32

Vampire Series 59850

Hari ini Olive kembali ke sekolah semula. Perkara ini sangat dinanti oleh Slyvia.

"Olive!" jerit Slyvia apabila dia melihat Olive. Slyvia terus menghampiri Olive lantas memeluk tubuhnya. Dia gembira sangat.

"Slyvia." kata Olive sambil tersenyum.

"Syukurlah awak tak apa-apa. Saya risau tau masa awak hilang." kata Slyvia. Dia melepaskan pelukannya. Gelisah betul hati bila dapat tahu yang Olive hilang tanpa sebarang petunjuk.

"Maaf ye buat awak risau." kata Olive.

"It's okay." Slyvia tersenyum. Tiada apa yang perlu dimaafkan. Apa yang penting adalah Olive selamat.

"Lepas ni janji dengan saya." Slyvia hulurkan jari kelingkingnya.

"Janji apa?" Olive kebingungan.

"Janji yang awak takkan pergi mana-mana sorang-sorang lagi. Lepastu awak akan ajak saya teman awak supaya saya dapat jaga dan lindungi awak." kata Slyvia. Dia tidak mahu perkara ini berulang lagi.

"Baiklah saya janji." jari kelingking Olive dan Slyvia bertemu tanda ikatan janji sudah dipersetujui.

"Yeay." kata Slyvia. Dia gembira kerana dapat menjaga dan melindungi teman baiknya iaitu Olive.

Setelah itu, guru matapelajaran biologi dikelas Olive pun masuk. Olive dan rakan sekelas belajar dengan tekun memandangkan hari ini adalah hari terakhir untuk belajar sebelum ujian berlangsung.

"Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar. Ingat buat yang terbaik." pesan Miss Fiona sebelum keluar dari kelas.

"Baik miss." balas para pelajar.

"Olive, Slyvia, boleh kamu bantu saya?" soal Miss Fiona.

"Bantu apa miss?" soal Slyvia. Dia dan Olive menghampiri Miss Fiona.

"Bantu saya angkat buku saya ni letak kat bilik guru." kata Miss Fiona. Dia tunjukkan beberapa buah buku yang ada diatas meja. Semua buku tersebut digunakan semasa mereka belajar tadi.

"Boleh miss." kata Slyvia. Olive mengangguk.

"Terima kasih ya." ucap Miss Fiona.

"Okay miss." Slyvia pun mengangkat buku tersebut.

"Jom Olive." ajak Slyvia. Mereka pun berjalan beriringan ke bilik guru.

Usai meletakkan buku dibilik guru, Slyvia dan Olive pun kembali ke kelas. Tetapi sebelum itu Slyvia mengajak Olive ke tandas. Mereka pergi ke tandas diaras bawah kerana tandas aras dua rosak. Untuk ke sana mereka perlu melalui tepi gelanggang tennis terlebih dahulu. Olive lihat ada beberapa orang pelajar bermain tennis.

"Hati-hati." tiba-tiba ada seseorang bersuara. Slyvia berpaling ke arah suara itu.

"Olive." jerit Slyvia.

"Hah?" Olive berpaling.

"Auch." bola tennis kena tepat didahi Olive. Kepalanya rasa berpinar sedikit.

"Aduh." Olive gosok dahinya sambil mencangkung.

"Olive, awak okay?" Slyvia periksa keadaan Olive. Dia turut mencangkung.

"Okay kot." balas Olive. Dia pandang Slyvia.

"Eh! Dahi awak benjol Olive." kata Slyvia.

"Ish, siapalah yang tak reti main tennis ni? Kat dahi orang jugak dia nak attack." Slyvia bangun. Dia rasa marah.

"Awak okay ke?" soal Caylus.

"Caylus! Oh, jadi awaklah yang tak reti main tennis tu. Tengoklah apa dah jadi kat dahi Olive." marah Slyvia.

"Eh korang?" soal Caylus.

"Sorry, saya tak sengaja." kata Caylus. Dia tidak sengaja terpukul bola tennis tu ke arah mereka. Dia tidak tahu pula mereka lalu disitu.

"Olive awak okay tak?" soal Caylus. Dia menghampiri Olive.

"Takpe saya okay." balas Olive sambil tersenyum.

"Sorry ya." ucap Caylus. Dia rasa bersalah.

"Okay je." balas Olive. Dia terus tarik tangan Slyvia. Mereka ke tandas dan kembali ke kelas semula.

"Okay ke dahi awak tu?" soal Slyvia. Risau juga dia lihat benjol didahi Olive. Tentu sakit.

"Okay je." Olive letak minyak angin dikepalanya. Slyvia yang bagi minyak tu.

Mereka pun sambung belajar semula. Sir Fredrick memberi nota kepada pelajar untuk mengulangkaji. Setelah beberapa jam belajar, akhirnya loceng sekolah pun berbunyi. Mereka pun dibenarkan pulang ke rumah.

"Alamak." kata Olive sebaik sahaja nampak Dylan. Tidak sangka pula hari ini Dylan yang datang menjemput. Dia pun cepat-cepat tutup dahinya dengan bang atau rambut depannya.

"Kenapa dengan dahi kau?" soal Dylan. Dia pelik apabila melihat Olive seolah-olah cuba untuk tutup dahinya. Olive-olive kali ni apalah pula yang jadi, fikir Dylan.

"Mana ada apa." Olive memegang dahinya. Dylan alihkan tangan Olive. Dia selak rambut depan Olive.

"Kenapa pulak dengan dahi kau ni?" soal Dylan.

"Err.." Olive tergagap. Kalau dia kata Caylus yang buat tentu Dylan akan marah.

"Bagitahulah cepat." kata Dylan.

"Tadi saya lalu dekat dengan gelanggang tennis. Tahu-tahu je bola tennis melayang ke arah saya. Terus mendarat kat dahi ni. Nasib baik tak kena mata." cerita Olive.

"Kesian." balas Dylan.

"Kesian-kesian. Sakit tau." Olive gosok perlahan dahinya.

"Meh sini aku ubatkan." kata Dylan.

"Takpe-takpe. Saya dah letak ubat tadi. Nanti sembuhlah." kata Olive. Dia harus waspada kerana jangan-jangan Dylan nak buat macam hari tu. Olive tidak mahu ciuman mujarab Dylan. Sudahlah mereka ada diluar ni. Di sekolah lagi tu. Malulah.

"Belagaknya." kata Dylan. Geram pula bila Olive menolak mentah-mentah pelawaannya.

"Bukan belagak tapi tak bergantung harap. Kalau awak asyik sembuhkan saya nanti saya jadi manja dan lembik. Sakit sikit je awak terus sembuhkan. Macam mana nak jadi tough kalau macam tu." kata Olive.

"Yelah. Lain kali hati-hati." pesan Dylan. Ada betulnya juga kata Olive tu. Tetapi risau juga dia pada Olive.

"Okay." balas Olive. Dia mengangguk.

"Tapi siapa yang buat bola tennis tu melayang kena kau?" soal Dylan. Siapalah yang berani sangat nak cederakan Olive.

"Err.. Entahlah tak kenal." tipu Olive. Dia tidak mahu beritahu Dylan hal yang sebenar.

"Hmm.." balas Dylan.

"Dah la jom balik. Saya lapar ni." ajak Olive. Mereka pun jalan pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience