13

Vampire Series 59850

"Olive awak nak makan apa?" soal Slyvia kepada Olive apabila giliran mereka tiba untuk memesan makanan.

"Hah? Er.. Sandwich ada?" soal Olive.

"Ada tapi yang mana satu? Macam-macam perisa ada ni." soal Slyvia.

"Sandwich keju?" soal Olive. Dia rasa lebih baik makanan sandwich keju sahaja. Lagipun dia tidak tahu apa yang diletakkan dalam makanan disini. Makanan disini agak berbeza sedikit.

"Mak cik macam biasa bagi salad buah satu dan sandwich keju satu." pinta Slyvia pada mak cik kantin yang bertugas. Slyvia seorang grey vampire jadi dia seorang vegetarian yang hanya makan buah dan sayur sahaja.

"Okay." balas mak cik tersebut.

"Air?" soal mak cik tersebut.

"Saya tak nak. Olive?" soal Slyvia. Olive dengan pantas dia menggeleng. Slyvia ketawa sedikit. Sebenarnya Olive trauma kerana dia hampir sahaja terminum smoothie darah sebelum ini. Dia ingatkan smoothie strawberi jadi dia membuat pesanan sama seperti orang dihadapannya ketika itu. Tetapi nasib baiklah Slyvia cepat bagitahu sebelum Olive sempat menyedut minuman itu.

"Sandwich keju dan salad buah siap." mak cik tersebut memberi makanan mereka.

"Terima kasih mak cik." Setelah membuat pembayaran dan mereka pun duduk ditempat yang kosong.

"So Olive, kita nak study bila dan dimana?" soal Slyvia sambil makan salad buahnya.

"Hm.. Macam mana kalau esok?" soal Olive.

"Okay je tapi nak study dimana? Library? Agak-agak bila tu?" soal Slyvia.

"Bolehlah kat library. Senang cari rujukan. Mungkin petang lepas sekolah?" jawab Olive.

"Alright. Boleh-boleh." balas Slyvia.

"Erm.. Tapi saya kena minta izin auntie Rhea dulu." kata Olive.

"Auntie Rhea? Mak Tuan Muda Dylan ke?" soal Slyvia.

"Ya, mak Dylan." jawab Olive.

"Oh, okay. Make sure jadi tau." kata Slyvia.

"Okay." Olive mengangguk.

Usai makan dikantin, Olive dan Slyvia pun kembali ke kelas mereka. Sesi pengajaran dan pembelajaran pun diteruskan sehingga tamat.

"Baiklah kelas sampai sini sahaja kelas pada hari ni. Jangan lupa study okay." pesan Miss Fiona, guru biologi. Miss Fiona mengajar subjek biologi yang semestinya berkaitan dengan biologi vampire.

"Okay miss." jawab para pelajar.

"Okay thank you class." kata Miss Fiona.

"Thank you miss." ucap Rachel. Begitu juga para pelajar yang lain.

"Akhirnya dah boleh balik." kata Slyvia dengan gembira. Dia rasa otaknya agak tepu semasa belajar tadi. Olive tersenyum. Mereka mengemas barang dan keluar daripada kelas secara beriringan sambil itu mereka berbual sedikit.

"Hari ni awak balik dengan Cody macam selalu ke?" soal Slyvia. Biasanya Cody yang jemput Olive apabila waktu sekolah tamat. Tetapi pagi tadi Dylan yang hantar mungkin Dylan juga yang menjemput Olive pulang.

"Tak, hari ni Dylan yang jemput saya." balas Olive.

"Oh.. Hmm.. Takpelah saya balik dulu kalau macam tu. Jangan lupa tau esok. Make sure jadi." kata Slyvia.

"Okay, awak hati-hati balik." balas Olive. Slyvia mengangguk lalu dia pun meninggalkan Olive sendirian. Olive menunggu Dylan dihadapan sekolah.

Lebih kurang 20 minit Olive tunggu Dylan. Tetapi Dylan masih belum menampakkan wajah. Kawasan sekolah juga mulai lengang. Kebanyakan pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing.

"Lama juga kena tunggu." kata Olive sendirian. Biasanya kalau Cody yang jemput Olive tidak perlu menunggu kerana Cody yang terlebih awal menunggu Olive.

"Ada hal kot?" soal hati Olive. Dia fikir mungkin Dylan ada perkara yang perlu diselesaikan hingga terlambat untuk menjemput Olive. Dylan pula tidak berkata apa-apa semasa hantar Olive pagi tadi.

"Hmm.. Jap lagi sampai kot." Olive tidak marah cuma dia hanya penat menunggu. Selain itu dia sedikit takut kerana hanya dia sahaja yang masih ada disini.

"Tak balik lagi?" Olive ditegur seseorang. Olive terkejut sedikit.

"Sorry buat awak terkejut." kata Caylus sambil mengosok rambut dan tersenyum. Olive mengangguk.

"Awak Olive kan? Kita satu kelas." kata Caylus.

"Ya." balas Olive.

"Tak salah aku dia ni Caylus, seorang red vampire." bisik hati Olive. Dia ingat muka Caylus. Muka Caylus sungguh kacak dan rambutnya agak messy berwarna perang sebijik macam mat saleh.

"Kenapa tak balik lagi?" soal Caylus.

"Tengah tunggu.." belum sempat Olive menghabiskan kata-katanya Caylus mencelah.

"Tunggu Dylan kan?" soal Caylus. Biasalah Olive dan Dylan selalu bersama, semua orang pun tahu mengenai itu. Di mana ada Olive disitu ada Dylan. Bakal pengantin vampire lah katakan.

"Ya." Olive mengangguk.

"Rasanya dia ada hal tu. Mungkin pasal hal yang kat hujung kampung." kata Caylus.

"Hal hujung kampung? Hal apa?" soal Olive.

"Err.. Saya teka je." kata Caylus. Dia tidak berniat pula untuk menceritakan apa yang berlaku dihujung kampung.

"Oh.." balas Olive.

"Kalau awak tak kisah saya boleh hantarkan awak balik. Awak nak?" soal Caylus.

"Baik betul nak hantar balik? Lagipun dia tahu ke dimana tempat tinggal aku? Hm.. Tapi Dylan kan anak ketua vampire rasanya semua tahu rumah mereka dimana." bisik hati Olive.

"Awak?" tegur Caylus.

"Hah? Err.. Takpelah saya tunggu Dylan je." balas Olive.

"Hm, takpelah saya beransur dulu. Hati-hati okay." kata Caylus.

"Ya." Olive mengangguk. Caylus pun berlalu pergi.

"Manalah Dylan ni? Betul ke ada hal kat hujung kampung? Tapi hal apa? Kalau betul mungkin hal serius sebab tu Dylan lambat jemput aku." kata Olive. Dia masih setia menunggu Dylan. Walaupun sebenarnya dia boleh sahaja pulang sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience