36

Vampire Series 59844

"Olive." sapa Dylan.

Dylan yang jemput Olive pada hari ini. Memandangkan hari perkahwinan akan tiba tidak lama lagi, Dylan perlu selalu ada dekat dengan Olive. Dia juga perlu lebih menjaga Olive. Hal ini kerana sebarang perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Dia tidak mahu perkara sebelum ini berulang.

"Dylan?" balas Olive. Dia ingatkan Cody yang akan menjemputnya. Dylan rupanya yang jemput.

"Jom?" ajak Dylan. Dia tidak mahu pulang dahulu. Dia seperti ingin membawa Olive ke suatu tempat.

"Jom, pergi mana?" Olive kebingungan. Dylan hendak bawa Olive ke mana pula ni? Tidak mahu terus pulang ke rumah ke? Olive nak rehat dekat rumah untuk ganti tidurnya yang kurang semalam.

"Ikut jelah." Dylan terus tarik tangan Olive. Mereka berlari masuk ke dalam hutan.

"Nak pergi mana ni?" soal Olive. Dia berlari-lari anak mengikut Dylan. Dia tertanya-tanya ke mana Dylan ingin tuju. Ada apa dekat hutan yang macam ni?

"Adalah." balas Dylan sambil tersenyum. Dia tidak mahu beritahu Olive. Dia ingin buat kejutan untuk Olive.

"Nak pergi mana?" bisik hati Olive. Dia sedikit curiga melihat Dylan yang nampak agak ceria. Hatinya rasa agak berdebar. Harap-harap bukan perkara yang pelik-pelik. Olive takut.

"Dah sampai." Dylan dengan teruja. Dylan tunjukkan Olive apa yang ada dihadapannya. Ada sebuah pagar yang besar. Mungkin ada sesuatu disebalik pagar tersebut.

"Hah? Tempat apa ni?" soal Olive. Nak buat apa dekat sini?

Olive tidak sangka pula didalam hutan ada tempat macam ni. Tetapi pada masa yang sama dia jadi agak takut kerana kawasan sekeliling nampak sedikit seram. Pagar besar tersebut juga nampak buruk dan berlumut. Apa yang Dylan mahu lakukan disini?

"Nanti kau tahulah." Dylan membuka pagar tersebut. Pagar dibuka dan Dylan tarik tangan Olive masuk.

"Tada." kata Dylan.

Mereka berada dikawasan taman didalam hutan. Taman itu dikelilingi pagar yang tinggi. Keadaannya sangat berbeza berbanding kawasan yang diluar. Ditaman itu adalah pelbagai jenis flora yang berwarna-warni. Rama-rama juga terbang ke sana sini. Bunyi burung kecil yang berkicauan. Semuanya nampak indah sekali. Terasa bagaikan disyurga. Udaranya sangat nyaman dan mendamaikan.

"Wah.. Cantiknya.." Olive terpegun. Dia bagaikan tidak percaya ada taman yang secantik ini didalam hutan.

"Yup." balas Dylan.

"Apa nama taman ni?" soal Olive. Dia tidak pernah melihat taman yang sebegini. Dia sukakan suasana taman ini.

"Taman Dyllive." jawab Dylan.

"Eh? Macam pelik je nama taman ni." kata Olive. Walaupun namanya pelik tetapi taman ini sangat cantik.

"Tak peliklah just gabungan Dylan dan Olive." balas Dylan.

"Hah?" Olive terkejut. Kenapa nama taman ni gabungan daripada nama mereka pula? Taman ini taman siapa yang punya?

"Sebenarnya taman ni aku yang buat. Pokok-pokok kat sini semuanya aku yang tanam. Jadi taman ni milik aku. Dah lama aku buat taman ni. Aku buatkan khas untuk bakal isteri dan anak-anak aku nanti." jelas Dylan. Dari dulu dia teringin lihat keluarga barunya ada disini. Itu impiannya.

"Jadi?" soal Olive.

"Jadi taman ni milik kau juga. Taman ni hadiah aku untuk kau." balas Dylan sambil tersenyum manis.

"Omg Dylan.." Olive hampir sahaja hanyut dalam keromantikan Dylan. Baiknya Dylan ni hadiahkan taman yang cantik untuk Olive. Olive tidak pernah dapat hadiah yang macam ni.

"Aku tahu kau mesti bosan duduk rumah je. Kau pun dah tamat sekolah. Lepas ni bolehlah kau datang sini. Kau selamat disini." kata Dylan. Dia telah jadikan taman ini sebagai taman larangan untuk vampire lain. Vampire lain tidak dapat masuk ke sini kerana ia telah dibacakan mentera. Hanya Olive dan Dylan sahaja yang boleh masuk.

"Wah, betul ke? Terima kasih." Olive terharu. Dia gembira sangat.

"Ya." Dylan mengangguk.

"Lepas ni saya boleh datang sini, bila-bila masa je?" soal Olive. Dia tidak sabar untuk datang ke taman ini pada setiap hari.

"Yup." jawab Dylan.

"Yeah." Olive gembira. Dia pun bersiar-siar sekitar taman itu. Dia ingin mencuci mata ditaman itu.

"Wanginya." Olive mencium bau sekuntum bunga yang berwarna kuning.

"Cantik." Dia petik bunga itu.

"Nah." dia beri bunga tersebut pada Dylan. Dylan ambil bunga itu dan kemudian Olive berjalan ke arah kolam ikan. Dylan ikut Olive dari belakang.

"Ada ikan!" kata Olive. Di dalam kolam itu terdapat ikan koi dan terdapat juga dua ekor kura-kura.

"Lepas ni kau kena bagi dorang makan." kata Dylan.

"Saya?" soal Olive.

"Yup, taman ni hanya kita sahaja yang boleh masuk. Jadi kaulah yang kena beri makan pada ikan dan kura-kura disitu." kata Dylan. Dia mungkin akan agak sibuk dengan kerjanya. Jadi Olive lah yang perlu bertanggungjawab ke atas taman ini. Mungkin sesakali Dylan akan tinggal Olive sekejap. Tetapi tidak mengapa kerana taman ini selamat.

"Oh.. Okay-okay." Dia okay sahaja kerana dia bosan selama ini asyik dirumah sahaja. Sekurang-kurangnya dia boleh sibukkan diri ditaman ini. Datang hari-hari pun tidak mengapa.

"Dylan.." panggil Olive sambil bermain dengan air.

"Apa?" soal Dylan.

"Kalau saya nak ajak Slyvia datang sini boleh tak?" soal Olive. Tentu seronok kalau ajak Slyvia ke sini. Bolehlah mereka berborak disini. Tentu best.

"Tak boleh." kata Dylan. Taman ini hanya dikhususkan untuk Olive bukan vampire lain.

"Ala.. Bosanlah kalau sorang-sorang je kat taman yang luas dan cantik ni." Olive memuncungkan mulutnya. Rugilah kalau tak ajak Slyvia.

"Aku kan ada." kata Dylan. Dia akan sentiasa menemani Olive disini.

"Lain." kata Olive.

"Apa yang lainnya?" soal Dylan. Ada beza ke antara Dylan dan Slyvia? Dua-dua pun vampire juga.

"Slyvia kawan baik saya. Apa-apa yang baik kenalah kongsi bersama." kata Olive.

"Habis tu aku ni?" soal Dylan.

"Awak.. Err.." Olive tidak tahu untuk membalas.

"Haih.. Dah lah jom balik." ajak Dylan.

"Hah? Nak balik dah?" Olive baru nak duduk lama sikit disini.

"Yelah, dah petang ni nanti mum risau pulak." kata Dylan. Dia pun tidak beritahu kepada mum yang ke sini.

"Oh.. Okay." mereka pun pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience