78

Vampire Series 59850

"Kenapa tiba-tiba aku rasa rindu kat Dylan ni?" entah mengapa tiba-tiba Olive rasa rindu pada Dylan. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Dylan. Agaknya apalah khabar Dylan disana.

"Itu pun kalau Dylan tu wujud." kata hati Olive sambil memotong sayur. Dia sedang membantu mummy menyiapkan makanan tengahari. Sememangnya itulah rutin Olive dirumah pada setiap hari. Hanya dia dan mummy sahaja dirumah. Daddy Olive sedang bekerja memandangkan hari ini hari biasa bukan hari cuti.

"Macam manalah mimpi boleh memberi kesan mendalam sangat pada aku ni?" fikir Olive. Sehingga ke saat ini dia tidak pasti sama ada apa yang berlaku sebelum ini betul ataupun tidak. Dia bingung.

"Mummy, Olive nak tanya sikit boleh tak?" soal Olive kepada Puan Daisy yang sedang menyiapkan makanan tengahari.

"Boleh.. Tanyalah." jawab Puan Daisy.

"Apa pendapat mummy tentang mimpi?" soal Olive.

"Mimpi?" Puan Daisy memandang Olive.

"Ahuh, mimpi." Olive mengangguk.

"Mummy rasa mimpi tu mainan tidur je. Kadang-kadang tu mimpi juga disebabkan apabila kita terlampau banyak berfikir. Tapi ada juga mimpi sebagai petunjuk." jelas Puan Daisy.

"Maksud mummy?" soal Olive.

"Petunjuk kepada sesuatu yang bakal berlaku." Puan Daisy masukkan ayam didalam minyak yang panas.

"Oh.. Petunjuk tu boleh dikira sebagai petunjuk benda yang baik dan buruk kan?" soal Olive sambil mengupas bawang merah.

"Ya." Puan Daisy mengangguk.

"Oh.. Baru-baru ni pun Olive ada mimpi. Tapi mimpi tu macam pelik sikit." kata Olive. Dia ingin menceritakan kepada mummy tentang mimpinya.

"Olive mimpi apa?" soal Puan Daisy. Dia seperti dapat agak yang ingin Olive katakan tetapi dia layankan sahaja.

"Tak tahu macam mana nak cerita cuma mimpi tu panjang sangat." Olive tergelak. Dia rasa mimpi dia seperti tidak masuk akal.

"Cerita je, mummy dengar." Puan Daisy tersenyum.

"Okay cerita dia macam ni.." Olive pun menceritakan apa yang berlaku bermula pada malam hari jadi sehingga dia ada dirumah ini.

"Macam tulah cerita dia mummy. Hehe, mummy mesti pelik kan dengan mimpi tu sebab ada vampire. Olive pun macam tak percaya jugak. Naik penting kepala Olive bila fikir pasal tu." Olive tersenyum sambil menghiris bawang. Walaupun mummy tidak memberi respon dia tetap mahu bercerita.

"Paling kelakar bila Olive suka dekat vampire tu. Tak masuk akal betul." Olive tersenyum sambil geleng kepala. Memang dia sudah sukakan kepada Dylan. Sejak dari awal lagi. Olive juga rindu kepada Dylan tetapi dia keliru dengan diri sendiri. Bagaimana untuk dia rasa suka dan rindu kepada sesuatu yang tidak wujud?

"Tapi kan mummy, Olive rasa mimpi tu macam real. Rasa macam betul-betul dah jadi. Tapi apa-apa pun Olive bersyukurlah yang tu cuma mimpi. Tak sangguplah Olive nak berpisah lama-lama dengan mummy dan daddy. Olive rela berkurung dirumah ni. Tak payah keluar pun takpe asalkan ada mummy, daddy. Itu dah buat Olive bersyukur sangat dah." bagi Olive tiada yang lebih penting berbanding ibu bapanya.

Tiba-tiba sahaja Puan Daisy kedengaran teresak-esak. Dia mengelap airmatanya yang mengalir. Dia tidak dapat menahan sebak didada.

"Eh mummy kenapa ni?" Olive segera menghampiri Puan Daisy. Dia pelik apabila mummy tiba-tiba sahaja menangis. Sepatutnya Olive yang menangis sebab dia hiris bawang. Tetapi kenapa mummy pula yang menangis? Apa yang berlaku? Mummy terkena minyak panas? Atau mummy terharu dengan kata-kata Olive? Yang mana satu?

"Maafkan mummy Olive." luah Puan Daisy. Dia tidak sanggup lagi.

"Maaf untuk apa?" soal Olive. Dia tidak faham.

"Mummy cuba yang terbaik untuk Olive tetapi mummy gagal. Mummy pentingkan diri sendiri." kata Puan Daisy.

"Hah? Maksud mummy apa?" Olive mula tidak sedap hati.

"Apa yang Olive ceritakan bukan mimpi. Semua tu betul-betul berlaku." jelas Puan Daisy. Dia tidak sanggup menipu Olive. Dia sedih apabila Olive seolah-olah keliru dengan apa yang berlaku.

"Hah?" Olive terkejut. Jadi apa yang berlaku benar belaka? Olive tidak mimpi tetapi mummy yang yakinkan Olive mengatakan itu mimpi.

"Kenapa?" kenapa mummy tipu Olive?

"Sebab mummy tak nak Olive sedih lagi. Semua tu buat Olive menderita. Mummy dapat tahu yang macam-macan telah berlaku disana sebab tulah mummy nak padam memori Olive tentang hal itu. Mummy nak Olive yang dulu, yang hanya ada mummy, daddy dan semua yang ada disini sahaja. Mummy nak yang terbaik untuk Olive." jelas Puan Daisy.

"Oh.." Olive mengangguk.

"Maafkan mummy, Olive." pohon Puan Daisy. Dia menunduk dihadapan Olive.

"Mummy tak salah. Olive faham kenapa mummy buat macam tu." Olive peluk tubuh Puan Daisy. Dia tahu mummy sentiasa nak yang terbaik untuknya. Dia tidak marah pada mummy. Malah dia gembira kerana mummy berterus terang.

"Terima kasih Olive. Mummy sayang Olive sangat-sangat." Puan Daisy kucup dahi Olive.

"Olive pun sayang mummy jugak." kata Olive. Dia pandang wajah mummy sambil mengelap airmata mummy. Mummy tersenyum memandang Olive.

"Mummy, kalau Olive boleh tahu siapa yang hantar Olive ke sini?" pelukan dilepaskan. Dia ingin tahu siapa yang menghantar dia ke rumah.

"Dylan, dia sendiri yang hantar Olive. Dia juga yang ceritakan semua. Dia janji yang dia akan pastikan Olive akan kekal disini sampai bila-bila. Dia tidak akan bawa Olive ke sana lagi." kata Puan Daisy. Dia lega sangat apabila Dylan pulangkan Olive ke pangkuannya dengan selamat.

Dylan telah menyembuhkan parut dileher dan pipi Olive sebelum dia dibawa pulang. Memang Dylan menceritakan apa yang terjadi pada Olive tetapi tidak terlampau khusus. Hanya sebahagian sahaja. Hal ini bagi tidak merisaukan ibu bapa Olive kerana Dylan percaya yang Olive juga tidak mahu perkara itu terjadi.

"Oh.." Olive mengangguk sambil tersenyum. Dia pun sambung menghiris bawang.

"Dylan tak nak aku balik ke sana? Maksud Dylan apa? Dia nak pergi dari hidup aku macam tu je?" bisik hati Olive. Dia tidak faham dengan tindakan Dylan. Apa yang Dylan mahukan sebenarnya? Adakah dia lupa dengan perjanjian dahulu atau perjanjian itu tidak bermakna lagi untuk Dylan? Habis tu perkahwinan mereka macam mana? Biar macam itu sahaja? Apa yang Dylan fikirkan? Kenapa tidak berbincang langsung dengan Olive?

"Olive, dah siap hiris bawang? Mummy nak goreng sayur." kata Puan Daisy.

"Oh dah, ni mummy." Olive masukkan bawang ke piring kecil dan berikannya kepada Puan Daisy. Dia juga menghulurkan sayur yang dipotong.

"Thank you." ucap Puan Daisy. Dia gembira Olive membantunya didapur.

"Welcome." Olive tersenyum. Setelah itu dia membasuh papan pemotong dan pisau yang digunakan. Setelah itu dia meminta diri untuk duduk diruang tamu. Dia mahu berehat sebentar. Lebih tepat lagi dia ingin berfikir tentang apa yang dimaksudkan oleh Dylan. Dylan memang dah tak nak jumpa Olive lagi ke? Dia tidak sanggup untuk jaga dan lindungi Olive? Olive beban kepada Dylan? Kepala Olive rungsing memikirkan segala kemungkinan itu. Sehinggakan sedar tidak sedar dia sudah tertidur diatas sofa.

Puan Daisy menuju ke ruang tamu untuk memanggil Olive makan tengahari kerana dia sudah siap masak. Tetapi niatnya dibatalkan apabila melihat Olive yang tertidur. Dia biarkan Olive tidur untuk seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience