23

Vampire Series 59844

"Olive jap." Alexa cuba menahan Olive. Dia pegang tangan Olive.

"Tolong jangan apa-apakan saya." rayu Olive. Dia ketakutan. Dia takut diapa-apakan oleh Alexa.

"Ough, ough.. Lepaskan tangan saya." kata Olive. Apabila dia cemas hatinya berdebar dan dia mula batuk-batuk.

"Olive kenapa ni?" soal Alexa. Dia nampak risau dengan keadaan Olive.

"Tolong lepaskan tangan saya." kata Olive.

"Okay-okay Olive relax, i tak kan cederakan you. I janji. Just dengar dulu apa yang i nak cakap. Please?" kata Alexa dengan nada yang biasa. Dia lepaskan tangan Olive. Olive terdiam.

"Olive.. pipi you dah okay?" soal Alexa dengan prihatin.

Olive rasa sedikit curiga tetapi dia mengangguk. Dia pelik tiba-tiba sahaja Alexa mengambil berat padanya.

"Syukurlah." kata Alexa sambil tersenyum. Hatinya rasa lega.

"Tu je kan? Saya keluar dulu." kata Olive. Dia ingin segera keluar dari tandas.

"Jap Olive, dengar dulu i ada benda nak cakap ni. Sebenarnya.. i nak minta maaf." kata Alexa. Wajahnya bertukar sedikit. Dia seolah-olah rasa amat bersalah.

"Hah?" Olive agak terkejut dengan permohonan maaf daripada Alexa. Alexa minta maaf pada Olive? Setahunya Alexa berdendam dan bencikan Olive. Kenapa tiba-tiba Alexa berubah pula ni?

"I tahu you mesti terkejut kan bila i minta maaf." Alexa melepaskan nafas yang berat.

"Tapi percayalah i betul-betul nak minta maaf dengan you." kata Alexa dengan rasa rendah diri.

"I tahu lepas apa yang i buat pada you tempoh hari, you jadi takut dengan i. I tak patut buat macam tu. Jahatnya i pada you." kata Alexa.

"I menyesal sebab tampar you." kata Alexa. Dia rasa bersalah. Tindakannya agak keterlaluan.

"I harap you maafkan i." kata Alexa. Olive masih terdiam.

"Sebenarnya i dah fikir masak-masak yang i patut move on pasal perasaan i pada Dylan. I ambil keputusan untuk lupakan dia. Jadi you jangan risau okay? I tak nak berdendam dengan you lagi." luah Alexa.

"Hah?" Olive terkejut. Betulkah apa yang dikatakan oleh Alexa. Adakah Olive tersalah dengar?

"Betul i akan move on. I tak nak berharap lagi pada Dylan." kata Alexa dengan bersungguh. Dia seperti maksudkan apa yang dia kata.

"Bukan awak suka pada Dylan?" soal Olive. Alexa akan move on pada Dylan? Bagaimana? Bukan Dylan tu cinta mati Alexa? Cepatnya perasaan Alexa berubah.

"Ye, i suka dan cinta sangat pada Dylan. I sendiri tak tahu apa yang i boleh buat tanpa Dylan. I sayang dia." mengaku Alexa. Alexa sangat sayang pada Dylan. Dylan adalah cinta pertamanya.

"Tapi i sedar yang sampai bila-bila pun i takkan dapat bersama dengan Dylan. Takkan i nak siakan hidup i dengan menunggu Dylan? Sebab tulah i ambil keputusan move on. I tak nak buang masa menunggu someone yang jelas bukan jodoh i." jelas Alexa.

"Tapi." Olive bagaikan tidak percaya.

"Sebenarnya Olive.. I baru sedar yang selama ni ada seseorang yang selalu setia dengan i. Dia sentiasa comfort kan i bila marah dan sedih. Dia juga selalu tolong i. Dia confess perasaan dia pada i hari tu dan I rasa mungkin i patut bagi peluang pada dia. I akan cuba untuk bukakan hati i untuk dia." kata Alexa sambil tersenyum.

"Betul ke?" soal Olive.

"Betul, cuba you tengok ni." Alexa tunjuk cincin dijarinya. Cincin emas putih bertatah berlian berwarna merah.

"Cincin ni dia yang bagi sebagai bukti yang kami dah couple." Alexa membelek cincin itu dan tersenyum.

"Hah? Couple?" soal Olive. Biar betul Alexa ni?

"Ya, kami dah couple sebab itulah saya ambil keputusan untuk move on." kata Alexa.

"Mulai sekarang hati i bukan milik Dylan lagi. Olive.. You jagakan Dylan untuk i ya." kata Alexa sambil memegang tangan Olive.

"Err.." Olive mengangguk.

"I minta maaf sangat pada you. Lepas ni i janji takkan ganggu you lagi." kata Alexa.

"Err.. Okay.. Harapnya awak bahagia ya dengan kekasih awak." balas Olive. Dia percaya dengan apa yang dikatakan oleh Alexa. Bukti yang Alexa tunjukkan menyakinkan Olive.

"Terima kasih." ucap Alexa.

"Sama-sama." Olive pun ingin keluar dari tandas. Tetapi tiba-tiba sahaja dia seperti hendak pitam.

"Olive, you tak apa-apa?" dengan pantas Alexa menghampiri Olive. Dia pegang Olive.

"Saya okay." balas Olive sambil memegang kepalanya. Kepalanya rasa pening sedikit tadi.

"Betul ke? You nampak macam tak sihat je ni." kata Alexa. Wajah Olive nampak agak pucat. Alexa agak risau melihat keadaan Olive.

"Ya, saya okay. Mungkin saya penat sikit." balas Olive. Dia rasa tidak sedap badan, kepalanya juga rasa sakit. Mungkin dia terlampau banyak berfikir.

"Oh.. Kalau macam tu you pergilah balik cepat. Lepastu rehat kat rumah. Jangan lupa makan ubat." kata Alexa.

"Ya, terima kasih." ucap Olive.

"Sama-sama." Alexa pun masuk ke dalam tandas.

Olive pun berjalan keluar dari tandas. Tetapi tiba-tiba rasa sakit kepalanya menyerang semula.

"Aduh." Olive memegang kepalanya. Kali ini kepalanya rasa amat sakit sekali. Dia gagahkan diri untuk berjalan dengan menyentuh dinding.

"Argh." Olive tidak dapat lagi menahan sakit kepalanya. Rasa sakit itu berdenyut dikepalanya. Dia terjatuh dan tersandar pada dinding.

"Kenapa sakit sangat ni?" kata Olive. Dia tidak pernah rasa sakit kepala seperti ini. Rasa sakit itu menyebabkan pandangan matanya menjadi kabur. Makin lama makin kabur dan akhirnya Olive pengsan sendirian.

Caylus berjalan menghampiri Slyvia yang sedang leka mendengar lagu. Dia mendapat suatu idea. Dengan perlahan-lahan dia mendekati Slyvia.

"Bah!" Caylus kejutkan Slyvia. Slyvia terkejut beruk.

"Caylus!" marah Slyvia sambil menyimpan alat pemain kaset miliknya.

"Haha sorry-sorry gurau. Eh jap-jap" kata Caylus. Dia cuba untuk mengambil kaset Slyvia.

"Tak boleh." kata Slyvia.

"Tengoklah." kata Caylus.

"Tak boleh. Ni saya punya." Slyvia simpan alat itu didalam beg.

"Old fashionnya awak ni Slyvia." kata Caylus.

"Biarlah sibuk je." kata Slyvia. Dia suka dengan kaset miliknya. Kaset itu menyimpan kenangan yang amat bermakna. Kenangan yang paling indah dalam hidupnya.

"Patutlah buat lawak tahun 90 an tadi." perli Caylus. Slyvia menampar bahu Caylus.

"Aduh sakitlah." kata Caylus.

"Tu makannya." balas Slyvia.

"Tak relax betullah awak ni. Cuba jadi macam Olive baik je. Eh? Olive mana?" baru Caylus sedar yang Olive tiada sejak dari tadi.

"Eh, yelah. Tadi dia kata nak pergi tandas." kata Slyvia.

"Macam lama sangat je kat tandas tu." kata Caylus. Dia rasa dia lepak agak lama masa minum kopi tadi. Tapi Olive lagi lama ditandas.

"Biar saya tengok jap." kata Slyvia. Dia pun berlari ke tandas. Setiap pintu kubikel dibuka dan tiada siapa pun didalam.

"Takde?" kata Slyvia. Dia keluar dari tandas.

"Ada?" soal Caylus.

"Takde." kata Slyvia.

"Eh dia pergi mana?" soal Caylus.

"Err.. Cody." kata Slyvia. Mereka pun kembali ke perpustakaan semula untuk mencari Cody.

"Tu Cody." tunjuk Caylus ke arah Cody. Mereka pun menghampiri Cody.

"Cody." panggil Slyvia.

"Ya, Cik Slyvia. Ada apa?" soal Cody. Dia memandang Slyvia dan Caylus yang nampak agak panik.

"Err.. Awak ada jumpa Olive tak tadi?" soal Slyvia.

"Ada tadi Cik Olive kata dia nak ke tandas. Kenapa?" soal Cody.

"Jadi awak tak jumpa dia lepastu?" soal Slyvia. Dia jadi sedikit cemas. Maknanya tiada siapa yang jumpa Olive selepas dia ke tandas.

"Maknanya Cik Olive tak balik lagi dari tandas?" soal Cody. Slyvia mengangguk.

"Tadi saya cari Olive ditandas tapi dia tiada." kata Slyvia.

"Apa?" Cody terkejut. Dengan pantas dia mencari Olive dimerata tempat. Begitu juga dengan Slyvia dan Caylus. Mereka mencari Olive diseluruh kawasan sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience