28

Vampire Series 59842

"Syukurlah Olive tidak apa-apa." kata Puan Rhea. Dia sangat bersyukur kerana bakal menantunya telah dijumpai dan dia selamat. Dia sangat risau apabila dapat tahu Olive telah hilang.

Olive hanya membalas dengan senyuman. Dia sedang berbaring dikatil biliknya ketika ini. Dia juga telah membersihkan diri. Puan Rhea juga telah menyuapkannya makanan sebentar tadi. Awalnya Olive tiada selera untuk makan tetapi setelah dipujuk oleh Puan Rhea, Olive makan juga akhirnya.

"Kami semua risau betul tadi." kata Stella. Dia baru sahaja pulang ke rumah dan mendapatkan tahu yang Olive telah hilang.

"Maafkan saya ya buat semua risau." kata Olive. Dia rasa bersalah pula apabila semua risaukannya. Tetapi dia juga rasa terharu dengan keprihatinan Dylan dan keluarganya. Dia juga sangat berterima kasih kepada vampire lain yang mencarinya. Dia sendiri tidak tahu apa yang akan jadi kalau tiada mereka semua.

"Takpelah. Janji Olive selamat." kata Puan Rhea. Stella mengangguk setuju dengan kata ibunya.

"Kau pergi mana sebenarnya? Nak lari?" soal Dylan. Dia kembali pada perwatakan asalnya semula. Seorang yang kasar dan suka marah-marah. Dia ingin tahu apa sebenarnya yang jadi pada Olive.

"Tak, saya tak lari cuma saya pengsan. Sedar-sedar je saya ada kat stor usang." kata Olive. Dia ceritakan semula apa yang berlaku.

"Stor usang? Kami jumpa kau kat bawah pokok." kata Dylan. Olive ni mengigau ke apa? Terang-terang tadi Dylan dan vampire yang lain jumpa Olive dibawah pokok bukan distor usang.

"Ya. Sebelum tu, saya ada kat stor usang. Lepastu ada vampire misteri datang. Mungkin dia yang letakkan saya dibawah pokok." jelas Olive.

"Hah? Vampire misteri?" soal Dylan. Siapakah yang Olive maksudkan? Vampire dari manalah tu.

"Ya, dia pakai topeng dan hoodie warna hitam. Saya tak kenal dia." kata Olive. Dia langsung tidak mengenali vampire itu. Dia tidak nampak mukanya. Suara pun dia tidak tahu milik siapa. Sememangnya Olive tidak pernah berjumpa dengan vampire itu.

"Betul ke? Kau tak buat ceritakan?" soal Dylan. Bukan dia tidak percaya cuma dia agak ragu-ragu. Sebelum ini tiada pula cerita mengenai vampire misteri ini.

"Betul saya tak tipu." kata Olive. Memang perkara itu pun yang berlaku. Lagipun buat apa dia hendak mereka cerita.

"Habis tu macam mana kau boleh pengsan?" soal Dylan. Mesti ada sesuatu yang berlaku sebelum Olive jatuh pengsan.

"Err.. Saya tak tahu. Masa tu kepala saya sakit sangat. Tahu-tahu je saya pengsan. Lepastu bila saya sedar saya ada kat stor usang padahal saya pengsan kat sekolah." cerita Olive. Dia sendiri pelik kenapa dia boleh ada distor usang itu. Entah siapalah yang bawa dia ke sana. Motifnya pun Olive tidak tahu. Mungkin juga vampire misteri itu dalangnya, fikir Olive.

"Hah?" Dylan sedikit keliru. Sebentar tadi Olive kata ada kat stor usang selepas itu Dylan jumpa Olive pengsan dekat bawah pokok. Sekarang dia kata pengsan disekolah pula. Mana satu ni? Dalam sehari berapa kali Olive pengsan?

"Apa yang berlaku sebenarnya ni?" soal Dylan.

"Saya pun tak tahu nak jelaskan macam mana." kata Olive. Apa yang berlaku buat dia keliru jadi sukar untuk dia jelaskan.

"Asyik kata tak tahu je dari tadi." kata Dylan. Cerita yang diceritakan oleh Olive tidak membantu. Sukar untuk dia meneka apa yang berlaku sebenarnya. Hal ini menyukarkan dia untuk menyiasat tentang perkara ini.

"Sebab saya tak tahu." Olive urut kepalanya. Rasa sakit kepala masih bersisa. Apabila ditanya soalan yang banyak daripada Dylan buat Olive rasa serabut.

"Dylan. Dah lah tu. Biar Olive rehat dulu kesian dia. Tentu dia penat." kata Puan Rhea yang hanya mendengar Dylan dan Olive berbual sejak dari tadi. Melihatkan keadaan Olive yang tidak berapa sihat memaksa dia untuk menasihati anak lelakinya agar memberi ruang kepada Olive untuk berehat.

"Betul tu abang, kesian kak Olive." kata Stella pula.

"Yelah. Kau rehatlah Olive. Nanti sambung balik cerita kau." kata Dylan. Dia faham maksud Puan Rhea dan Stella. Mungkin dia agak memaksa. Tetapi dia tetap juga mahu tahu apa yang berlaku sebenarnya. Cuma buat masa ini biarlah Olive rehat dahulu.

"Olive rehat ya. Tidurlah." kata Puan Rhea sambil mengusap kepala Olive. Olive mengangguk.

"Kak Olive, Stella keluar dulu tau. Selamat malam." kata Stella. Rasanya eloklah dia beri ruang untuk Olive berehat. Hari pun sudah jauh malam.

"Okay Stella. Selamat malam." ucap Olive. Stella pun keluar dari bilik Olive.

"Mum pun nak keluar dululah. Olive rehat ya. Kalau ada apa-apa panggil je mum atau Dylan tau. Kami semua ada untuk Olive." pesan Puan Rhea. Dia faham tentu Olive terkesan dengan apa yang berlaku. Jadi dia ingin pastikan yang Olive rasa selamat dan mereka semua ambil berat pada Olive.

"Terima kasih mum. Selamat malam." ucap Olive.

"Selamat malam." Puan Rhea pun keluar dari bilik Olive.

Olive hendak tidur tetapi matanya terbuka semula. Dia rasa ada lagi seorang yang belum keluar dari biliknya.

"Awak tak nak keluar ke?" soal Olive kepada Dylan yang sudah pun duduk disofa bilik Olive.

"Kau halau aku?" soal Dylan. Dia baru je rasa nak teman Olive pada malam ini. Manalah tahu kalau ada apa-apa yang terjadi.

"Bukan.. Cuma.." balas Olive. Dia agak kurang selesa kalau ada Dylan dibiliknya. Dia lagi suka bersendirian dibiliknya.

"Dah, tidur jelah. Malam ni aku jaga kau." kata Dylan.

"Jaga? Saya okaylah." kata Olive. Memanglah dia baru lepas pengsan dan hilang. Tetapi dia masih okay. Cuma sakit kepala sikit sahaja.

"Shh.. Tidur je. Nak aku dodoikan ke?" kata Dylan. Dia tetap akan jaga Olive pada malam ini.

"Taknak." balas Olive. Dia bukan bayi nak kena dodoikan baru nak tidur. Dia boleh tidur sendiri.

"Kalau tak nak, tidur cepat." kata Dylan. Dia bukannya nak berkeras cuma dia nak Olive cepat tidur supaya Olive dapat rehatkan dirinya.

"Yelah.. Tapi jangan datang dekat dengan saya. I'm warning you. Duduk je situ diam-diam." pesan Olive. Tidak mengapalah kalau Dylan nak jaga dia pun. Asalkan Dylan tidak datang dekat dan mengapa-apakan dirinya.

"Ya.." balas Dylan. Dia tidak akan tambah lagi rasa takut atau masalah kepada Olive.

"Good." Olive pun pejamkan matanya. Tetapi dia bukan semula matanya selepas beberapa saat.

"Err.." Olive sedar yang Dylan sedang merenung dirinya. Dia tidak dapat tidur kalau begitu.

"Apa lagi?" soal Dylan. Susah betul Olive ni nak tidur.

"Macam mana saya nak tidur kalau awak asyik tengok saya?" soal Olive. Dylan duduk sahaja disofa itu sambil memandang Olive.

"Haish, cerewet juga Olive ni." kata hati Dylan. Dia pun baring disofa yang dia sedang duduk. Matanya memandang siling bilik Olive. Apa sahajalah untuk Olive.

"Dah, tidurlah cepat. Selamat malam." kata Dylan.

"Okay selamat malam." kata Olive dengan senang hati. Dia pun tidur selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience