50

Vampire Series 59842

"Olive, hari kau nak keluar pergi mana-mana ke?" soal Dylan. Dia dan Olive sedang menonton televisyen diruang tamu rumah.

"Keluar pergi mana?" soal Olive. Dia tidak terasa nak ke mana-mana pada hari ini.

"Entah? Hmm.. Kau duduk rumah jelah. Apa kata kau pergi buka hadiah." kata Dylan.

"Hadiah? Hadiah apa?" soal Olive. Setahu dia tiada siapa pun bagi dia hadiah. Lagipun hadiah untuk apa? Hari jadi Olive dah lepas dah.

"Hadiah kahwin." kata Dylan.

"Hadiah kahwin? Kita dapat ke?" soal Olive. Dia macam tidak percaya pula sebab tiada siapa pun yang beri kepadanya semasa hari perkahwinan. Jadi dia fikir dia tidak dapat. Dia tidaklah berharap sangat.

"Dapatlah. Ada tu kat bilik sana." tunjuk Dylan ke arah satu bilik.

"Wah, nak tengok." Olive teruja. Mereka pun masuk ke bilik itu.

"Banyaknya." Olive teruja melihat hadiah perkahwinan yang penuh didalan bilik itu. Dia tidak sangka yang mereka dapat banyak hadiah.

"Kau bukalah hadiah-hadiah ni." kata Dylan.

"Boleh je." Olive teringin nak tahu hadiah apa yang mereka dapat. Tentu best. Dulu masa pergi kenduri kahwin saudara, Olive selalu juga ada bila pengantin buka hadiah. Olive suka perasaan masa tu. Semua orang gelak ketawa bila hadiah dibuka. Macam-macam jenis hadiah pengantin tu dapat.

Olive pun duduk dan ambil salah satu hadiah yang ada. Dia buka pembalut hadiah tersebut.

"Agaknya apalah ni?" kata Olive.

"Wah pembakar roti." Olive lihat pembakar roti tersebut. Antik betul pembakar roti ni berbeza dengan pembakar roti yang ada dirumahnya.

"Mesti Pak Cik Scott yang bagi." kata Dylan. Olive pun lihat kalau ada kad yang dilekatkan untuk mengetahui siapa yang memberi hadiah itu.

"Eh betullah from Pak Cik Scott. Dia tulis happy wedding day. God bless you." baca Olive.

"Macam mana awak tahu Pak Cik Scott yang bagi? Siapa dia?" soal Olive.

"Dia pak cik saya. Dia pakar membuat barang-barang elektrik yang antik." kata Dylan.

"Ohh.. Hebatlah awak tengok je dah boleh tahu pembakar roti ni pak cik awak yang buat." puji Olive.

"Aku memang hebat." Dylan puji diri sendiri.

"Ei puji diri sendiri." kata Olive.

"Dah memang hebat. Lagipun barang-barang yang Pak Cik Scott buat sangat teliti dan berseni sebab tu aku boleh tahu." kata Dylan. Pak ciknya antara pembuat barang-barang yang terkenal dikampung mereka. Semua memuji ketelitian dan kesenian barang yang Pak Cik Scott hasilkan.

"Ohh.." Olive membelek pembakar roti tersebut. Betul kata Dylan barang yang Pak Cik Scott hasilkan sangat teliti dan cantik.

Olive ambil pula hadiah yang lain. Dia pun buka satu persatu. Macam-macam hadiah yang mereka dapat. Ada kelengkapan rumah, barang elektrik, barang hiasan dan beberapa barang yang lain.

"Tak nak tolong ke?" soal Olive. Dari tadi dia je yang buka hadiah. Dylan tengok je.

"Kau jelah yang buka." kata Dylan. Dia malas nak buka hadiah-hadiah tu.

"Hmm.." balas Olive. Dia okay je sebenarnya. Dia suka buka-buka hadiah ni. Rasa teruja sangat.

"Apa ni?" Olive membuka sebuah botol yang dibalut plastik.

"Air apa ni?" Olive beri botol tersebut kepada Dylan.

"Ni jus darah." Dylan buka botol tersebut.

"Uwerk." Olive nak termuntah bau jus tersebut.

"Kau nak?" pelawa Dylan.

"Tak naklah." Olive menolak. Dia bukannya vampire nak minum jus darah tu.

"Ni jus darah premium. Darah campur dengan bahan rahsia buatan tempatan. Sedap. Rugi kau tak rasa." kata Dylan sambil membelek botol tersebut. Entah siapalah yang bagi jus ini.

"Terima kasih jelah. Saya tak nak." Olive tidak terasa nak minum jus tersebut. Tidak kisahlah premium atau apa sekali pun.

"Okay, so aku sorang jelah minum?" kata Dylan.

"Ye ye. Pergilah simpan tempat lain." Olive tidak tahan bau jus tersebut. Baunya kuat sangat. Bau darah lama. Hamis. Macam bau besi lama pun ada.

"Yelah. Kau sambunglah buka hadiah tu semua. Aku nak simpan jus ni. Lepastu aku nak keluar jap." kata Dylan.

"Okay, tapi hadiah-hadiah ni nak letak mana?" soal Olive.

"Kalau ada yang kau betul-betul nak guna simpan je kat bilik kita. Yang lain kau letak kat sini pun takpe. Jangan sumbat semua pulak." jawab Dylan.

"Bilik kita?" soal Olive. Bilik mana pula ni?

"Yelah, bilik kau dan aku. Bilik yang kita tidur tu." kata Dylan.

"Oh.. Okay-okay." angguk Olive. Dylan pun keluar.

"Banyak juga hadiah-hadiah ni." Olive buka semua hadiah yang ada.

"Banyaknya sampah." Olive lihat pembalut hadiah penuh didalam bilik itu. Lalu dia pun ke dapur untuk mengambil penyapu dan plastik sampah.

"Mana plastik sampah ni?" Olive tercari-cari dikabinet dapur. Penyapu dia dah ambil. Cuma plastik sampah dia tak jumpa lagi.

"Ha ni." dia ambil plastik tersebut dan kembali ke bilik.

"Siap pun." kata Olive. Sampah-sampah yang ada disapu sehingga bersih dan dibuang dalam tong sampah besar diluar dapur.

"Sekarang tinggal nak bawa barang-barang ni naik bilik. Hmm.. Angkat yang barang besar dululah. Tapi Dylan kata barang yang aku nak guna je yang lain simpan sini." fikir Olive. Dia memilih barang yang dia nak guna.

"Hiasan-hiasan ni bawa naik ataslah untuk hias bilik lagipun bilik Dylan kosong je. Bunga ni cantik ni." Olive ambil bunga hiasan dan beberapa barang lain. Hadiah seperti barang elektrik dan kelengkapan rumah Olive susunkan sahaja dibilik itu. Kalau dia rasa nak guna nanti dia ambil sahaja disitu.

"Jom naik." Olive angkat barang tersebut naik ke bilik. Dia pun hiaskan bilik menggunakan hadiah yang diberi kepadanya. Dia susun barang tersebut dengan teliti.

"Cantiklah." kata Olive dengan berpuas hati. Dia suka dengan dekorasi baru bilik tersebut. Bilik yang sebelum ini telah bertukar wajah. Sebelum ini macam bilik bujang. Sekarang dah bertukar menjadi bilik untuk keluarga.

"Nice." Olive tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience