49

Vampire Series 59850

"Haish, nak masuk balik ke ni?" soal hati Olive dihadapan pintu bilik Dylan. Dia berdiri sahaja diluar itu. Dia tidak tahu hendak berbuat apa.

"Kalau aku masuk selamat ke? Tapi kalau aku tidur dibilik sendiri apa pula kata mum dan dad nanti? Nanti nak cakap apa bila dorang tanya?" fikir Olive. Ikutkan hati dia ingin sahaja tidur dibiliknya sendiri tetapi nanti mesti semua pelik dan bertanya.

"Macam mana ni?" bisik Olive. Dia takut kalau tidur dibilik Dylan nanti Dylan mengapa-apakan dirinya. Dia tidak mahir dalam seni mempertahankan diri jadi susahlah kalau jadi apa-apa.

"Olive tak tidur lagi?" soal Puan Rhea secara tiba-tiba kebetulan dia baru naik atas dan hendak masuk tidur.

"Hah? Err.. Olive.. Nak turun bawah sekejap nak minum air. Dahaga." tipu Olive. Harapnya Puan Rhea percayalah.

"Oh.. Pergilah minum air nanti kering tekak tu. Mum pun nak masuk tidur dah lewat ni." kata Puan Rhea.

"Okay mum, selamat malam." ucap Olive.

"Ya selamat malam." Puan Rhea pun masuk ke biliknya.

Olive pula turun ke bawah untuk minum air walaupun yang sebenarnya dia tidak dahaga sangat pun. Lambat-lambat Olive ambil cawan kemudian isikannya dengan air dan minum. Apabila habis meneguk air Olive pun membasuh cawan dan letakkan dirak. Setelah itu, barulah dia semula naik ke atas.

"Hmm.. Masuk jelah." kata Olive selepas berfikir beberapa kali sambil melangkah naik tangga. Dia rasa mungkin Dylan sudah tidur. Lama juga Olive didapur tadi.

Olive berjalan menuju ke arah pintu. Dia sedikit berdebar tetapi dia membuka jua tombol pintu bilik dengan perlahan-lahan. Olive menjenguk kepalanya ke dalam bilik. Dia ingin lihat sama ada Dylan sudah tidur atau belum.

"Dah tidur ke?" bisik Olive dari jauh dia memandang Dylan yang terbaring diatas katil. Dylan nampak senyap sahaja. Lampu bilik tidur pun sudah terpadam. Dada Dylan naik turun seperti menandakan yang dia sedang tidur.

"Dah tidur." kata Olive dengan yakin. Dia pun masuk ke dalam bilik dan perlahan-lahan menutup pintu. Olive berjalan ke arah sofa iaitu tempat yang dia pilih untuk tidur pada malam ini dan mungkin juga pada malam-malam yang seterusnya. Olive tidak kisah tentang itu.

Olive ambil bantal kecil disofa itu untuk dijadikan lapik kepala. Kalau tidak lapik nanti sakit kepala pula. Tidak selesa kalau nak tidur macam tu.

"Bolehlah ni." kata Olive sambil menepuk perlahan bantal itu. Dia pun baing disofa itu tetapi dia bangun semula.

"Sejuklah pulak." kata Olive. Tubuhnya rasa dingin. Dia pun ke almari untuk mengambil selimut dan setelah itu dia pun tidur.

Keesokan harinya, Dylan pun bangun dari tidurnya. Dia mengeliat sedikit. Kemudian dia lihat Olive yang sedang tidur diatas sofa. Dylan tersenyum.

Dylan bangun dan menghampiri Olive. Tiba-tiba sahaja Olive terbatuk. Dylan batalkan niatnya untuk menghampiri Olive. Dia ambil tuala dan masuk ke dalam bilik mandi. Usai mandi dia keluar untuk memakai baju.

Sekali lagi dia melihat Olive yang sedang nyenyak tidur. Dylan mendapat suatu idea lalu menghampiri Olive.

"Yah." Dylan mengosok-gosok rambutnya yang basah dihadapan Olive. Air dari rambut Dylan terpercik kena muka Olive. Olive terus bangun dari tidurnya. Dia lap mukanya.

"Apa ni?" kata Olive yang terkejut. Tiba-tiba sahaja ada air terpercik dimukanya. Rumah ni bocor ke? Air hujan boleh masuk?

"Hahaha." Dylan ketawa melihat Olive.

"Dylan, apa awak buat ni?" soal Olive. Dia pandang Dylan yang hanya bertuala. Cepat-cepat Olive alihkan pandangannya.

"Bangunlah pergi mandi. Nanti turun sarapan." kata Dylan sambil mencari bajunya didalam almari.

Olive langsung tidak bergerak. Dia duduk sahaja disitu. Dia masih mamai lagi. Dia rasa mengantuk kerana semalam tidurnya tidak lena. Beberapa kali dia terjaga dan memerhati Dylan yang sedang tidur.

"Kau nak tolong pakaikan baju untuk aku ke?" Dylan mengangkat keningnya. Dia angkat bajunya yang berpenyangkut.

"Hah? Tak nak." dengan cemas Olive ambil tuala dan bajunya. Dia terus masuk ke dalam bilik mandi. Selepas membersihkan diri Olive pakai bajunya didalam bilik mandi. Setelah siap dia pun perlahan-lahan membuka pintu. Dia lihat kalau-kalau Dylan masih ada.

"Line clear." Olive tidak nampak pun kelibat Dylan dibilik itu. Dia pun keluar dengan senang hati. Tuala disidai dan Olive pun menyisirkan rambutnya.

"Dah siap ke?" soal Dylan.

"Eh? Bila masa awak masuk?" Olive terkejut. Dia tak dengar bunyi pintu pun tadi.

"Bila masa aku keluar?" soal Dylan. Dari tadi dia ada sahaja didalam bilik ini. Olive je yang tak perasan.

"Eh? Awak ada kat mana tadi?" soal Olive. Dia dah lihat tadi dan dia percaya yang Dylan tiada didalam bilik.

"Kat situ." Dylan tunjuk ke suatu sudut yang agak tersorok.

"Awak buat apa kat situ?" Olive pelik. Macam manalah dia boleh tidak perasan Dylan ada disitu. Padahal dekat sahaja dengan bilik mandi.

"Sangkut towel." kata Dylan. Olive lihat ke arah sudut itu. Di situ terdapat sebuah almari. Olive fikir mungkin tadi Dylan buka pintu almari dan dia terlindung dibalik pintu itu. Disebabkan perkara itulah Olive tidak nampak Dylan.

"Dah jom turun sarapan." Dylan tarik tangan Olive. Mereka berpimpin tangan berjalan turun tangga.

"Kena ke pegang tangan?" soal Olive. Dia berasa kurang selesa. Kenapa nak kena pegang-pegang tangan pula?

"Kenalah." Dylan memegang erat tangan Olive. Mereka duduk dimeja makan.

"Selamat pagi tuan muda dan cik Olive." ucap Nancy yang sedang menghidangkan makanan.

"Selamat pagi Nancy." balas Dylan. Olive hanya tersenyum.

"Tuan dengan puan mana?" soal Dylan. Dia tidak nampak pula kedua-dua orang tuanya itu. Tadi tu dia pegang tangan Olive sebab dia ingat ada ibu bapanya. Dia nak tunjukkan yang mereka ni pasangan pengantin yang bahagia. Tetapi awal pula mereka keluar rumah.

"Tuan dan puan ke sekolah Cik Stella. Hari ni ada perjumpaan ibu bapa." kata Nancy. Hari ini adalah hari terbuka untuk pelajar junior seperti Stella. Ibu bapa dijemput ke sekolah untuk melihat prestasi anak masing-masing.

"Ohh." Dylan mengangguk. Sarapannya pun dijamah. Begitu juga dengan Olive. Dia senyap sahaja menjamah makanannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience