42

Vampire Series 59842

Sekali lagi Dylan berjumpa dengan Cody. Dia tahu vampire yang menyerang Olive adalah vampire yang sama Cody sedang siasat. Jadi dia perlu pastikan mereka lebih peka dengan tindakan vampire itu.

"Ada apa tuan muda?" soal Cody. Baru sahaja mereka berjumpa sebentar tadi. Sekarang Dylan ajak jumpa lagi. Ada apa-apa masalah yang berlaku ke?

"Cody, vampire tu dah start buat rancangnya. Tadi dia dah mula serang Olive." kata Dylan. Dia risau kalau terjadi lagi perkara seperti itu.

"Hah? Apa?" Cody terkejut. Tidak sangka pula cepat betul vampire itu mulakan langkah.

"Apa jadi pada Cik Olive?" Cody jadi risau.

"Olive tidak apa-apa cuma lepas ni ikut kamu ikut vampire tu sepanjang masa. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan terus bagitahu." arah Dylan.

"Baik tuan muda." angguk Cody.

"Err.. Tapi Cik Olive macam mana?" tugas Cody adalah untuk menjaga Olive. Kalau Cody kena ikut vampire itu sepanjang masa siapa yang nak jaga Olive nanti? Dia kan vampire penjaga. Tetapi susahlah kalau dia nak buat kerja dalam pada masa yang sama.

"Hal Olive biar saya yang uruskan." Dylan sendiri yang akan jaga Olive. Lagipun keadaan sekarang agak bahaya. Perkara buruk boleh berlaku. Jadi Dylan yang patut jaga Olive. Cody pun mengangguk faham.

Sementara itu, Olive yang berada dirumah masih gelisah dengan apa yang berlaku. Dia fikir tentang semua perkara. Dia sendiri tidak pernah mengalami perkara yang sebegini.

"Cik Olive okay?" tegur Nancy. Dia lihat Olive yang seperti sedang risau. Tentu Olive risaukan tentang perkara tadi.

"Saya takutlah." Olive pandang Nancy. Sebelum ini Olive telah diculik dan dikurung didalam stor oleh Alexa. Apabila Alexa berpindah, dia ganggu oleh vampire lain pula. Nyawanya hampir sahaja melayang akibat terkena racun. Entah apalah yang akan jadi selepas ini. Entah dia masih bernasib baik ataupun tidak.

"Kenapa Cik Olive nak takut? Tuan Muda Dylan kan ada. Tuan muda tentu akan jaga dan lindungi Cik Olive." kata Nancy.

"Saya tahu. Tapi sampai bila Dylan nak jaga dan lindungi saya? Saya tak nak hidup dalam ketakutan selamanya." Olive nak hidup seperti biasa. Rasa selamat dan bahagia. Bukan rasa takut macam ni. Nyawanya seperti dihujung tanduk sahaja.

"Lepas ni kan Cik Olive kahwin dengan tuan muda. Jadi memang dah jadi tanggunjawab dia untuk jaga cik. Saya pun percaya yang tuan muda tentu akan pastikan hal ini dapat diselesaikan juga." Nancy yakin Dylan sudah pun membuat tindakan atas apa yang berlaku. Mustahil untuk Dylan membiarkan sahaja perkara ini.

"Tapi sampai bila hal ini nak selesai?" fikiran Olive jadi serabut apabila memikirkan hal ini. Dia tidak mahu asyik berkurung sahaja dirumah. Dia sendiri pun tidak terasa nak berkahwin.

"Sampai bila tiba masanya nanti." balas Nancy. Dia tidak tahu bila tetapi dia yakin dengan Dylan.

Olive mengeluarkan nafas yang berat. Dia rasa sendirian dan berseorangan walaupun ada Dylan, Nancy dan yang lain. Mereka masih baru pada Olive. Lagipun hanya dia sahaja manusia yang ada disini. Dia masih bergantung harap pada keluarganya.

"Cik Olive rehatlah dulu. Mungkin cik penat sebab tu banyak berfikir." kata Nancy. Dia ingin membantu Olive tetapi dia sendiri tidak tahu bagaimana caranya.

"Okay..." mungkin betul juga kata Nancy. Olive baring dikatilnya. Dia ingin menenangkan fikirannya sebentar.

Hari pun berlalu begitu sahaja. Pada keesokkan harinya Olive terjaga kerana terdengar bunyi bising dibawah.

"Bagilah saya masuk. Saya nak jumpa Olive." kata Slyvia. Dia dapat tahu ada sesuatu yang berlaku kepada Olive. Cody yang bagitahu semasa Slyvia tanyakan khabar tentang Olive semalam.

"Kamu tak boleh masuk." halang Bryce.

"Ya, kami takkan benarkan vampire sebarangan masuk ke rumah ini." kata Andy pula. Dia dan Bryce vampire penjaga yang baru. Tugas mereka adalah untuk menjaga rumah ini dan melindungi orang didalamnya.

"Saya nak masuk jugak. Saya kawan Olive. Bukan vampire sebarangan." Slyvia cuba untuk pergi ke pintu masuk rumah.

"Tak boleh." Bryce dan Andy angkat tangan Slyvia dikiri dan kanan dengan lengan mereka dengan mudah memandangkan mereka jauh lebih besar daripada Slyvia.

"Lepaskan saya. Lepaskan saya." Slyvia meronta. Dia mengerakkan kakinya yang terapung. Bryce dan Andy agak tinggi sebab itulah Slyvia terapung apabila mereka mengangkatnya. Tetapi Slyvia tidak akan mengalah semudah itu.

"Sudah, pergi dari sini." Bryce dan Andy letakkan Slyvia ke tanah. Mereka tidak akan benarkan Slyvia masuk walau dengan cara apa sekali pun.

"Tak nak. Saya nak masuk jugak." Slyvia terus meloloskan diri ke rumah itu.

"Tak boleh!" Andy tarik tangan Slyvia. Langkah Slyvia terhenti.

"Aduh. Lepaslah." jerit Slyvia. Dia tidak terdaya kerana Andy jauh lebih kuat darinya. Silap haribulan kalau Andy boleh baling Slyvia sampai melayang ke rumahnya sendiri.

"Bryce, Andy apa yang kecoh-kecoh ni?" soal Puan Rhea. Dari tadi dia dengar bunyi bising diluar. Olive pun keluar dari biliknya. Dia ingin tahu apa yang berlaku.

"Vampire ni puan, dari tadi dia nak masuk ke dalam. Kami dah cuba untuk halau dia." kata Bryce.

"Puan Rhea, saya Slyvia kawan Olive. Saya datang nak melawat Olive." kata Slyvia.

"Hah? Slyvia?" kata Olive. Cepat-cepat dia turun tangga.

"Slyvia." panggil Olive.

"Olive." Slyvia terus berlari ke arah Olive seperti rancangan jejak kasih.

"Hei." panggil Andy kepada Slyvia. Slyvia mengendahkannya.

"Rindunya kat awak." kata Slyvia sambil memeluk Olive.

"Saya pun." kata Olive. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Slyvia.

"Maaf puan." kata Bryce dan Andy kepada Puan Rhea. Mereka gagal untuk menghalang Slyvia yang dianggap sebagai penceroboh.

"Takpe. Biarlah, Slyvia tu pun kawan baik Olive." kata Puan Rhea. Dia faham tentu Olive rindu pada rakannya. Biarlah mereka berbual sebentar.

"Baik puan." Bryce dan Andy mengangguk.

"Olive, pergilah bawa Slyvia masuk." ujar Puan Rhea.

"Baik mum. Terima kasih." Olive tersenyum. Dia bawa Slyvia terus naik ke biliknya.

"Wah besarnya bilik awak." Slyvia tergamam. Rumah ini sangat besar dan cantik. Bilik Olive juga tidak kurangnya. Olive tersenyum. Dia gembira Slyvia datang melawat.

"Olive awak okay?" soal Slyvia.

"Saya okay." balas Olive.

"Syukurlah. Saya risau betul bila dengar cerita daripada Cody. Itu pun sebab dia terlepas cakap. Saya paksalah dia untuk bagitahu apa yang berlaku." kata Slyvia. Dia sangat prihatin pada Olive.

"Ohh.. Saya okay. Cuma luka sikit je." kata Olive.

Mereka pun berbual sesama sendiri sampai lewat petang. Apabila Dylan pulang ke rumah barulah Slyvia pulang. Dylan tidak marah apabila melihat Slyvia kerana Puan Rhea telah menceritakan semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience