58

Vampire Series 59842

"Olive, kalau saya boleh tahu apa sebenarnya yang jadi? Macam mana awak boleh ada kat sini?" soal Slyvia sambil cuba untuk mengetuk rantai besi dengan kayu yang dia jumpa didalam kandang itu. Dia fikir dengan batang kayu tersebut mungkin boleh melepaskan kaki Olive yang dipasung.

"Saya pun tak tahu. Cuma yang saya ingat ada orang pukul belakang kepala saya dan lepas tu saya pengsan. Apabila tersedar saya sudah ada disini." cerita Olive. Dia tidak tahu apa yang terjadi semasa dia pengsan. Dia tidak tahu siapa yang membawanya ke kandang ini.

"Hah? Pukul awak?" Slyvia terkejut. Siapa yang sanggup buat macam tu pada Olive?

"Ya. Dia pukul kepala saya." Olive mengangguk sambil menyentuh belakang kepalanya.

"Awak tak apa-apa ke?" soal Slyvia dengan prihatin.

"Saya okay cuma kepala saya rasa sakit sebab kena pukul tadi." balas Olive. Kepalanya rasa agak berdenyut-denyut.

"Awak nampak tak siapa yang pukul awak tu?" soal Slyvia. Dia masih lagi berusaha untuk melepaskan Olive.

"Tak dia ada dibelakang saya masa tu. Saya nak toleh belakang tetapi tahu-tahu je saya dah pengsan." kata Olive. Dia tidak sempat untuk melihat siapa yang ada dibelakangnya.

"Oh, jadi awak tak tahulah dia pukul awak guna apa?" soal Slyvia. Mungkin benda dipukul oleh penjahat itu boleh dijadikan bahan bukti. Senanglah kalau nak cari identitinya nanti.

"Tak, saya tak tahu. Mungkin batu kot. Sebab sakit kepala saya." kata Olive. Pukulan dikepalanya terasa sangat kuat mungkin penjahat itu memukulnya dengan sebuah batu besar.

"Saya rasa bukan batulah." kata Slyvia. Dia menggeleng kepala.

"Hah? Maksud awak apa? Awak nampak siapa yang pukul saya?" soal Olive.

"Nampak." angguk Slyvia. Olive terkejut. Biar betul Slyvia nampak Olive dipukul? Kenapa Slyvia tak bantu Olive masa tu?

"Siapa? Jangan-jangan awal-awal lagi awak dah nampak saya dibawa ke sini? Lepastu awak tunggu penjahat tu pergi sebelum selamatkan saya?" soal Olive. Mungkin juga Slyvia telah menyaksikan kejadian tadi tetapi dia tunggu penjahat itu pergi. Apabila Olive meminta tolong barulah Slyvia datang menyelamatkan Olive.

"Taklah." Slyvia menggeleng. Bukan itu yang berlaku sebenarnya. Dia bukannya 'saksi' kejadian.

"Hah? Habis tu?" soal Olive. Mungkin Slyvia datang ke sini selepas mendengar jeritan Olive sebentar tadi. Tetapi Slyvia kata dia nampak Olive dipukul? Macam mana tu?

"Saya tak terfikir pun nak selamatkan awak sebenarnya." kata Slyvia dengan sinis. Dia berhenti dari mengetuk rantai besi yang ada dipasung tersebut.

"Hah? Maksud awak apa?" Olive tidak faham dengan kata-kata Slyvia. Dia juga terasa pelik dengan sikap Slyvia. Kenapa Slyvia cakap macam tu? Kenapa Slyvia macam pelik je ni?

"Hehe. Sebenarnya kan tadi awak kena pukul dengan kayu ni." Slyvia ketawa sambil menunjukkan kayu ditangannnya kepada Olive. Dia cuba untuk menghayunkan kayu tersebut beberapa kali.

"Hah?" Olive terkejut.

"Awak ni Olive innocent betul." kata Slyvia sambil ketawa.

"Apa maksud awak ni Slyvia?" soal Olive. Dia tidak faham apa yang Slyvia katakan. Apa yang lucu sangat?

"Awak tahu tak siapa yang pukul awak?" soal Slyvia. Dia memandang tepat ke arah Olive. Olive menggeleng.

"Hehe sebenarnya saya yang pukul kepala awak tadi. Sakit tak?" soal Slyvia.

"Apa? Awak?" soal Olive. Dia sangat terkejut. Apa yang berlaku pada Slyvia ni? Kenapa Slyvia memukul kepala Olive? Olive seperti tidak percaya dengan kata-kata Slyvia.

"Yup. Tadi Brian dan Caylus kan hantar awak? Saya nampak korang. Tapi tulah dorang bodoh sebab tak hantar awak depan pintu. Tapi bagus jugak. Bonus untuk saya." kata Slyvia. Brian dan Caylus telah memudahkan kerja Slyvia. Tidak perlulah dia menunggu lama untuk bertindak kerana dia sudah penat menunggu masa ini tiba.

"Tapi kenapa?" tergamak Slyvia memukul kepala Olive. Airmata Olive mengalir. Bukankah mereka kawan baik? Apa sebenarnya yang berlaku ni? Slyvia kerasukan ke? Tetapi tidak mungkin hantu terasuk hantu.

"Awak rasa sebab apa? Cuba teka." soal Slyvia.

"Saya tak tahu. Kenapa Slyvia? Awak kan kawan saya? Tergamak awak." Olive rasa sedih berbaur kecewa. Dia benar-benar terkilan.

"Sebab aku tak pernah anggap kau kawan aku." Slyvia campak kayu ditepi Olive. Nasib baik tidak terkena pada Olive. Slyvia mula ber'kau' 'aku' dengan Olive. Hilang sudah sopan santunnya.

"Tapi kenapa?" soal Olive. Airmatanya mengalir. Dia tidak sangka ayat itu keluar daripada mulut Slyvia. Hatinya seperti tertusuk sembilu. Selama ini dia menganggap Slyvia kawan baiknya yang dia paling sayang. Tetapi kenapa Slyvia mahu mengkhianatinya pula?

"Nantilah aku bagi tahu." kata Slyvia. Dia belum terasa lagi untuk menceritakan hal sebenar. Tunggulah dulu biar ada kejutan sikit. Biar Olive sendiri yang tertanya-tanya.

"Jadi betullah kata Dylan." Olive jadi teringat pada pesanan Dylan dahulu. Patutlah Dylan kerap ulang pesanan yang sama. Rupanya hal ini sangat benar sekali.

"Apa yang dia kata?" soal Slyvia.

"Dia kata tiada siapa pun boleh dipercayai disini. Tidak kesahlah sama ada baik atau jahat. Kadang-kadang yang terdekatlah yang paling bahaya." kata Olive. Dia rasa kesal kerana tidak mempercayai kata Dylan sebelum ini. Hatinya jadi buta dek 'kebaikan' yang ditunjukkan oleh Slyvia.

"Ha.. Betullah apa yang dia kata tu. Tak salah langsung." balas Slyvia. Dia bersetuju sangat dengan kata-kata Dylan memang betul sangat.

"Tapi saya percayakan awak. Saya pertahankan awak setiap kali Dylan kata macam tu. Saya anggap awak kawan baik saya." kata Olive. Olive tidak pernah sekali pun menganggap Slyvia sebagai vampire yang jahat. Dia percaya Slyvia sepenuh hatinya.

"Haha. Tulah siapa suruh degil. Salah kaulah sebab percaya sangat dengan aku." kata Slyvia. Dia tidak kisah langsung kalau Olive nak bela atau mempertahankan bahawa Slyvia seorang kawan yang baik. Dia tidak mempedulikan semua itu. Hal ini kerana dia lebih fokus kepada niat utamanya.

"Tapi kenapa?" soal Olive. Dia tidak percaya yang Slyvia boleh berubah dalam sekelip mata. Adakah Slyvia dipaksa menjadi jahat? Adakah ada sesiapa memaksa Slyvia untuk membuat begini?

"Dahlah. Tak payah banyak tanya. Kau duduklah situ dulu. Nanti aku datang balik." kata Slyvia. Dia pun keluar dari kandang itu.

"Slyvia lepaskan saya." jerit Olive. Slyvia langsung tidak mengendahkannya.

"Apa dah jadi ni?" soal Olive. Dia cuba untuk hadam apa yang berlaku. Kenapa Slyvia berubah?

Olive cuba untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Dia cuba untuk mengesot tetapi tidak berhasil. Kayu pasung itu sangat berat. Dia tidak dapat bergerak langsung bersama pasung tersebut.

Olive menangis. Dia takut. Dia ditinggalkan sendirian. Dia menjerit meminta tolong tetapi tiada yang mendengarnya. Dia seperti berada didalam hutan tebal. Apa yang Olive dengar hanyalah bunyi cengkerik dan burung hantu. Rasanya hari sudah pun bertukar malam.

"Dylan tolong saya." Olive berharap sangat Dylan datang menyelamatkannya. Dia ingin Dylan mengotakan janji untuk menjaga dan melindungi dirinya.

"Cody.. Tolong cari saya." rayu Olive. Dia berharap sangat ada yang mencari dan
menyelamatkannya ketika ini.

"Kenapa semua ni terjadi?" Olive mula mempersoalkan segalanya.

"Aku tak patut datang ke sini sejak awal lagi." dari awal sehinggalah sekarang Olive sentiasa mendapat susah. Ada sahaja perkara buruk yang berlaku. Mungkin takdirnya bukan disini.

"Mummy, daddy.." Olive ingin kembali ke pangkuan orang tuanya. Selama ini mereka sangat menjaga Olive. Olive tidak merasa susah apabila bersama mereka.

Mummy dan daddy Olive juga sentiasa melindungi Olive dari sebarang bahaya. Mereka sanggup buat apa sahaja demi Olive.

"Mummy.. Daddy.." Olive menangis. Kalau sahajalah dia tidak ada disini mungkin perkara ini tidak akan berlaku.

Olive turut menyalahkan diri sendiri kerana terlalu percaya kepada Slyvia. Selama ini Slyvia hanya berpura-pura dengannya. Dia sepatutnya ikutkan pesanan Dylan.

Tetapi apabila dalam keadaan tegang begini Olive mula berfikir. Mungkin tiada siapapun boleh dipercayai disini. Manakan tidak Slyvia mula mengkhianati dirinya. Mungkin yang lain pun sama sahaja tunggu masa untuk bertindak.

Olive menjadi semakin sedih. Dia ingin pergi dari sini. Tetapi dia tiada daya. Dia hilang harapan. Kalau dia menjerit lagi tentu sia-sia. Tiada siapa yang dapat menyelamatkan Olive. Tiada siapa yang tahu Olive ada disini. Mungkin ini kesudahan hidup Olive? Takdirnya yang terakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience