38

Vampire Series 59850

"Selamat pagi, Nancy." tegur Olive. Dia baru sahaja selesai mandi selepas bangun dari tidurnya. Usai mandi dia terus turun ke bawah.

"Awalnya Cik Olive bangun. Hari ni kan dah tak sekolah?" kata Nancy. Hari ini Olive sudah tidak perlu ke sekolah tetapi kenapa Olive bangun awal? Tidak salah kalau Olive bangun lewat sikit. Boleh rehat-rehat.

"Dah biasa bangun awal." Olive tersenyum.

"Ohh.." Nancy mengangguk.

"Nancy, masak apa tu?" soal Olive. Dia lihat Nancy yang sedang menyediakan sarapan pagi.

"Masak bihun goreng je. Lepastu masak telur separuh masak untuk sarapan tuan muda." kata Nancy. Dia sedang mengaul bihun didalam kuali.

"Ohh.. Mesti sedap." puji Olive. Masakan Nancy jaranglah tak sedap. Nancy tersenyum.

"Nancy, Dylan tu suka sarapan telur separuh masak ke?" soal Olive. Adalah dalam beberapa kali dia lihat Dylan sarapan telur separuh masak.

"Ya, tuan muda suka makan telur separuh masak. Dia paling suka campurkan telur tu dengan garam merah." kata Nancy. Itulah sarapan yang paling Dylan suka.

"Garam merah tu apa?" soal Olive. Yang dia tahu garam warna merah jambu sahaja. Tidak pernah pula mendengar mengenai garam merah. Garam jenis baru ke? Garam itu warna merah ke?

"Ni garam merah." Nancy beri balang garam merah kepada Olive. Olive lihat garam itu.

"Wah betul-betul warna merahlah." kata Olive.

"Garam ni campur dengan cili ke?" soal Olive. Barangkali warna merah datang dari cili.

"Taklah. Garam merah tu diperbuat daripada air laut masin bercampur dengan darah. Ia didihkan sehingga kering dan jadilah garam merah." kata Nancy.

"Ohh.." tekak Olive terasa sedikit kembang bila mendengar mengenai asal usul garam merah. Dia letak balang itu.

"Err.. Nancy, saya ada satu benda yang saya nak tanya." kata Olive. Ada sesuatu yang bermain dibenak fikirannya. Persoalan yang dia tertanya sejak dari dulu lagi.

"Nak tanya apa? Tanyalah." balas Nancy.

"Betul ke vampire kena minum darah? Kalau tak minum tak boleh ke?" soal Olive.

"Vampire memang perlukan darah untuk hidup. Kalau tidak nyawa mereka akan terancam. Mereka dapatkan oksigen dan nutrien daripada darah yang baru dan segar. Sebab darah mereka dah tak elok. Untuk pastikan organ mereka kekal berfungsi mereka perlu minum darah yang baru." kata Nancy.

"Ohh.. Jadi kalau vampire tak minum darah, organ tidak berfungsi dan mereka pun mati?" soal Olive.

"Ya." Nancy mengangguk.

"Tapi kenapa saya tak pernah nampak Dylan dan yang lain minum darah. Takpe ke kalau tak minum darah? Bukan bahaya ke?" soal Olive. Selama ini dia selalu juga melihat vampire minun smoothie darah disekolah. Tetapi dia tidak pernah pula melihat keluarga Dylan minum darah depan matanya. Kecuali pada malam Olive buat muffin. Dylan seperti minum jus yang berwarna merah. Mungkin itu darah kot.

"Sebenarnya tuan muda dan keluarganya ada sahaja minum darah. Di rumah ini ada sahaja bekalan darah tetapi mereka tidak minum secara terbuka sebagai tanda hormat kepada Cik Olive." jelas Nancy.

"Hah? Sebagai tanda hormat kepada saya?" Olive bingung. Maksudnya apa? Apa kaitannya darah dan Olive? Jangan-jangan mereka minum darah manusia? Tapi biasalah tu kata pun vampire.

"Nancy, sarapan dah siap ke?" soal Dylan yang baru datang ke dapur.

"Ya tuan muda dah siap. Tuan muda jemputlah duduk dulu nanti saya bawakan." kata Nancy.

"Oh okay." Dylan pun berlalu ke meja makan.

"Cik Olive, nanti kita borak lagi ye. Cik Olive pergilah duduk dimeja makan nanti saya bawa makan untuk cik juga." kata Nancy.

"Okay." balas Olive. Dia pun duduk dimeja makan bersama Dylan. Nantilah mereka sambung berborak lagi.

"Dylan." sapa Olive.

"Yup." balas Dylan. Dia pandang ke arah Olive yang duduk dihadapannya.

"Kalau hari ni saya nak pergi taman tu boleh tak?" soal Olive. Dia teringin untuk ke Taman Dyllive. Taman itu sangat nyaman. Dia ingin melapangkan fikiran sebentar disitu.

"Mm.. Nantilah aku bawa kau. Pagi ni aku busy sikit." kata Dylan. Ada urusan yang dia perlu selesaikan pada pagi ini.

"Ala.." kata Olive dengan perlahan. Dia nak pergi pagi ini. Tentu suasana pada waktu pagi lebih segar dengan bau bunga yang wangi. Segarnya!

"Kalau saya pergi sendiri boleh tak?" soal Olive.

"Mana boleh." pantas sahaja Dylan menjawab.

"Ala.. Kenapa? Dekat je." Olive kecewa.

"Kau dah lupa apa yang dad pesan?" soal Dylan.

"Ingat je. Tapi awak kata kat situ selamat. Jadi apa salahnya kalau saya pergi sorang-sorang pun." balas Olive.

"Taman tu memang selamat tapi sepanjang perjalanan untuk ke sana tak selamat. Nanti jelah kita pergi. Tak lari pun taman tu." kata Dylan. Bahaya kalau Olive sendirian ke taman itu.

"Memanglah taman tu tak lari tapi saya teringin nak pergi pagi-pagi. Mesti best." kata Olive. Dia teringin sangat nak ke taman itu.

"Esok-esok pun boleh pergi." kata Dylan. Esok pagi rasanya dia tiada urusan. Bolehlah mereka ke taman esok. Lagipun Dylan perlu teman Olive. Olive tidak dibenarkan bersendirian diluar.

"Hmm.." balas Olive. Olive nak pergi hari ini bukan esok. Tapi kalau cakap pun bukannya Dylan faham pun. Tidak mengapalah pergi nanti pun okay.

"Dah sarapan je." kata Dylan apabila Nancy datang menghidangkan makanan.

"Jemput makan tuan muda, Cik Olive." pelawa Nancy. Dia letakkan makanan dalam pinggan dan hulurkan kepada Dylan dan Olive.

"Ya, terima kasih Nancy." ucap Dylan sambil tersenyum. Dia ambil pinggan tersebut.

"Terima kasih Nancy." ucap Olive.

"Sama-sama." balas Nancy.

Dylan dan Olive pun menjamah sarapan mereka. Usai bersarapan Dylan pun keluar rumah. Manakala Olive hanya terperap sahaja didalam bilik. Dia nak keluar pun tidak boleh. Jadi duduk dibilik sajalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience