75

Vampire Series 59844

"Olive, Olive patutlah Dylan sayang sangat dekat kau. Rupanya kau ni cantik juga. Tapi sayang.." kata Caylus. Dia mengusap rambut lurus Olive. Apabila sedekat ini dengan Olive barulah dia sedar tertanya Olive cantik juga. Patutlah Dylan beria nak lindungi dan jaga Olive.

Tetapi Caylus tidak akan pernah jatuh hati pada Olive kerana hal itu sangat mustahil. Caylus bencikan Olive kerana Olive dia hilang keluarga. Orang seperti Olive tidak patut dibiarkan hidup dengan gembira.

"Jangan sentuh aku." tengking Olive. Dia tidak suka Caylus menyentuhnya sesuka hati. Dirinya hanya untuk Dylan. Bukan untuk lelaki jahat seperti Caylus.

"Shuh.. Jangan bising." jari telunjuk Caylus menyentuh bibir Olive. Dia tersenyum melihat Olive tidak mampu untuk membuat apa-apa. Kedua-dua tangannya diikat dikiri dan kanan. Manakala kakinya pula dipasung. Olive berada dalam posisi berdiri. Pasung itu sama seperti pasung yang sebelum ini.

"Kau ingat tak pasung ni?" soal Caylus. Dia memandang pasung dikaki Olive. Olive senyap. Dia masih ingat pasung itu. Masih segar didalam ingatannya.

"Pasung yang sama masa kau kena culik dengan Slyvia. Haha." Caylus ketawa.

"Kau tahu apa yang jadi pada kawan baik kau tu?" soal Caylus.

"Apa yang jadi pada Slyvia? Dia masih hidup?" soal Olive. Dia benar-benar ingin tahu apa yang jadi pada Slyvia. Adakah Slyvia selamat?

"Hmm.. Entah." Caylus mengangkat bahu. Dia sengaja buat Olive tertanya-tanya.

"Apa yang jadi pada Slyvia? Caylus!" jerkah Olive. Dia rasa geram apabila pertanyaannya tidak dilayan. Dia ingin tahu apa yang jadi pada Slyvia. Ke mana Slyvia menghilang?

"Relaks Olive tak payah jerit-jerit. Bising tau tak?" Caylus rasa rimas apabila Olive tinggi suara.

"Slyvia masih hidup?" soal Olive.

"Kau rasa?" soal Caylus.

Olive senyap. Dia tidak pasti sama ada Slyvia masih hidup atau tidak. Cuma dia berharap yang Slyvia masih hidup.

"Slyvia dah mati." kata Caylus. Caylus yang ambil mayat Slyvia ketika itu. Dia simpati kepada Slyvia kerana nasib mereka sama. Jadi Caylus uruskan mayat Slyvia. Dia telah semadikan mayat Slyvia disuatu tempat dengan baik dan tertib.

"Hah?" Olive terkejut. Airmatanya mengalir. Dia tidak sempat untuk bercakap dengan Slyvia. Dia tidak sempat untuk meminta kemaafan daripada Slyvia.

"Buat apa menangis? Dia mati sebab kau juga." kata Caylus.

"Saya? Kau yang bunuh dia." Olive memandang Caylus. Apa maksud Caylus cakap macam tu? Caylus yang membunuh Slyvia. Dia yang sasarkan anak panah kepada Slyvia.

"Aku cuma nak tolong sebab dia nak bunuh kau. So maknanya kau yang bunuh dia." Caylus ketawa.

"Kau pembunuh." kata Caylus. Dia sengaja hendak bermain dengan emosi Olive.

"Tak." Olive menggeleng. Dia bukan pembunuh. Tidak pernah difikir pun dibenaknya untuk membunuh.

"Dasar keluarga pembunuh." tengking Caylus.

"Tak!" jerit Olive. Olive nampak tidak keruan. Nampaknya Caylus berjaya kacau bilaukan emosi Olive.

"Haih, kau ni tak ubah macam madu-madu kau. Bodoh!" Caylus teringatkan pada pengantin Dylan yang terdahulu. Mereka semua tidak kurangnya seperti Olive.

"Aku patut guna cara apa ye untuk matikan kau. Tak mungkin aku akan recycle idea lama." Caylus memilih beberapa senjata yang ada diatas meja.

"Pisau?" Caylus berpura-pura untuk membaling pisau ke arah Olive. Olive yang ketakutan cepat-cepat memejamkan mata. Caylus ketawa melihat Olive. Olive kembali bukakan matanya.

"Mungkin aku patut guna anak panah." sekali lagi sasarannya adalah Olive.

"Bosanlah." kata Caylus. Dia meletakkan anak panah itu. Lalu dia menghampiri Olive.

"Memandangkan kau yang terakhir aku patut raikan dengan cara yang lebih klasik." Caylus tersenyum ke arah Olive. Matanya beralih melihat leher Olive. Caylus menelan air liur.

"Jangan kau berani nak apa-apakan aku." Olive memberi amaran.

"Kau ingat aku kesah?" Caylus terus menghampiri Olive lalu dia mengigit leher Olive. Dia akan menghisap darah Olive sehingga kering.

"Argh!" Olive menjerit sekuat hati.

"Tak guna kau Caylus." Dylan menendang belakang badan Caylus. Caylus jatuh tersungkur.

"Siapa yang berani kacau aku?" Caylus naik berang apabila ada yang menganggunya. Dia pun pusing belakang untuk melihat.

"Oh Dylan?" Caylus tersenyum sambil mengelap sesuatu dibibirnya. Dia gembira Dylan melihat apa yang dia lakukan pada Olive.

"Apa kau buat?" tengking Dylan. Betapa marahnya dia kepada Caylus yang biadap. Berani dia hisap darah Olive. Perkara tersebut tidak akan dimaafkan.

"Makan." kata Caylus. Memang itu pun yang dia tengah buat. Cuma yang lebih tepat dia sedang menghisap darah.

Dylan yang geram terus menghadiahkan penumbuk kepada Caylus. Dia dan Caylus berlawan antara satu sama lain. Mereka berlawan sebagai vampire yang sebenar. Pertarungan mereka pada kali ini lagi sengit. Berkemungkinan salah seorang daripada mereka akan terkorban.

"Dylan, Dylan kenapa kau sayang sangat pada manusia tak guna tu?" soal Caylus. Dia tidak faham kenapa Dylan sanggup berkahwin dengan manusia yang lemah seperti Olive. Sepatutnya Dylan patut memilih pasangan yang lebih sekufu. Dylan bukannya vampire yang biasa-biasa. Kenapa Dylan perlu mengikut sangat perjanjian yang terdahulu? Perjanjian itu tidak relevan langsung.

"Suka hati akulah. Tiada kaitan dengan kau." kata Dylan. Tiada siapa yang layak mempersoalkan pilihannya. Biarlah dia sendiri yang menentukan alur hidupnya. Dia melihat Olive. Olive nampak lemah. Tentu dia telah kehilangan darah. Hal itu menyebabkan Dylan semakin naik angin. Dylan terus menyerang Caylus tanpa henti.

"Argh.. Sakitnya." kata Olive. Kesan gigitan Caylus amat menyakitkan. Olive rasa macam hendak pitam. Mungkin Caylus telah menghisap banyak darah. Matanya menjadi semakin kabur dan kabur.

"Dylan.." Olive memanggil Dylan dengan lemah. Dia melihat Dylan dalam kabur. Dylan tidak mendengar panggilan Olive kerana dia sibuk berlawan dengan Caylus.

"Kau nak bunuh aku? Bunuhlah. Bunuh saudara kau sendiri. Kau tak ubah macam isteri kau." Caylus cedera teruk dan dia rebah. Dia tidak terdaya hendak berlawan dengan Dylan. Sememangnya Dylan lebih hebat dan kuat.

"Kau!" Dylan mahu mencakar Caylus. Tetapi dia tidak sampai hati. Dia tiada naluri pembunuh seperti Caylus. Dia tidak sanggup untuk membunuh walaupun hatinya ingin melihat Caylus mati.

"Kenapa? Tak sanggup?" soal Caylus. Dia tahu Dylan tidak sanggup membunuhnya. Dylan vampire yang baik. Berbeza dengan vampire yang lain.

"Baik kau pergi dari sini sebelum aku ubah fikiran." kata Dylan dengan tegas. Dia tidak mahu membunuh Caylus. Dia tidak mampu. Lagipun Caylus sudah cedera teruk. Mungkin itu boleh jadi pengajaran kepada Caylus.

"Hah?" Caylus terkejut.

"Jangan biar aku lihat kau lagi. Kalau tidak aku tidak akan teragak menamatkan riwayat kau. Pergi sekarang!" jerkah Dylan.

Caylus bingkas bangun dan terus berlari keluar. Dia tidak mahu mati.

"Olive." Dylan terus memandang Olive. Dia menghampiri Olive yang terkulai. Dia terkejut melihat keadaan Olive. Dia buka ikatan ditangan Olive. Dia juga buka pasung dikaki Olive. Dylan terduduk bersama Olive. Dia menangis.

"Olive!" Dylan menjerit nama Olive sambil meletakkan Olive pangkuannya. Dia peluk erat tubuh Olive yang kaku tidak bergerak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience