35

Vampire Series 59850

"Hai Olive." tegur Slyvia seperti biasa.

"Hai Slyvia." balas Olive.

"Dah ready ke?" soal Slyvia. Dia lihat Olive tidak mengeluarkan buku pun untuk mengulangkaji seperti pelajar lain. Ujian akan mula lambat sedikit pada hari ini. Jadi ia memberi peluang kepada para pelajar untuk mengulangkaji diminit terakhir.

"Dah kot." balas Olive. Dia kurang gemar untuk mengulangkaji pada waktu sebegini. Dia takut dirinya keliru dan terlupa dengan apa yang dihafal dan faham.

"Ohh.. Samalah." kata Slyvia. Dia sudah mengulangkaji semalam jadi sekarang dia ingin relaks sahaja.

"Olive.. Awak bawa apa tu?" soal Slyvia. Dia lihat ditepi Olive ada sebuah beg kertas yang bersaiz sederhana. Ada apa dalam tu?

"Oh.. Ni muffin yang saya buat. Saya ingat nak bagikan kat classmate dan cikgu." kata Olive.

"Oh.. Sempena hari jadi awak eh?" biasanya kalau hari jadi akan ada seseorang yang suka memberi makanan kepada orang lain.

"Eh, taklah. Untuk last day saya kat sekolah. Hari kan saya last." kata Olive.

"Alamak!" jerit Slyvia sambil menepuk dahi.

"Shuh.." respon pelajar yang lain. Mereka memandang Slyvia. Jeritan Slyvia menganggu mereka untuk mentelaah.

"Sorry-sorry." balas Slyvia sambil angkat tangannya. Dia jadi malu pula apabila menjerit secara tiba-tiba.

"Kenapa? Apa yang alamak?" soal Olive.

"Saya lupa hari ni hari last awak. Saya lupa nak belikan hadiah untuk awak. Sorry sangat." Slyvia merapatkan tapak tangannya. Dia sudah merancang untuk belikan sesuatu untuk Olive. Tetapi dia lupa pula. Dia terlalu fokus mengulangkaji sehingga pula tentang itu.

"Eh takpelah. Tak perlu minta maaf." Olive tidak mengharapkan apa-apa daripada Slyvia. Cukuplah persahabatan yang terbina. Itu sudah memadai.

"Alah, tak syoklah macam tu." Slyvia rasa bersalah. Sebagai rakan baik dia perlu sediakan sesuatu untuk Olive.

"It's okay lah." Olive tersenyum.

"Hmm.." Slyvia fikir sesuatu. Dia mahu juga hadiahkan sesuatu untuk Olive.

"Aha! Saya tahu nanti awak kahwin saya bagi hadiah." kata Slyvia. Majlis perkahwinan Olive tidak lama lagi. Bolehlah Slyvia sediakan hadiah yang terbaik untuk Olive.

"Tak perlulah susah." balas Olive.

"Takpe tak susah pun." Slyvia menggeleng.

"Okaylah kalau macam tu." Olive tersenyum.

"Okay semua, kamu boleh simpan semua buku. Ujian akan dimulakan sebentar sahaja lagi." kata Miss Fiona.

Para pelajar pun simpan buku mereka dan berada dalam keadaan bersedia untuk menjawab ujian.

"Saya akan edarkan kertas ujian. Macam biasa kamu dilarang membuat bising atau berbual. Kalau saya dapati kamu meniru, saya tidak teragak untuk rampas kertas ujian kamu." pesan Miss Fiona sambil mengedarkan kertas ujian.

"Sila buka dan check kertas ujian tersebut." kata Miss Fiona. Para pelajar pun memeriksa kertas ujian tersebut.

"Semua okay?" soal Miss Fiona. Para pelajar mengangguk.

"Baiklah, kamu boleh mula menjawab sekarang." arah Miss Fiona.

Ujian kali ini agak sukar berbanding ujian yang sebelum ini. Setiap pelajar kelihatan berkerut semasa menjawab soalan. Tidak kurangnya Olive dan Slyvia, mereka nampak serious sahaja.

"Susahnya." Slyvia memicit kepalanya. Soalan pada kertas ujian tersebut agak mengelirukan. Dia tidak dapat memikirkan jawapannya. Sesekali dia menoleh ke arah Olive. Olive seperti sedang termenung.

"Hmm.. Rasanya dah baca bab ni tapi apa ye jawapannya?" fikir Olive. Dia mengingat semula nota-nota yang dia baca.

"Ha! Dah ingat." bisik hati Olive. Lalu dia pun menulis jawapannya.

Dua jam pun berlalu..

"Okay, masa menjawab telah tamat. Perhatian kepada semua pelajar sila letakkan pen. Kertas ujian akan dikutip sekarang." kata Miss Fiona.

"Aduh, lagi sikit." kata Slyvia. Dia pun menulis dengan laju. Pada minit terakhir inilah tiba-tiba dia mendapat jawapan.

"Berhenti menulis." kata Miss Fiona.

"Haish tak sempat." Slyvia pun meletakkan pennya. Dia redha sahaja.

Miss Fiona kutip kertas ujian sehingga selesai. Dia susun kertas tersebut dan letakkan dimeja guru.

"Baiklah seperti yang kamu semua tahu. Hari ini adalah hari terakhir Olivia disekolah ini. Jadi marilah kita beri peluang untuknya memberikan sedikit ucapan." kata Miss Fiona.

"Hah?" Olive terkejut.

"Err.. Kena bagi ucapan? Aku tak prepare apa-apa pun." bisik Olive.

"Olive?" panggil Miss Fiona.

"Ya?" balas Olive.

"Silakan." Miss Fiona pelawa Olive untuk ke depan.

"Pergilah Olive." Slyvia memberi semangat kepada Olive.

"Baik." Olive pun berjalan ke depan sambil menunduk. Langkahnya lambat-lambat. Dia segan kerana seumur hidupnya dia tidak pernah berucap dihadapan orang ramai.

"Err.." otak Olive memikir ayat untuk dikatakan.

"Saya nak ucapkan.. Terima kasih kepada Miss Fiona dan guru-guru lain kerana memberi ilmu kepada saya. Saya akan gunakannya sebaik mungkin. Kepada rakan yang lain terima kasih juga saya ucapkan." kata Olive.

"Itu sahaja?" soal Miss Fiona. Olive mengangguk. Dia tidak tahu untuk kata apa lagi.

"Class berikan tepukan kepada Olive kerana menjadi sebahagian daripada pelajar Sekolah Vampire." Miss Fiona dan lain pun memberi tepukan.

"Saya doakan Olive berjaya dan diberkati selalu. Tahniah kerana awak sudah tamat persekolahan." ucap Miss Fiona.

"Terima kasih miss." Olive tersenyum dan mengangguk.

"Kalau awak ada pertanyaan, awak masih boleh berjumpa saya dan guru yang lain. Kami disini sentiasa mengalukan " kata Miss Fiona.

"Baik miss. Terima kasih." ucap Olive.

"Sama-sama, awak boleh duduk." kata Miss Fiona. Olive pun duduk ditempatnya semula.

"Olive, awak kata nak bagi muffin tu. Sekaranglah masa yang sesuai." bisik Slyvia. Dia tunjuk ke arah beg kertas milik Olive.

"Err.. Saya malulah." kata Olive. Dia terasa malu pula untuk memberi muffin tersebut kepada rakan sekelasnya. Dia tidak berapa rapat dengan mereka.

"Takpe biar saya tolong." kata Slyvia.

"Miss.." Slyvia angkat tangan.

"Ya Slyvia." balas Miss Fiona.

"Olive nak bagi sesuatu kepada semua." kata Slyvia.

"Oh, bagilah." kata Miss Fiona.

Olive pun beri muffin kepada Miss Fiona dan rakannya yang lain dengan bantuan Slyvia.

"Wah muffin, awak buat ke ni?" soal Miss Fiona apabila menyambut pemberian daripada Olive.

"Ya." Olive mengangguk.

"Tentu sedap." kata Miss Fiona. Olive tersenyum.

Usai memberi muffin kepada semua orang, loceng sekolah pun berbunyi menandakan waktu rehat.

"Okay semua kamu boleh rehat. Olive saya nak jumpa kamu sekejap." kata Miss Fiona. Para pelajar pun keluar dari kelas kecuali Olive dan Slyvia. Mereka menghampiri Miss Fiona.

"Ya miss?" soal Olive. Dia tertanya-tanya.

"Saya cuma nak bagitahu nanti kamu boleh ambil sijil tamat persekolahan dan keputusan ujian pada hujung bulan ni." pesan Miss Fiona.

"Baik miss." balas Olive.

"Memandang kamu sudah pun menjawab semua ujian yang perlu. Saya benarkan untuk kamu pulang." kata Miss Fiona.

"Eh? Bukan ada lagi ke lepasni miss?" soal Slyvia.

"Ya, tapi ujian tu ujian amali untuk vampire sahaja. Ia ujian fizikal untuk vampire. Olive bukan seorang vampire jadi dia tidak wajib untuk ambil ujian itu." balas Miss Fiona.

"Ohh.." balas Slyvia.

"Saya sudah maklumkan kepada penjaga kamu. Nanti mereka akan jemput kamu." kata Miss Fiona.

"Baik miss. Terima kasih." ucap Olive.

"Ya." Miss Fiona pun keluar kelas.

"Omg, awak nak balik dah." kata Slyvia. Dia rasa sedih pula Olive balik awal pada hari ini. Dia belum bersedia untuk 'berpisah' dengan Olive. Selama sebulan ini dia asyik berkepit sahaja dengan Olive disekolah. Selepas ini dia akan keseorangan. Tentu Slyvia akan terasa sunyi.

"Ya." balas Olive. Dia tidak tahu pula dia boleh pulang awal. Ingatkan dapat dapat bersama dengan Slyvia sampai tamat waktu sekolah.

"Huhu, nanti mesti saya rindu awak." Slyvia menjuihkan bibirnya.

"Nanti kalau awak rindu saya, awak datanglah rumah Dylan. Kita boleh borak-borak." kata Olive.

"Hmm.. Okay." Slyvia memeluk tubuh Olive. Olive balas pelukan Slyvia.

"Awak jangan sedih tau." bisik Olive. Dia gosok belakang Slyvia.

"Hmm.. Saya cuba." balas Slyvia. Dia agak sebak sebenarnya tapi dia cuba untuk bertahan. Pelukan dileraikan.

"Saya balik dulu tau." kata Olive.

"Okay, hati-hati. Bye Olive." balas Slyvia.

"Bye, all the best untuk awak." ucap Olive. Dia melangkah keluar kelas.

"Thank you. Bye. Jumpa nanti kalau ada jodoh." Slyvia melambaikan tangannya sambil tersenyum lebar. Dia tidak mahu tunjuk muka sedih dihadapan Olive.

"Ya, jumpa lain kali." Olive turut melambai. Setelah itu, dia pun terus menunggu untuk dijemput diluar kelas. Dia tidak pasti siapa yang akan menjemputnya pada hari ini. Tetapi dia tunggu sajalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience