenarnya Olive bukanlah pengantin manusia yang pertama untuk Dylan tetapi yang ketujuh. Pengantinnya yang sebelum ini telah dibunuh oleh Caylus sebelum sempat mereka berkahwin. Caylus telah memakan jantung pengantin Dylan untuk menjadi lebih berkuasa.

Hal inilah yang membuatkan Dylan sangat menjaga dan melindungi Olive. Dia tidak mahu perkara itu berulang lagi. Sebab ini jugalah Dylan sentiasa pesan pada Olive agar tidak terlampau rapat dengan Caylus.

"Kau tak guna." Dylan mencakar dada Caylus. Dylan sangat marah pada Caylus. Caylus jatuh terduduk tetapi dia ketawa.

"Kenapa kau berdendam dengan aku dan Olive?" soal Dylan.

"Kau tahu apa yang aku nak." Caylus bingkas bangkit dan ingin menumbuk Dylan. Tetapi Dylan berjaya mengelak. Caylus terjatuh sekali lagi.

"Kenapa kau nak sangat jadi ketua?" soal Dylan. Dia marah dan sedih apabila pengantinnya dibunuh Caylus. Mereka semua mati disebabkan ada kaitan dengan Dylan. Disebabkan hal ini juga dia agak dingin pada Olive pada kali pertama Olive datang ke kampung mereka. Dia takut peristiwa yang sama berulang.

"Sebab aku lagi layak. Aku lagi kuat daripada kau." kata Caylus.

Caylus akan sentiasa membunuh pengantin Dylan kerana Dylan akan menjadi ketua apabila dia beristeri dan Caylus tidak mahu perkara itu terjadi. Seharusnya dia yang layak menjadi ketua bukan Dylan. Dia juga daripada keturunan yang sama dengan Dylan iaitu red vampire. Tetapi kenapa Dylan yang diangkat bukan dia? Disebabkan hal itu dia berdendam dengan Dylan.

"Untuk jadi ketua bukan semata-matanya kena kuat." kata Dylan.

"Aku peduli apa? Aku ingin bunuh semua manusia." tengking Caylus.

Selain daripada ingin menjadi ketua, dia juga benci kepada manusia. Apabila dia menjadi ketua vampire dia akan menghapuskan semua manusia yang ada. Manusia telah membunuh ibu bapanya. Ibu bapanya terbunuh semasa kekacauan yang terjadi pada masa dahulu. Sama seperti yang berlaku kepada bapa Slyvia. Ketika itu bukan manusia sahaja yang terbunuh malah ada juga vampire yang terbunuh. Suatu perang besar telah terjadi ketika itu.

Caylus jadi bertambah marah apabila terdapat perjanjian yang membolehkan vampire berkahwin dengan manusia. Vampire tidak seharusnya berkahwin dengan manusia. Manusia hanyalah mangsa kepada vampire bukan pasangan hidup. Vampire dan manusia tidak setaraf.

Perkahwinan antara Dylan dan Olive adalah sebuah penghinaan kepada kematian ibu bapa Caylus. Disebabkan hal itu Caylus ingin membunuh Olive dan juga pengantin vampire yang lain. Caylus rasa bangga dapat membunuh kesemua pengantin Dylan dan kini tinggal giliran Olive, pengantin vampire yang terakhir. Selepas itu tiada lagi pengantin vampire yang wujud kerana keturunan Olive telah ditamatkan. Hal ini kerasa Olive waris yang terakhir dalam keturunannya. Olive tiada adik-beradik yang lain dan dia juga masih belum mempunyai anak.

"Bukan tugas kau untuk ambil nyawa manusia." jerkah Dylan. Walaupun vampire dan manusia tiada kaitan tetapi Dylan tetap tidak sokong perbuatan yang Caylus lakukan. Dendam tidak seharusnya dibalas dengan kematian. Biar tuhan sahaja yang membalasnya.

"Aku kesah apa? Yang penting dendam aku terbalas." kata Caylus dengan sinis. Tiada apa lagi yang lebih penting untuk Caylus melainkan nyawa manusia tewas ditangannya.

"Kau ni betul-betul tak guna." Dylan mahu menyerang Caylus sekali lagi. Dia amat geram kepada Dylan. Kalau dia terus biarkan perangai Caylus akan menjadi-jadi. Makin ramai nyawa manusia yang akan tergadai. Dylan tidak akan biarkan hal itu berlaku. Tidak mengapa kalau terkorban satu nyawa janji lebih ramai nyawa yang terselamat. Dylan ingin tamatkan riwayat Caylus pada hari ini.

"Jangan." Olive menghalang Dylan. Dia mendepakan tangannya bagi melindungi Caylus. Dylan dan Caylus terkejut dengan kehadiran Olive.

"Olive tepi." kata Dylan. Dia tidak mahu Olive menjadi penghalang.

"No." Olive berkeras. Dia tetap akan melindungi Caylus. Dylan tidak seharusnya membunuh Caylus.

"Olive nanti awak cedera. Pergi balik sekarang. Ini urusan antara saya dan Caylus tiada kaitan dengan awak. Jangan libatkan diri." kata Dylan. Dia tidak mahu Olive terlibat dalam hal ini. Dia tidak mahu Olive diapa-apakan oleh Caylus. Sekiranya itu berlaku, Dylan tidak dapat memaafkan dirinya untuk selamanya.

"Tidak! Semua ni ada kaitan dengan saya. Saya patut masuk campur." kata Olive. Dia tidak berganjak dari situ walau apa pun kata Dylan. Olive tidak peduli walau nyawanya dihujung tanduk sekali.

"Hah?" Caylus dan Dylan terkejut melihat keberanian yang ditunjukkan Olive.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience