33

Vampire Series 59842

Beberapa hari pun berlalu dan kini tiba masanya hari ujian. Hari yang ditunggu-tunggukan pelajar senior. Masing-masing berdebar menunggu hari ini tiba.

"Morning Olive." tegur Slyvia apabila berjumpa dengan Olive diluar sekolah.

"Morning." balas Olive. Mereka pun berjalan beriringan masuk ke dalam sekolah.

"Good luck Olive." ucap Slyvia apabila kaki mereka melangkah masuk ke dalam kelas. Dia rasa teruja dan berdebar.

"Good luck untuk awak juga." balas Olive. Dia pun berdebar juga. Ini kali pertama dia merasai pengalaman menjawab ujian disekolah. Suasananya agak berbeza sedikit maklumlah sebelum ini Olive hanya 'home-school'.

Olive dan Slyvia pun duduk dimeja yang telah ditetapkan. Mereka duduk bersebelahan sahaja. Cuma berjarak sedikit mengikut meja yang biasa disusun semasa ujian.

"Good luck korang." ucap Caylus semasa dia berjalan bersebelahan dengan meja Olive dan Slyvia. Mejanya ada dibelakang mereka berdua.

"Ya, good luck." Slyvia mengangguk. Olive hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia ingat pada pesanan Dylan agar tidak terlalu rapat dengan Caylus. Tetapi dia tidaklah berkelakuan sombong terhadap Caylus.

"Selamat sejahtera semua." ucap Sir Fredrick apabila dia masuk ke dalam kelas.

"Selamat sejahtera sir." ucap para pelajar.

"Okay semua, ujian akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Jadi ingat jangan ada sesiapapun yang bising. Sesiapa yang didapati meniru akan dihalau keluar." pesan Sir Fredrick. Para pelajarnya mengangguk faham.

"Baiklah, saya akan edarkan kertas ujian sekarang." kata Sir Fredrick sambil melihat jam ditangannya. Setelah itu dia pun mengedarkan kertas ujian pada semua pelajar.

"Sila check kertas ujian pastikan kamu mendapat kertas ujian yang betul." kata Sir Fredrick. Para pelajar pun memeriksa kertas masing-masing.

"Ada apa-apa masalah?" soal Sir Fredrick. Dia pandang pelajarnya. Mereka menggelengkan kepala mereka tanda tiada apa-apa masalah.

"Kalau tiada masalah, kamu semua boleh menjawab ujian sekarang dan selamat maju jaya." kata Sir Fredrick.

Kesemua pelajar pun menjawab ujian dengan tekun tidak kurang Olive, Slyvia dan Caylus. Mereka kelihatan sangat fokus menjawab setiap helaian kertas ujian. Ujian ini berlangsung selama dua jam.

"Hmm.. Apa jawapan ni eh?" fikir Olive. Dia sedang menjawab soalan tentang sejarah vampire. Dia nampak serius semasa menjawab ujian. Dia baca soalan dan pilihan jawapan beberapa kali. Setelah itu barulah dia memilih jawapan.

"Rasanya ini jawapan dia. Sebab yang lain macam salah." bisik hati Olive. Dia bulat jawapan yang dia yakin adalah benar. Setiap soalan dijawab dengan berhati-hati. Dia ingin lulus cemerlang dalam ujian ini.

Usai menjawab soalan objektif, Olive beralih pula ke soalan subjektif dan esai. Dia menulis jawapan dikertas yang disediakan. Soalan yang diberikan agak mudah untuk Olive jawab kerana dia telah mengulangkaji sebelum ini.

"Masa menjawab ada lagi 30 minit." Sir Fredrick ingatkan pelajarnya. Mereka mengangguk. Ada juga yang kelam kabut kerana sedar masa berbagi 30 minit sahaja lagi.

"Omg, cepatnya masa." kata Slyvia. Dia tidak sedar pula yang masa berlalu begitu pantas. Dia pun mencepatkan penulisan tanggannya. Dia mahu menjawab semua soalan. Sekurang-kurangnya kalau dia jawab semua dapat juga markah daripada dibiarkan kosong.

Selang beberapa minit kelihatan beberapa pelajar meninggalkan kelas. Mereka telah selesai menjawab ujian.

"Cepatnya siap." bisik hati Slyvia. Dia rasa cemburu pula.

"Masa tinggal lagi 10 minit. Para pelajar tidak dibenarkan keluar." kata Sir Fredrick.

"Alamak." cepat-cepat Slyvia menyiapkan jawapan ujiannya. Setiap helaian diperiksa supaya semuanya diisi dengan jawapan. Olive juga membuat perkara yang sama.

"Waktu menjawab telah tamat. Pelajar sila letakkan pen. Saya akan kutip kertas jawapan sekarang." Sir Fredrick pun memungut kertas jawapan setiap pelajar.

"Okay, kamu semua boleh rehat. Ujian seterusnya pada jam 11." kata Sir Fredrick. Para pelajar pun keluar dari kelas.

"Olive, awak nak makan atau study?" soal Slyvia.

"Makan dulu kot lepastu study." kata Olive. Dia ingin mengisi perutnya terlebih dahulu. Selepas itu barulah dia mengulangkaji.

"Okay." mereka pun makan dikantin sebentar dan kemudiannya bergerak ke perpustakaan.

"Ramainya." kata Slyvia apabila tiba diperpustakaan. Pada hari biasa tidak sepadat ini. Ini mesti sebab ujian dan kebanyakan pelajar mengulangkaji disitu.

"Kita ulangkaji kat tepi taman sekolah nak tak?" Olive memberi idea. Dia jadi kurang selesa untuk ulangkaji diperpustakaan.

"Jomlah." memandangkan mereka pun ada membawa buku rujukan sekali jadi mereka bebas untuk ulangkaji dimana sahaja. Mereka mengulangkaji sehingga jam 10.40 pagi dan kembali ke kelas semula.

Ujian yang kedua pun bermula pada jam 11 pagi sehingga jam 1 petang. Untuk hari ini hanya dua ujian sahaja yang perlu diduduki. Ujian hari ini berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Pada keesokan harinya, ujian untuk hari kedua juga berjalan dengan lancar. Olive dan Slyvia dapat menjawab ujian dengan hati yang tenang kerana mereka telah mengikut segala tips yang diberi oleh guru mereka.

"Senangkan soalan tadi. Smooth je masa nak jawab." kata Slyvia sambil tersenyum. Dia gembira dapat menjawab soalan ujian sebentar tadi. Dia harap betullah jawapan yang dia berikan.

"Ye." Olive mengangguk. Dia setuju dengan kata-kata Slyvia. Dia pun dapat jawab dengan tenang. Tetapi harapnya dia tidak terlalu over confident.

"Esok hari last kita jawab ujian. Nervousnya rasa." kata Slyvia. Pejam celik esok sudah hari terakhir untuk mereka menjawab ujian. Bukannya apa ujian ini pun berlangsung selama 3 hari sahaja.

"Yup." balas Olive.

"So esok awak last lah kan?" Slyvia sedikit sedih.

"Hmm.." Olive juga sedih. Tidak sangka cepat sungguh masa berlalu. Tentu dia rindu suasana disekolah.

"Tapi takpelah, walaupun awak dah tak sekolah sini lagi, kita tetap juga dapat jumpa jugak nanti." kata Slyvia. Olive cuma tamat sekolah sahaja bukannya berpindah.

"Ye." kata Olive.

"Okaylah, saya nak balik dah. Jumpa esok." kata Slyvia.

"Okay jumpa esok." mereka pun pulang ke rumah masing-masing. Olive pulang ke rumah ditemani Cody seperti biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience