62

Vampire Series 59842

Keesokan harinya, Olive pun dibenarkan pulang ke rumah dengan kebenaran doktor. Luka dipipinya sudah mulai kering. Tetapi masih lagi perlu disapu ubat kerana belum sembuh sepenuhnya. Ubat juga telah diberikan pada Olive untuk dibawa pulang. Dia perlu sapu ubat tersebut hingga sembuh sepenuhnya.

"Jom balik." ajak Dylan. Dia gembira Olive sudah pulang. Tidak perlulah dia risau lagi kerana dirumah jauh lebih selamat berbanding tempat lain. Sekurang-kurangnya dirumah ada penjaga yang boleh menjaga Olive sepanjang masa.

"Dylan.. Sebelum kita balik rumah boleh tak kita singgah tempat lain dulu." kata Olive. Olive ingin ke suatu tempat sebelum pulang ke rumah.

"Singgah mana?" soal Dylan. Olive nak ke mana? Kenapa tak nak balik rumah terus?

"Taman Dylive. Dah lama saya tak pergi sana." kata Olive. Entah mengapa Olive rasa rindu untuk ke taman itu. Dah lama sangat dia tak jejakkan kaki ke situ. Entah apalah yang jadi pada bunga serta ikan dan kura-kura disitu.

"Yelah. Tapi sekejap je tau." balas Dylan. Dia rasa tentu Olive bosan apabila terperap sahaja dihospital. Tidak mengapalah kalau Olive nak hirup udara segar ditaman itu. Baik juga untuk Olive.

"Yeah, terima kasih." Olive gembira kerana hajatnya dimakbulkan.

"Jom keluar." kata Dylan. Mereka keluar daripada bangunan hospital.

"Err.. Dylan kita jalan kaki je ke?" soal Olive sambil pandang matahari yang tidak berapa nak nampak disebabkan kampung ini berbumbung. Tetapi masih juga terasa silau kerana bumbung yang transparent.

"Taklah naik kuda." kata Dylan sambil membariskan giginya yang putih.

"Awak ni tengah serius atau main-main?" soal Olive. Dia sedikit keliru dengan gaya percakapan Dylan. Bunyinya macam perli pun ada. Entah Dylan sedang serius atau tidak.

"Betullah tu kuda." Dylan tunjuk ke arah seekor kuda yang diikat berdekatan dengan sebatang pokok.

"Wow kuda." Olive teruja melihat kuda itu.

"First time ke tengok kuda?" soal Dylan apabila melihat Olive yang teruja.

"Ha'ah selalu tengok kat tv je." jujur Olive. Jarang-jarang sekali dia melihat kuda didepan mata macam ini. Kali terakhir dia tengok masa pergi zoo dulu tetapi sudah lama sangat. Olive pun masih kecil lagi ketika itu.

"Jomlah." mereka pun menghampiri kuda tersebut.

"Cantiknya kuda ni." puji Olive. Warna kuda tersebut putih bersih. Rambut kuda tersebut juga nampak cantik dan bersinar. Tetapi Olive nampak macam takut-takut untuk mendekati kuda tersebut. Dia kurang yakin untuk menyentuh kuda itu.

"Kau takut ke?" soal Dylan. Dia seakan mengerti dengan gerak geri Olive.

"Sikit." Olive rapatkan sedikit jari telunjuk dan ibu jari. Dia gementar sedikit untuk sentuh kuda itu.

"Meh sini." Dylan pegang tangan Olive.

"Kau usap je slow-slow. Kuda ni okay je. Janji kau berlembut. Jangan buat kuda ni terkejut." pesan Dylan. Perlahan-lahan Dylan angkat tangan Olive itu menyentuh badan kuda. Olive menyentuh kuda itu dengan berhati-hati.

"Lembutnya." kata Olive dengan perlahan. Dia takut kalau kuda itu terkejut kalau Olive cakap kuat sangat.

"Apa nama kuda ni?" soal Olive.

"Nama?" soal Dylan semula. Dylan tidak meletakkan sebarang nama untuk kuda ini. Tambahan pula dia baru sahaja membela kuda ini. Tidak terfikir pula untuk letak nama.

"Jadi kuda ni takde nama?" soal Olive. Sayangnya kuda secantik ini tiada nama.

Dylan menggeleng kepala.

"Boleh tak kalau saya nak bagi nama untuk kuda ni." kata Olive.

"Bagilah. Lagipun kuda ni kau punya." kata Dylan. Dia ingin menghadiahkan kuda ini untuk Olive. Kuda ini pantas dan sesuai untuk kegunaan sebagai pengangkutan. Selepas ini tidak perlulah Olive berjalan kaki lagi.

"Untuk saya?" Olive sangat gembira.

"Ya." angguk Dylan.

"Wah terima kasih. Kalau macam tu saya nak bagi kuda ni nama Unicorn. Sebab kuda ni macam unicorn cuma takde tanduk je." kata Olive.

"Okay." balas Dylan.

Mereka pun ke taman Dylive dengan menaiki kuda. Dylan menunggang kuda tersebut dan Olive duduk dibelakang.

"Taman ni masih cantik sama macam dulu." puji Olive. Dia masih ingat lagi mengenai kecantikan taman ini.

"Aku selalu jaga taman ni sebab tu cantik." apabila ada masa Dylan kerap datang ke taman ini untuk memberi ikan dan kura-kura makan.

"Oh.." Olive berjalan sekitar taman itu. Sedikit sebanyak hatinya rasa tenang apabila berasa disini. Kalau hari-hari datang ke taman ini tentu hati Olive lebih tenang.

Hampir 30 minit Olive berada ditaman itu. Dia sangat leka melihat bunga-bunga yang cantik. Dia juga tidak lepaskan peluang untuk memberi makanan kepada haiwan disitu.

"Olive. Jomlah balik. Nanti mum risau pulak." kata Dylan. Dia sudah beritahu pada Puan Rhea yang dia keluar untuk jemput Olive pulang ke rumah.

"Okay." balas Olive. Betul juga kata Dylan.

Mereka pun pulang ke rumah. Olive berehat dirumah. Hatinya rasa gembira kerana dapat ke taman itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience